Lee Sangyeon;
Readers as Sunhwa;
▼▼▼
"Kalau bukan sebab kau, job ni aku buat sorang kau tahu?"
"Awww~ Maknanya kau bersyukurlah kita jadi partner untuk buat job ni?" Sarkastik aku membalas seraya dengan kelipan mata yang manja
Sangyeon sepetkan mata dia pandang aku tajam. Ya aku tahu dia tak suka. Dan dia tahu aku pun tak suka. Saja. Buat dia naik angin tu sudah memang kerja aku
"Baik kau tutup mulut kau tu dan ikut arahan aku" Katanya sambil mengisi peluru ke dalam pistol
Kami perlu masuk ke dalam sebuah gudang. Curi semula sesuatu yang sepatutnya kepunyaan kami. Sesuatu yang telah dicuri sekelompok gengster
"Wait. Sejak bila kau jadi leader? Asal aku nak kena ikut cakap kau--"
"Just do it, Sunhwa" Ujarnya tegas
Aku mencebik. Malas nak bertengkar panjang kat sini. Tunggulah dah habis kerja
Aku sambung balik. Kasi kaw kaw punya sampai dia rasa benci teruk gila dengan aku
"Fine, Mr. Leader. Tch" Sinis aku membalas
"Jom" Ajak dia
Aku mengekori Sangyeon daripada belakang. Kekal senyap sambil sesekali menoleh ke belakang. Risau ada yang serang hendap
Pistol siap siaga di tangan. Bersedia untuk menembak musuh bila bila masa
Sampai di dalam gudang, kami menyorok di sebalik timbunan kotak kotak yang tinggi
Kedua duanya diam seketika
"Wait. What's the plan again?" Soal aku ingin kepastian
"Kau ambik briefcase tu"
"Kenapa aku?" Sangyeon mengeluh
"Kau yang setujulahh"
"Tapi... kalau aku kena tembak macam mana?"
"Aku ada. Cover kau dari belakang" Ujarnya lembut
Terdiam sesaat aku dibuatnya. Ayat dia tu. Hampir saja dapat cairkan aku
"Really? Kalau aku meninggal lepas tu jadi hantu, kau orang pertama aku cekik sampai mati" Gurauan untuk menutup rasa gugup
Sangyeon tergelak kecil
"Aku professional dengan kerja. Dan ya. Aku cover kau dari belakang"
"Janji eh? Tak ada dendam?" Sekali lagi Sangyeon mengeluh
"Biar aku jela yang buat--"
"Eh ehh! Tak apa tak apa! Aku buat" Potong aku menarik bahu dia agar dia kembali ke tempat asal
Langkah diatur menuju ke hujung tempat menyorok
Melihat sekeliling kawasan itu. Tak ramai. Mereka semua dah hilang kewarasan kerana mabuk dan dadah. Beri peluang yang besar untuk aku ambik briefcase tu
Hinggalah mata aku tertacap pada briefcase hitam tidak jauh daripada aku itu, senyuman aku terukir
Aku memandang Sangyeon semula
"Cover aku eh?" Sangyeon mengangguk
"Goodluck, Sunhwa" Ujar dia memberi semangat
Aku rendahkan tubuh sedikit hingga tertunduk. Berjalan perlahan lahan di kawasan yang tidak berlampu. Sementara itu, Sangyeon mengekori daripada belakang. Mengekalkan jarak yang jauh
Sampai di tempat briefcase itu terletak, cepat cepat aku mengambilnya daripada atas meja
BIB BIBB!!!
Serentak aku mencantas beg itu, penggera berbunyi di seluruh gudang
"Penceroboh!"
Teriak manusia di dalam
"Sunhwa! Sini!" Panggil Sangyeon. Pantas aku berlari kearah dia. Ikut larian dia ke jalan keluar
Bang bang!
Tembakan mula kedengaran menandakan mereka sudah menemui kami
Daripada belakang, aku boleh lihat dengan jelas dan nyata Sangyeon membalas tembakan. Berkerut wajahnya tanda dia sedang fokus dan serius
Dengan pakaian seragam bewarna hitam dia itu, menambahkan lagi maskulin dia buatkan mata aku hanya tertumpu pada dia sahaja
Padahnya, aku lalai dengan keadaan sekeliling
Bang!
"Ark!" Sebutir peluru terkena sipi pada bahu aku
Baru tersedar aku berada di laluan yang salah. Laluan yang menghala kearah mereka
"Shit--"
"Yah Sunhwa!"
Semasa beberapa peluru sedang melayang kearah aku, terasa pinggang aku ditarik oleh sepasang tangan kekar dengan mengejut hingga aku terdorong keluar gudang
Terbeliak mata aku dibuatnya apabila tubuh aku melekat dengan tubuh Sangyeon
Tangkas sebelah tangan dia mengeluarkan beberapa bom tangan lalu di baling ke dalam gudang
Apabila bom tersebut meletup, mata Sangyeon tajam memandang aku
"Kau boleh mati tadi tahu tak?! Macam mana kau boleh hilang fokus?!" Bebelan dia aku abaikan
Walaupun panjang dia menyambung, satu pun aku tak dengar. Tekun memandang dia yang sedang terkumat kamit memberi ceramah dengan wajah serius
'Shoot... He is so sexy... '
"Sangyeon ah..." Panggil aku mematikan bebelan dia
"Apa?!"
"Kau teringin tak nak ada wife?" Dahi dia berkerut
"Soalan apa kau ni? Langsung tak kena dengan keadaan! Dah jom" Dia leraikan tangan yang berada di pinggang aku
Berjalan laju meninggalkan kawasan. Aku berlari anak mengejar langkah dia
"Dah ada calon?" Dia tak menjawab
"Girlfriend?"
Sangyeon berhenti
Mata dia jatuh pada bahu aku yang berdarah. Luka itu disentuhnya
"Sakit?"
"Sikit"
"Kalau macam ni?" Dia tekan luka itu
"Arghhh!" Secara refleks aku tepis tangan dia
"Tahu pun sakit!" Giliran dahi aku pula dijentiknya
"Aku tak tahulah skru mana yang longgar dalam otak kau ni. Tanya soalan pelik pelik"
"Tak pelik pun! You distract me! Kau punca aku hilang fokus dan hampir mati!" Jujur aku kerana sakit
Senyuman dia terukir sinis
"Did I... attract you?" Soal dia. Selamba aku mengangguk
"Be mine" Ujar aku. Sangyeon terpana
"Selamba tu je?" Aku mengangguk yakin
"Aku cop kau dulu sebelum orang lain. Can I?"
"Kenapa aku?"
"Sebab kau sexy. I love sexy guy" Sangyeon menggeleng kepala sambil tergelak kecil
Tangan aku ditariknya agar kembali ke kereta memandangkan sudah terdengar bunyi bunyi bahawa kami sedang dikejar
"Jujur. Aku suka perempuan yang jujur"
▲▲▲
🍁; Beratur guys. Jangan tolak tolak