RIYANARA | YOU'RE THE ONE

By yuyuaira

373K 20.1K 2.3K

[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangny... More

•SETIGA EMPAT KATA•
•RIYANARA | 1•
•IYANARA | 2•
•RIANARA | 3•
•RIANARA | 4•
•RIANARA | 5•
•RIANARA | 6•
•RIYANARA | 7•
•RIYANARA | 8•
•RIYANARA | 9•
•RIYANARA | 10•
•RIYANARA | 11•
•RIYANARA | 12•
•RIYANARA | 13•
•RIYANARA | 14•
•RIYANARA | 15•
•RIYANARA | 16•
•RIYANARA | 17•
•RIYANARA | 18•
•RIYANARA | 19•
•IYANARA | 20•
•IYANARA | 21•
•IYANARA | 22•
•RIYANARA | 23•
•IYANARA | 24•
•IYANARA | 25•
•RIYANARA | 26•
•IYANARA | 27•
•RIYANARA | 28•
•RIYANARA | 29•
•IYANARA | 30•
•RIYANARA | 31•
•RIYANARA | 32•
•RIYANARA | 33•
•RIYANARA | 34•
•RIYANARA | 35•
•RIYANARA | 36•
•RIYANARA | 37•
•RIYANARA | 38•
•RIYANARA | 39•
•RIYANARA | 40•
•RIYANARA | 41•
•RIYANARA | 42•
•RIYANARA | 43•
•RIYANARA | 44•
•RIYANARA | 45•
•RIYANARA | 46•
•RIYANARA | 47•
•RIYANARA | 48•
•RIYANARA | 49•
•RIYANARA | 50•
•RIYANARA | 51•
•RIYANARA | SPOILER [1]•
•RIYANARA | 52•
•RIYANARA | 53•
•RIYANARA | 54•
•RIYANARA | 55•
•RIYANARA | 56•
•RIYANARA | 57•
•RIYANARA | 58•
•SPOILER | 2.0•
•RIYANARA | 59•
•RIYANARA | 60•
•RIYANARA | 61•
•RIYANARA | 62•
•RIYANARA | 63•
•RIYANARA | 64•
•RIYANARA | 65•
•RIYANARA | 66•
•RIYANARA | 67•
•RIYANARA | 68•
•RIYANARA | 69•
•RIYANARA | 70•
•RIYANARA | 71•
•RIYANARA | 72•
•RIYANARA | 73•
•RIYANARA | 74•
•RIYANARA | 75•
•RIYANARA | 76•
•RIYANARA | 77•
RIYANARA || TAMAT
•RIYANARA || ENDING•

•RIYANARA | 78•

4.3K 177 23
By yuyuaira

•••

KENA PRANK KE TU? MUEHEHEH🤓KESIAN */gelak terguling²/*

OKAY KALI NI JANJI BETUL² PUNYA SCENE... HEHEH🤭

•••

NASKHAH Al-Quran itu disimpan di dalam laci yang terdapat di sebelah katil gadis itu. Sejadah turut dilipat dan diletakkan penghadang sofa yang terdapat dalam wad itu. Maklumlah, hospital swasta. Songkok turut ditanggalkan seraya melangkah ke arah katil tersebut. Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang bersebelahan dengan katil itu.

Susuk tubuh yang terbaring lesu dipandang sayu. Tangan gadis itu digenggam erat dan dibawa ke bibir. Sungguh dia bersyukur kerana masih berpeluang untuk melihat gadis kesayangannya lagi.

FLASHBACK

Pintu bilik bersalin itu dibuka dari dalam. Kelihatan doktor yang bertugas untuk menyambut bayi mereka keluar dari bilik tersebut. Mata doktor perempuan itu jatuh memandang Riyyan.

"Tengku, saya ada berita untuk Tengku dengan yang lain." Sapa doktor yang bernama Zara Maisarah itu.

"Proceed." Balas Tengku Rayqarl bagi pihak anaknya.

"Alhamdulillah, Che Puan Husna selamat. Jantung dia kembali berdegup dan oksigen dia pun dah menaik semula." Maklum doktor Zara bersama senyuman.

Riyyan yang tadinya tunduk, kini mengangkat muka sebaik sahaja mendengar apa yang doktor itu katakan.

"Seriously doktor?" Soalnya tidak percaya.

Doktor Zara angguk kepala. Semua yang berada di situ memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Riyyan memandang abang iparnya dengan pandangan gembira.

