[ON GOING] MRS FAITH QALIEDYAN

By grine_kook

474 215 14

⟨ 1ST MALAY STORY ⟩ + in-editing . . . Cinta yang tumbuh lebih lima tahun lamanya mungkin takkan pudar sebegi... More

PROLOG
BAB 01
BAB 02
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12

BAB 03

42 26 0
By grine_kook

"JANGAN lupa angkat barang Aulya nanti," arah Ayrana. Faith di sebelah dijeling. Mahu sahaja dia meletus ketawa melihatkan wajah Faith yang mulai berubah tapi dilindung. Aufaith, kenapa comel sangat?

Ayrana senyum tanpa sedar. Dia langsung tak perasan pintu bahagian pemandu sudah terbuka dan menunggunya yang masih mengelamun. Faith mengerut dahi. Baru niatnya ingin memanggil Ayrana, satu memori tiba-tiba menerjah fikiran.

"Dah kenapa tak nak turun ni? Tadi awak sendiri nak datang sini, kan?" soal Faith. Hairan sebenarnya apabila Ayrana tiba-tiba sahaja tersenyum seorang diri.

Soalannya tak dijawab malah gadis itu masih mengukir senyum. Takkan sebab dia terkejut sikit tadi? Itu pun dia sudah sehabis baik kawal daripada diketahui Ayrana. Comel sangatkah dia sehingga gadis itu tersenyum seperti orang gila? Gilakan dirinya?

"Dyan! Amboi... Kena panggil nama belakang dulu ke baru nak sedar?" ujar Ayrana sambil bercekak pinggang. Faith mengedip mata beberapa kali. Senyuman terus mekar apabila wajah cantik sang pujaan hati yang sedang panas dengannya menyapa mata.

Lancar tangan mencuit hidung sedikit mancung Ayrana. Ayrana mencebik tapi hanya sebentar. Mereka sama-sama ketawa.

Bahagia. Faith menundukkan kepala tatkala mata terasa penuh. Dadanya diserang sebak. Memori-memori itu memang takkan lenyap dari ingatannya. Sebabnya hanya satu. Cinta.

Faith masih mencintai gadis itu sepenuh hatinya meskipun hubungan mereka sudah terlerai lebih dua tahun. Dan dua tahun bukanlah suatu masa yang singkat. Begitulah juga dengan cintanya. Terlalu lama dijaga hingga apabila dirinya ditinggal Ayrana, dia masih memiliki perasaan yang sama terhadap gadis itu.

"Dyan!" jerit Ayrana geram. Faith angkat wajah, terkejut dengan nama yang terpancul keluar daripada bibir Ayrana. Sesungguhnya, Ayrana juga terkejut. Dia refleks menyebut nama itu apabila panggilannya tidak disahut oleh Faith.

Mata bertemu. Betapa rindunya mereka antara satu sama lain dapat dirasakan dari panahan mata itu. Oh Tuhan, beratnya ujian ini...

Faith ingin berpaling namun hati tak membenarkan. Pandangan Ayrana seperti tak mahu dia mematahkan tatapan mereka. Faith terpaksa kerana dia sedar siapa dirinya.

"Flight Cik Aulya sampai pukul berapa?" tanya Faith. Ayrana dengar tapi dia endahkan. Dia tak kira, dia akan jadikan Faith miliknya kembali. Faith menggaru kepala yang tak gatal. Macam mana dia nak angkat barang Aulya kalau Ayrana sendiri seperti tak bagi dia pergi?

Hela dilepas kecil. Mulut dibuka mahu bertutur lagi, Ayrana menarik tangannya berjalan beriringan memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Faith menunjukkan riak kurang selesa walhal hati sudah meloncat gembira.

"Ayrana Narysha! Aku dekat sini!"

Ayrana mencari pemanggil. Genggaman halus pada tangan tidak dilepaskan. Faith turut mencari meskipun dia tak kenal dan langsung tak tahu bagaimana Aulya yang dikata Ayrana.

Pegangan ditangannya terasa longgar, laju sahaja dia menarik tangan. Ayrana berlari menjauhi. Faith tak tinggal diam. Matanya tak lepas melihat Ayrana sambil menyusuli gadis itu.

Dari jarak yang sedikit jauh, dapat dia lihat Ayrana sedang berpelukan dengan seorang perempuan. Mungkin itu Aulya. Tak mahu Ayrana hilang dari tatapan, dia mendekati dua gadis itu.