"Una... Una ada lagi. Isteri aku, adik kau hidup lagi. Dia tak tinggal kita Hayder." Katanya teruja.

Hayder menarik senyum manis. Tubuh Riyyan dipeluk erat. Riyyan menangis gembira di bahu lelaki itu.

END FLASHBACK

Tangan gadis itu digenggam dan dibawa ke bibir sebelum satu kucupan berlabuh di situ. Tangan gadis itu diletakkan di pipi manakala matanya memandang wajah pucat Aralyn.

"Darl, bangun lah. Dah tiga hari darl tak bangun. Yan rindu darl. Aya tahu tak anak kita comel. Mummy kata muka dia macam Yan kecil dulu. Cuma... Kening dia ikut mama dia. Comel sangat,"

Bicaranya seorang diri seolah-olah bersembang dengan gadis itu. Rambut Aralyn diusap lembut.

"Darl, bila nak bangun? Nama baby kita tak letak lagi. Kita dah janji nak letak nama baby sama-sama kan? Macam mana nak letak kalau Aya tak bangun,"

Sebak yang mencengkam di sukma cuba ditahan sebaik mungkin.

"Bangun lah Aya,"

Wajahnya disembamkan pada lengan Aralyn saat airmatanya jatuh ke pipi. Sungguh dia benar-benar rapuh tika ini. Namun, dia perlu kuat demi bayi mereka.

Sedang dia merintih di lengan gadis itu, terasa ada satu gerakan yang membuatkan dia terkedu. Wajah Aralyn dipandang lama.

"Aya?"

Wajah berkerut Aralyn meyakinkan Riyyan bahawa gadis itu sudah mulai sedar. Dia bingkas berdiri membongkok ke arah Aralyn. Rambut Aralyn diusap penuh kasih.

"Aya, bangun darl. Semua orang tunggu Aya. Yan pun tak sabar nak jaga anak kita sama-sama," bicaranya perlahan.

Tidak lama kemudian, kelopak mata gadis itu perlahan-lahan terbuka. Segaris senyuman terlakar di bibir.

"Little baby." Gumam Riyyan sedikit gembira.

Aralyn memejamkan beberapa kali dek kerana silau dari cahaya lampu. Dia memandang suaminya yang berada di sebelah.

"A... Air." Gumam Aralyn perlahan.

Riyyan pantas mencapai jag air dan air tersebut dituang ke dalam cawan. Straw digunakan untuk menyuap Aralyn.

"Lagi?" Soalnya sebaik sahaja air itu habis. Aralyn membalas dengan gelengan.

"Yan tak kerja?" Soal gadis itu lemah.

"Macam mana Yan nak kerja kalau Aya tak sedar? Hati Yan tak tenang tau." Jawab lelaki itu.

Aralyn tersenyum nipis melihat suaminya cebik bibir.

"Baby kita selamat?"

Riyyan senyum manis seraya mengangguk. Telapak tangan Aralyn digenggam erat.

"Kita dapat baby boy. Comel sangat. Mummy cakap muka dia macam muka Yan kecik dulu. Tapi kening dengan bibir ikut mama dia." Maklum Riyyan teruja.

"Nak tengok." Ujar Aralyn.

Riyyan membantu gadis itu duduk bersandar di kepala katil terlebih dahulu. Dia melangkah ke arah bekas bayi yang terletak di sebelah kiri Aralyn. Bayi mereka diangkat perlahan-lahan dan dibawa ke katil.

"Mama." Panggil Riyyan.

Aralyn menyambut huluran lelaki itu. Dia menampung bayinya penuh berhati-hati. Wajah itu ditatap lama.

"Assalamualaikum anak mama. Siapa nama?" Soal Aralyn memandang Riyyan.

"Yan tak bagi lagi, tunggu Aya. Kita kan janji nak letak nama sama-sama." Senyuman terlakar di bibir.

"Yan fikir nama depan, Aya fikir nama belakang."

Riyyan melabuhkan punggung di sebelah Aralyn atas katil. Tangan kirinya diletakkan di pinggang Aralyn. Pipi bayi mereka diusap lembut.

"Macam mana kalau nama Rifqi?" Cadang Riyyan memandang Aralyn.

"Cantik. Hmm... Nama belakang nak letak apa eh?"

Bayi itu hanya memandang mama dan papanya silih berganti.

"Afif?"

Riyyan senyum manis. Dagu diletakkan di atas bahu Aralyn. "Tengku Rifqi Afif bin Tengku Riyyan Aqashah," sebutnya.

Aralyn mengangguk bersama senyuman. Dia mencuit pipi bayi itu. Riyyan merenung wajah gadis itu penuh kasih. Tubuh itu dipeluk dari tepi.

Niat Riyyan untuk mengatakan sesuatu terbantut apabila pintu wad itu diketuk dari luar. Kelihatan semua sahabat dan ahli keluarga mereka masuk ke dalam wad Aralyn.

"Kakak! Rindunya adik kat kakak!" Rhea memeluk kakak iparnya begitu erat.

Aralyn ketawa perlahan dengan reaksi gadis itu. Dia membalas pelukan Rhea sebaik sahaja Riyyan mengambil Rifqi darinya.

"Macam lah lama sangat akak tak sedar." Usik Aralyn.

Rhea mencebik bibir. Pelukan itu dieratkan lagi.

"Lama tak lama lah, sempat jugak suami adik tu jadi tak terurus. Padahal tiga hari je heh."

Riyyan membulat mata memandang Hayder.

"Kau apa tahu? Kau pernah berpisah dengan Iqa? Tak kan? Jadi, kau diam."

Hayder meletuskan tawa tatkala dia dijeling oleh Riyyan.

"Betul lah tu Una. Mamat ni tak makan dua hari sebab nak tunggu Una sedar. Tak ada selera lah, rindu lah Una suap lah. Puih!" Celah Ariez menyokong pernyataan Hayder.

"Lagi satu cuba Una tengok mata dia tu. Sembab kan? Nangis tak berhenti dia ni dari hari Una bersalin tu lagi." Sampuk Zayne pula.

Riyyan merenung tajam wajah tiga jejaka itu.

"Suka hati aku lah. Bini aku." Balas Riyyan seraya menjeling mereka. Yang lain hanya ketawa dan menggeleng perlahan dengan gelagat enam sekawan itu. Petang itu, mereka meluangkan masa bersama sambil menyambut kelahiran anak mereka.

Menjelang petang, semua meminta diri untuk balik memandangkan waktu melawat telah tamat. Riyyan mengunci pintu wad itu tidak mahu ada yang mengganggu masa rehat isterinya. Dia meletakkan anaknya di tempat bayi semula.

Kaki menapak ke katil Aralyn. Dia duduk di atas kerusi yang terdapat di sebelah gadis itu. Wajah Aralyn dipandang bersama senyuman. Sungguh dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menatap wajah bersih itu.

Aralyn yang perasan bahawa dirinya diperhatikan menoleh ke kiri. "Kenapa pandang Aya macam tu?" Soalnya berkerut muka.

Riyyan geleng sebagai jawapan. Tudung isterinya dibuang dari kepala. Dia bangun dan duduk di sebelah Aralyn di atas katil.

"Come, Yan mandikan Aya," ikatan rambut Aralyn turut dileraikan.

Aralyn hanya menurut. Dia juga masih belum cukup kuat. Riyyan memimpin gadis itu ke bilik air. Siap mandi, Riyyan menyiapkan gadis itu. Rambut gadis itu disikat rapi. Sesekali dia menghidu rambut ikal mayang itu.

"Aya lapar? Nak makan?" Soalnya sambil memeluk pinggang gadis itu dari belakang. Dagu disangkut di atas bahu Aralyn.

"Yan pun tak makan lagi kan? Yan pergi lah turun makan dulu. Aya tak lapar lagi." Jawab Aralyn bersama senyuman.

Riyyan mengucup pipi Aralyn sekilas. "Kita makan sama-sama nak? Yan suap Aya. Aya tak boleh tak makan, nanti perut masuk angin. Badan Aya pun lemah lagi ni." Ujar Riyyan.

"Tapi Yan lalu ke nak makan makanan orang pantang?"

"Eleh! Setakat makan ikan rebus? Ikan kukus? Ikan bakar? Ayam rebus? Ayam kukus? Ayam bakar? Sayur rebus semua tu? Halah! Tak ada hal lah. Demi kesayangan Yan ni jugak." Pipi Aralyn digomol geram.

Aralyn yang tidak mampu menahan geli itu ketawa kegelian. "Yan jangan lah, geli,"

Riyyan masih terus menerus mengusik gadis itu.