"Ya Allah, rindunya aku dekat budak chubby ni!" kata Aulya sambil mencubit kedua-dua belah pipi gebu Ayrana.

'Kalaulah boleh.' Faith mengeluh kecil.

"Ni, datang dengan Amani ke?" soal Aulya sebaik melepaskan cubitan di pipi. Ayrana tak terus jawab. Pipi yang mula kemerahan digosok. Sakit. Faith mengerut dahi, bimbang. Boleh tahan kuat juga. Ingat, kan Ayrana bos, Aulya takkan berani. Tapi sangkaannya meleset jauh.

"Tak. Dengan tu," jawab Ayrana sambil menjuih sedikit bibir ke arah Faith. Dia menahan senyum dari mekar. Aulya melihat Faith seketika, sedikit keliru. Wajah Ayrana kembali ditatap. Ayrana tayang senyum. Dan senyuman itu sukar untuk ditafsir.

Seakan memahami senyuman Ayrana, Faith sekali lagi dipandang. Kali ini, bawah atas mata itu 'merantau'. Meremang Faith dibuatnya.

Aulya membulatkan mata. Senyuman Ayrana tambah mekar. Aulya ingat, kan?

"Faith?!"

+++

KAKI laju melangkah. Tujuan menyapa, diperlahankan sedikit kelajuan. Faith menarik nafas, cuba menenangkan nafas yang tak teratur.

Tombol pintu dipulas seperti yang diarah. Perlahan-lahan dia masuk sebelum pintu kembali ditutup. Susuk tubuh seseorang sudah disedarinya dari tadi. Dia tak merapat, setia berdiri jauh menunggu arahan. Arahan daripada Datin Maria.

"Aufaith Qaliedyan Aziz, 28 tahu. Asal Melaka, White Eagle Security Company. Current employer, Ayrana Narysha Datuk Ghaffar." Wanita itu berhenti berbicara. Tiba-tiba sahaja saliva terasa pedih di kerongkongnya. Dua orang lelaki berbadan tegap seakan-akan dirinya dijeling dari hujung mata.

"Kau masih cintakan Ayrana?" tanya wanita itu seraya memutarkan badan menghadap Faith.

Faith diam, terkejut. Dia tahu, dia perlu menjawab soalan itu walaupun soalan itu terkait privasi tapi tak mampu. Soalan itu berkaitan hati. Dan cintanya terhadap Ayrana, memori lamanya.

"Saya..." Faith terhenti. Sesak dadanya membantutkan ayatnya.

"Aku tahu, kau masih simpan perasaan dekat budak tu walaupun dia yang putuskan hubungan kau orang dulu. Kau tak boleh lupakan dia, sebab tu kau reject Atikah yang dah lama terhegeh-hegeh kan kau, " ujar Datin Maria. Faith tak membantah atau setuju dengan kata-kata itu. Datin Maria bangun sebelum merapati Faith di hujung bilik.

"Aku boleh jamin, Ayrana akan bersama dengan kau. Tapi dengan satu syarat..."

Sengaja. Datin Maria memandang Faith. Hujung bibirnya terangkat, membentuk senyuman. Senyuman yang tiada manisnya.

Jantung tak berhenti berdegup. Air liur ditelan beberapa kali. Berdebar menunggu sambungan Datin Maria. "Apa?" tanya Faith tak sabar. Niat di hati ingin melepaskan tapi dia tak boleh. Selepas melihat Ayrana yang seperti memberi harapan, keyakinannya muncul untuk menghidupkan kembali cinta mereka yang telah lama terkubur.

Datin Maria sinis. Tekaannya mengena! Faith dipandang.

"Kau..."

+++

"GOOD morning!" sapa Ayrana ceria apabila kelibat Faith dilihat berdiri di hadapan pintu. Senyuman manis terukir indah di bibir buat kekasih hati. Faith menahan senyum. Alahai... Comelnya.

Lelaki itu mencuit hidung Ayrana dalam tak sedar. Ayrana termangu. Faith terkedu. Mereka sama-sama terdiam.

Ayrana mengedipkan mata beberapa kali. Dia tak nak mereka ganjil selepas ini. Cepat-cepat gadis itu mengukur senyuman paling manis yang dia ada. Mata turut terukir seperti bulan sabit. Cantik. Faith sesat dalam renungan Ayrana. Faith turut mengukir senyum.