"Hubby, stop lah." Tangan Riyyan cuba ditahan lagi.

Riyyan yang mendengar panggilan gadis itu terhadapnya pantas menghentikan tangannya. Aralyn ditarik ke dalam pelukan.

"Kita makan okey?" Aralyn membalas dengan anggukan.

Riyyan bangun dan melangkah ke bilik air untuk mencuci tangan. Bekas makanan yang dibawa oleh puan Hawa diambil sebelum dia menukar posisinya duduk di hadapan Aralyn. Tangan ditadah untuk membaca doa.

"Say aaa! Helikopter nak mendarat." Tangan digerakkan ke kiri dan kanan seolah-olah sedang terbang.

Aralyn ketawa kecil lalu membuka mulut. Riyyan senyum lebar memandang isterinya itu. Lauk ikan bakar itu dicubit sedikit dan disuap ke dalam mulutnya bersama dengan nasi.

"Yan boleh makan ke?"

"Kenapa tak boleh? Ni kan ikan bakar biasa je. Sedap lah." Jawab Riyyan jujur.

"Kenapa Yan tak turun beli makanan kat bawah?" Soal gadis itu perlahan.

"Aya nak Yan makan makanan sedap? Sedangkan Aya kena makan makanan pantang ni sorang-sorang? Mana aci macam tu. Aya kena makan ni sebab Aya pantang. Aya pantang sebab bersalin. Aya bersalin sebab mengandung. Aya mengandung pulak sebab Yan. Jadi..."

Ayatnya digantung seketika. Wajah didekatkan dengan Aralyn.

"Kesimpulannya, Yan pun kena pantang sekali dengan Aya. Faham bidadari Riyyan Aqashah?"

Aralyn yang mendengar terasa terharu. Senyuman terlakar di bibir sebelum mengangguk kepala.

"Faham, imam Aralyn Husna." Balas Aralyn sebelum ketawa perlahan.

Riyyan turut tersenyum manis. Batang hidung Aralyn dikucup sekilas.

"Good girl. Okey, sekarang jom sambung makan." Katanya seraya kembali menyuap Aralyn.

PINTU rumah puan Hawa dan encik Haziq ditolak seraya memimpin Aralyn masuk ke dalam. Mereka akan tinggal di situ sepanjang waktu Aralyn berpantang. Puan Hawa yang tadi berada di dapur kini melangkah ke ruang tamu.

"Mana abang dengan baba?" Soal Aralyn yang tidak melihat kelibat baba dan abangnya itu.

"Baba dengan abang biasalah, kerja." Jawab puan Hawa bersama senyuman. Riyyan dan Aralyn mengangguk faham.

"Tak apa lah umi, Qashah bawak Una naik atas dulu." Ujar Riyyan.

"Yelah. Umi pun nak sambung masak ni ha. Nanti dah siap, baba dengan Hayder balik kita makan sekali ya." Puan Hawa memandang anak menantunya.

"Okey umi. Terima kasih. Adik naik dulu."

Aralyn menggendong Rifqi manakala Riyyan memimpin Aralyn masuk ke bilik. Pintu ditutup dan dikunci. Aralyn dibawa ke katil perlahan-lahan.

Sebaik sahaja Aralyn duduk, Rifqi dibaringkan penuh berhati-hati di tengah katil. Riyyan mengambil tempat di bahagian kiri Rifqi. Rambut anaknya diusap lembut sambil mengucup berkali-kali pipi lembut itu.

"Yan cuti sampai bila?" Tanya Aralyn memandang lelaki itu.

"Sampai Aya habis pantang." Jawabnya.

"Tak apa ke Yan cuti lama-lama ni? Dulu sebelum Aya bersalin Yan dah cuti sebulan. Masa Aya pantang pun Yan nak cuti sebulan? Kerja Yan?"

"Cuti pergi office je. Kerja boleh buat dari rumah. Lagipun, Yan nak jaga sendiri. Yan nak tengok apa yang Aya kena buat sepanjang pantang ni. Yan nak tolong Aya jaga baby sebab Yan tahu orang lepas bersalin ni emosi dia lain." Jawab Riyyan tersenyum manis.

"Yan, andai kata lepas ni Aya dah jarang 'layan' Yan, jarang bagi apa Yan nak, jarang manja dengan Yan, dah gemuk ke tak cantik ke agak-agak Yan setia dan tahan lagi tak dengan Aya? Atau Yan akan berubah hati dan cari orang lain yang lebih baik dari Aya?"

Riyyan yang mendengar soalan itu tersentak. Senyuman perlahan-lahan pudar.

"Kenapa tanya macam tu?"

Aralyn menjongket bahu. "Saja nak tahu. Yelah, ada orang tu kena tinggal dengan suami lepas bersalin. Ada orang, suami curang lepas dah beranak-pinak. Aya takut, Aya tak nak lalui semua tu. Aya tak sekuat diorang." Ujarnya perlahan.

Riyyan geleng kepala. Dia yang tadinya baring mengiring kini bangun dan mengambil tempat di hadapan Aralyn.

"Darl, kan Yan dah cakap Yan sayang dan cintakan Aya kerana Dia. Tak ada sebab untuk Yan curang dengan Aya. Memang lah sekarang ni kita tak tahu apa akan jadi kat masa depan nanti. Tapi, in Shaa Allah Yan takkan sakitkan Aya, takkan curang atau duakan Aya. Kita doa pada Allah supaya Dia kekalkan rumahtangga kita sampai Dia jemput kita,"

Aralyn hanya diam mendengar. Pipinya diusap lembut oleh lelaki itu. Manakala tangan kiri Riyyan menggenggam erat tangan kanannya.

"Lagi satu, Yan kahwin dengan Aya bukan sebab nak Aya 'layan' Yan je. Aya bukan pemuas nafsu Yan. Aya isteri Yan, bidadari Yan. Perempuan, wanita yang Yan kena jaga dan sayang setulus hati. Jadi, jangan cakap macam tu lagi okey?" Dahi Aralyn dikucup lembut.

Aralyn yang merasa terharu itu memandang lama suaminya. "Terima kasih." Tubuh Riyyan dipeluk erat.

"Terima kasih je?" Kening dijongket memandang gadis itu.

Aralyn tergelak kecil sebelum mengucup kedua belah pipi Riyyan. Riyyan tersenyum manis. Pelukan gadis itu dibalas.

"Aya tidur dulu, nanti dah nak makan Yan kejut." Kata Riyyan sambil membaringkan Aralyn.

Aralyn senyum sambil memeluk Rifqi yang nyenyak tidur di sebelah. Riyyan tidurkan Aralyn seperti bayi. Dahi gadis itu dikucup lembut.

Setelah yakin bahawa Aralyn telah nyenyak, Riyyan keluar dari bilik. Dapur dituju sebelum pintu peti sejuk dibuka. Bahan-bahan untuk memasak makanan berpantang Aralyn dikeluarkan.

Pantang Aralyn kali ini dia ingin menjaga gadis itu sendiri. Namun, dia perlu duduk tinggal bersama puan Hawa memandangkan dia tidak arif dalam hal ini. Sungguh hanya tuhan yang tahu betapa bahagianya dia sekarang.

Tanpa dipinta, fikirannya melayang mengingati kandungan pertama Aralyn yang tidak sempat lahir. Kalau lah dia sedar dan hargai gadis itu lebih awal, pasti mereka telah mempunyai dua orang cahaya mata.

Maafkan papa, sayang. Papa tak jaga anak papa baik-baik. Papa janji papa akan jaga mama dengan adik elok-elok. Rintih hati kecilnya.

Sedang dia mengelamun sambil menyiang ikan, entah bagaimana jarinya terkena pisau. Hal itu membuatkan dia sedar semula ke dunia nyata. Dia pantas menapak ke sinki untuk membasuh luka itu.

"Qashah? Buat apa tu? Jari tu darah ke?" Sapa puan Hawa tatkala masuk ke dapur bersama encik Haziq.

Riyyan memandang ibu mertuanya. Senyuman janggal terlakar di bibir.

"Qashah nak masakkan makanan Una. Tapi entah macam mana boleh kena pisau." Terang Riyyan seraya menutup paip air.

"Ya Allah. Lain kali hati-hati tau. Nasib baik jari je. Ni Qashah nak masak apa?" Puan Hawa melihat bahan-bahan yang digunakan oleh Riyyan.

"Ingat nak masak singgang ikan. Lepas tu sayur campur. Boleh kan umi?" Cadang Riyyan.

Puan Hawa senyum manis seraya mengangguk. "Boleh je."

Riyyan senyum lalu menyambung kerjanya. Pasangan itu hanya memerhati. Sesekali mereka berbual tentang Aralyn dan Hayder.