"Rana, hari ini kau..." Aulya terdiam. Tiba-tiba rasa seperti pengganggu. Cara renungan Faith dan Ayrana yang langsung tak mengalihkan wajah membuatkan dia tak jauh dari kata 'orang ketiga'.

Aulya diam memerhati. Senyuman Faith seakan-akan bahagia atau mudah, cinta. Lelaki itu masih cintakan Ayrana? Sudah bertahun-tahun tak bertemu, tak mustahil untuk Faith jalinkan hubungan bersama gadis lain. Sepanjang dia dan Ayrana berada di negara orang, itu yang Ayrana sering katakan kepadanya. Seseorang yang istimewa di hati jejaka itu.

"Kita gerak sekarang, boleh? Takut jammed, lewat pula nanti," tutur Faith samar-samar sampai ke telinga Aulya. Pantas gadis itu tersedar. Dia mengelamun ke tadi? Ayrana dan Faith dipandang bersilih ganti. Faith dan Ayrana tergelak.

"Dia cakap dekat kau lah. Tu lah, mengelamun lagi. Ingat dekat pakwe lah tu," sakat Ayrana bersama senyuman mengejek. Aulya menyepetkan mata, melihat Ayrana tak puas hati.

"Kenapa? Nak gaduh ke?!" marah Aulya, geram apabila diejek begitu. Ayrana tunjuk muka bangga.

"Dah, dah. Jom. Nanti lambat kang, ada yang menangis." Faith mencelah. Kalau tak mencelah awal-awal, boleh jadi perang dunia ketiga.

Ayrana jalan dahulu, melintasi Faith, disusuli Aulya. Faith mengunci pintu rumah seterusnya gril rumah. Langkah dua orang gadis yang sedikit jauh dikejar.

+++

FAITH menguap kecil. Mata yang layu cuba disegarkan dengan gosokan kasar. Kadang badan diregangkan untuk menahan daripada menggeliat. Ridhwan mengeluh kecil. Mulut yang menguap ditutup dengan kekura tangan.

"Ridh, kau sure ke Kasyah suruh datang sini?" Ridhwan malas-malas angguk. Lebih tiga kali Faith tanya soalan yang sama. Siapa aje tak bosan nak jawab?

Faith meliarkan mata. Suasana restoran itu sedikit hening, mungkin kerana masa yang agak lewat. Ingin sekali Faith mengeluh berat namun kelibat Datuk Ghaffar dan juga Kashah yang setia mengiringi Datuk Ghaffar telah tiba. Ridhwan dan Faith pantas berdiri. Takut dan berdebar bercampur aduk.

"Duduk. Dah order?" Datuk Ghaffar pecahkan keheningan.

Geleng. "Kami pun baru sampai, Datuk. Tak sempat order lagi." Faith pandang Ridhwan sepintas lalu sebelum mengangguk. Baru yang boleh masuk angka enam dihadapan dan sifar dibelakang. Tak lupa minit dihujung. Bibir dipaksa mengukir senyum.

"Straight to the point, kau orang buat kerja kau orang? Terutama kali, kau. Kau takkan khianat aku, kan?"

Ridhwan berpaling, memandang Faith. Faith diam untuk beberapa saat sebelum menggeleng. Sus! Ridhwan kembali memandang ke hadapan, lebih tepat menunduk. Cara Faith jawab soalan Datuk Ghaffar menimbulkan curiga. Harap Datuk Ghaffar tidak perasan akan itu.

"Aku letak kepercayaan aku pada kau orang pada kau orang berdua. Kau orang tahu, kan apa kau orang dapat kalau hancurkan kepercayaan aku?" tanya Datuk Ghaffar.

Renungannya tak lepas dari dua jejaka, tak. Hanya Faith. Dia cuba mengamati wajah tampan jejaka itu dengan niat menjumpai sesuatu yang tak kena kerana dia tahu, Faith digunakan oleh seseorang. Dan dia kenal siapa. Namun kosong. Riak yang terpapar seperti biasa. Kerana dia lupa kebolehan Faith yang sebenarnya.

Continue Reading

You'll Also Like

861K 85.5K 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...
58.7K 3.8K 49
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
660K 25.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
1.8M 61.7K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...