"Umi, baba, Qashah nak cakap sikit boleh?" Pinta Riyyan sebaik sahaja menutup api dapur.

Puan Hawa kerut kening. "Bukan kita memang dah bercakap dari tadi ke?" Seloroh puan Hawa tergelak kecil.

"Ini pasal benda serius, umi. Pasal Una." Riyyan menggosok belakang tengkuknya.

"Ouh, boleh je. Qashah nak cakap apa?"

Riyyan duduk di hadapan ibu bapa mentuanya secara melutut. Puan Hawa dan encik Haziq tergamam dengan tindakan menantu mereka itu. Riyyan berdehem sebelum membuka bicara.

"Qashah nak mintak maaf sebab pernah sakitkan puteri umi dulu. Pernah seksa dia, layan dia macam hamba. Hina dia, maki, caci. Tak cukup dengan tu, dia kena tikam, kena culik, kena khianat dengan sepupu sendiri semua sebab Qashah. Qashah sedar Qashah bebankan dia, hancurkan hidup dia, tapi Qashah mintak satu je. Tolong bagi Qashah peluang untuk bahagiakan dia lagi,"

Dia berhenti seketika. Rasa sebak di dada cuba diusir.

"Qashah tahu dulu Qashah ego, Qashah pentingkan dendam sampai sanggup jadi dayus. Tapi sekarang Qashah betul-betul cinta dan sayangkan Una seikhlas hati Qashah. Qashah tak nak berpisah dengan dia lagi umi. Qashah akan cuba sedaya upaya Qashah untuk bahagiakan anak dengan cucu umi. Qashah betul-betul mintak maaf dengan umi dan baba." Bicara Riyyan tulus dari hati.

Mereka yang mendengar sedikit terkedu sebelum tersenyum manis. Bahu menantu lelakinya ditepuk perlahan oleh encik Haziq seraya menggeleng.

"Tak apa lah, benda dah lepas jangan diungkit lagi. Yang penting sekarang Qashah hargai dan jaga diorang betul-betul. Jangan sia-siakan peluang yang Allah bagi. Umi dengan baba dah lama maafkan Qashah. Kitorang pun nampak yang Una bahagia dengan Qashah sekarang. Apa yang jadi setahun lepas kita jadikan pengajaran. Jangan ulang lagi." Balas encik Haziq yang berdiam diri sedari tadi.

Riyyan mencium tangan ibu mentuanya untuk bersalaman. "Terima kasih umi, baba," ucapnya.

Dia berdiri dari terus melutut di hadapan puan Hawa.

"Qashah naik atas dulu nak kejutkan Una." Pamitnya dibalas dengan anggukan. Dia melangkah naik ke bilik.

Puan Hawa dan encik Haziq hanya memandang langkah menantu mereka. Senyuman tidak lari dari bibir.

"Abang tak menyesal lepaskan Una jadi isteri Qashah. Walaupun sebelum ni dia pernah seksa anak kita, tapi sekarang dia dah bahagiakan anak kita. Abang nampak kasih dan sayang dalam diri dia untuk Una dengan Rifqi. Pandai Ayden dengan Ika didik anak diorang." Kata encik Haziq tenang.

Puan Hawa mengalihkan pandangan ke arah suaminya. Mereka saling berpandangan.

"Alhamdulillah."

PINGAN diletakkan di atas meja. Air diambil dan disuakan kepada Aralyn. Kesan comot di bibir Aralyn dikesat dengan tisu.

"Nak lagi?" Soalnya lembut.

Aralyn menggeleng sebagai jawapan.

"Kenyang dah ke?"

Aralyn yang mendengar soalan itu terlopong seketika. Mata terkebil-kebil memandang lelaki di hadapannya itu.

"Kenapa?" Riyyan berkerut kening dengan reaksi Aralyn.

"Kenyang dah ke? Yan, Yan suap Aya dua pinggan tau. Walaupun kita share tapi sah-sah lah kenyang sebab Yan isi banyak. Takkan Yan tak kenyang lagi?"

Riyyan menggeleng kepala. "Haah, Yan tak kenyang lagi. Yan nak makan Aya boleh?" Senyuman nakal terbit di bibir lelaki itu.

Aralyn yang mendengar membulat mata. "Gatal." Jelingan dihadiahkan kepada Riyyan.

"Little baby." Panggil Riyyan dengan nada menggoda.

Dia mendekatkan dirinya dengan Aralyn membuatkan gadis itu kaku.

"Hah! I... Ini dah kenapa ni?" Soal Aralyn sedikit gagap.

Riyyan semakin mendekat membuatkan Aralyn mengundurkan badannya. Riyyan tergelak tatkala melihat wajah gadis itu berubah warna.

"Aya ni. Yan baru usik sikit muka dah macam tomato. Cuba kalau Yan buat lebih, mesti jadi pipi masak merah kan." Usik Riyyan masih tidak berhenti ketawa.

Aralyn yang mendengar mencebik bibir. Dia memalingkan wajahnya ke arah lain. Riyyan senyum hingga ke telinga melihat isterinya yang sudah mulai merajuk.

Riyyan meletakkan tangan di atas belakang kerusi yang diduduki oleh Aralyn. Bahu gadis itu dicuit lembut.

"Little baby, jangan lah merajuk. Nanti tak comel baby kesayangan Yan ni," pujuknya lembut.

Aralyn masih berdiam. Riyyan menarik dagu si isteri supaya memandang ke arahnya. Aralyn merenung anak mata suaminya.

"Sorry okay my darl?"

Pipi Aralyn diusap lembut.

"Jangan merajuk lagi. Nanti Yan sedih." Ujarnya mencebik bibir.

Aralyn yang melihat wajah masam lelaki itu menahan tawa. Dia memeluk leher Riyyan seraya menyatukan bibir mereka buat seketika. Bibir menarik senyuman lebar.

"I love you, cherie." Ucap Riyyan lembut sebaik sahaja Aralyn melepaskan tautan bibir mereka.

"I love you more, hubby." Bisik Aralyn seraya mengucup cuping telinga Riyyan membuatkan lelaki itu tersentak.

Belum sempat Riyyan membalas, satu suara terlebih dahulu mencelah membuatkan mereka memandang wajah yang baru masuk ke dapur.

"Sudah-sudahlah tu nak tanam sawit kat sini. Nak tanam jugak pergi lah masuk bilik, halah halah." Celah Hayder dengan membuat rolling eye.s.

Pasangan itu terkedu. Aralyn pantas melepaskan pelukan di leher Riyyan. Dia pantas berpaling. Riyyan yang melihat isterinya malu hanya tersenyum.

Pinggan mangkuk kotor dibawa ke sinki untuk dibasuh. Hayder menghulurkan Rifqi yang didukung olehnya kepada Aralyn.

"Ni jangan lupa anak korang. Bagi abang dengan Iqa pulak tanam sawit. Tata." Ujar Hayder sebelum berlalu keluar dari dapur meninggalkan pasangan itu yang masih terpinga-pinga.

Aralyn membetulkan kedudukan Rifqi. Baru sahaja dia mengangkat bayinya itu, hidungnya terhidu sesuatu. Mukanya berkerut memandang Rifqi.

"Eee! Qiqi beyak! Busuk!" Seloroh Aralyn menutup hidungnya.

Riyyan yang mendengar ketawa perlahan. Dia mengambil Rifqi yang berada di dukungan Aralyn.

"Heh! Busuknya! Jom papa basuh. Kita mandi terus okey hero papa?"

Rifqi yang baru berusia seminggu itu menayang sengih sehingga menampakkan gusi. Riyyan menarik Aralyn bangun.

"Jom naik atas." Pipi Aralyn dikucup lembut. Mereka menapak ke bilik bersama-sama.

•••

HEYYOOO MAAFLAH KERANA MENGSCAM KALIAN SEBELUM INI MUEHEHEH.. TAPI CHAPTER TU ENDING 1.. ENDING KEDUA TINGGAL LAGI SATU BAB.. BTW THANKS SEBAB SUDI BACA EHEK🤭

Continue Reading

You'll Also Like

50.4K 1.9K 65
[STATUS - COMPLETED ] [BOOK EDISI HEARTBREAKER] Mampukah aku pertahankan mahligai saat semuanya mulai runtuh... Start : 26 November 2019 End : 12 Ma...
427K 21K 49
[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara...
325K 15.1K 67
(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan...
91.8K 5.4K 68
(ART-ROMANCE) °2 ND BORN° Kepala dibotakkan, bekas cucuhan puntung rokok di segenap tubuh, lebam biru di merata-rata, parut dan torehan, kering air m...