Ji Changmin;
Readers as Ji Youngmin;
▼▼▼
"Ji Changmin!"
Ding Dong Ding Dong!!
Loceng rumah tak henti henti berbunyi akibat ditekan banyak kali oleh malaun tak guna kat luar
"Siapa tu? Petang petang kacau orang nak tengok tv" Facial Mask yang hampir lucut dibetulkan semula
"Youngmin kau tolong jap" Bahu aku dicuit Changmin yang nampak tak senang duduk daripada tadi tengok pintu
"Ah wae? Asal kau takut sangat? Ada monster ke dekat luar tu?"
"Eo" Changmin mengangguk laju dengan wajah terdesak
"Tolonglah aku. Halau perempuan dekat luar tu. Dia asyik kejar aku je. Jaebalyeo!!" Kali ini dia menggoyangkan lengan aku pula
"Aishh! Apa guna kau simpan patung berhantu tu?? Campak jela keluar, sah perempuan tu lari tak cukup tanah!"
"Gila nak campak?! Kotor anak anak aku nanti, kau nak basuh?"
Pap!
Tak pasal pasal lengan akh ditampar Changmin dengan begitu kuat
"Huaa eomma!!! Tengok Changmin oppa dera Youngminn!!" Changmin letakkan jari telunjuk pada bibir menyuruh aku diam
Heh terlambat
"Changminnn!!!"
"N-nae eomma... Mana ada dera. Changmin sayang dongsaeng Changmin sorang ni hah... H-hahaha..." Dia usap perlahan tempat dia tampar tadi
"Tau pun takut~" Bisik aku hingga mendapat jelingan tajam Changmin
"Siapa siapa pergilah tengok kat luar tu. Sakit telinga eomma ni"
"Kawan Youngmin tu" Mata aku terbeliak mendengar kata kata Changmin
"Woy! Mana ada--"
"Youngmin pergi la tengok. Takkan nak eomma jugak? Eomma busy lah..."
Aku berdecit memandang Changmin geram
"Bayar eh. Benda sekarang bukan free"
"Eung. Aku belanja McDonald's" Sebut nama restoran tu, apa lagi? Terus melompat aku daripada sofa berlari kearah pintu
Mask yang dipakai langsung tak dipeduli nak terlucut ke tak
Pintu rumah dibuka
"Waarghhh!!"
Jerit si penekan loceng terkejut tengok aku muncul. Mungkin sebab mask kut
Aku pandang dia lama sebelum tersenyum sinis
'Girlfriend dari neraka Changmin rupanya...'
Gertus hati aku. Perempuan gila ni, dah break up dengan Changmin pun nak kejar lelaki tu lagi
Apalah abang aku tu ada? Selain daripada seorang dongsaeng yang comel, menawan dan cantik, dia cuma ada wajah yang handsome je
Ouh... Duit berkepuk. Hm patutlah
"Unnie nak apa?"
"Changmin! Mana Changmin!" Jerit Lily dengan nyaring
"Aigoo... Unnie tak malu ke orang tengok? Sakit telinga Youngmin tau? Changmin oppa? Dia tengah busy. Tak payahlah cari dia. Baik unnie balik" Kata aku dengan berbudi bahasa pada Lily
"Selagi dia tak keluar, aku takkan balik! Changmin! Please Ji Changmin! Saya nak getback dengan awak!" Terjerit jerit dia mengintai ke dalam
Disebabkan tak tahan, aku tolak bahu Lily hingga dia terdorong ke belakang
"Gumanhae... Aku penat melayan kau..." Kata aku kasar dengan suara mendatar
Hilang nada sudah mesra tadi. Lily pula sudah tergamam
"Aku ni kan, tak suka sebenarnya kau buat abang aku tu macam tu... He's precious to me. Dia tak pernah sakitkan sesiapa dan hormat wanita. Tapi kau, pijak kepala dia dan buat dia macam hamba pulak. Lily... Sudah. Jangan ganggu abang aku lagi"
Lily mengundur ke belakang. Manakala aku, terus menarik bahu dia dan mendekatkan wajah pada telinga dia
"Kau tahukan... Abang aku tu macam psycho simpan barang pelik dalam rumah?" Lily mengangguk laju
"Me too... Aku boleh je siat kulit kau dan simpan sebagai koleksi... Aku suka simpan benda benda macam tu" Senyuman sinis terukir diakhir kata
Lily tolak aku. Wajah dia sudah bertukar pucat. Kemudian, dia lari masuk ke dalam kereta semula
"Annyeonghaseyo, Lily unnie~" Lambaian mesra aku hadiahkan dia
Laju saja kereta Lily dipandu keluar daripada kawasan pagar rumah
"Tch... Tahu pun takut" Mask dibetulkan semula sambil berjalan masuk ke dalam rumah
"Macam mana? Kau cakap apa kat dia sampai dia lari?"
"Youngmin cakap kau sebenarnya gay. Dengan Younghoon oppa jiran sebelah tu hah. Setiap malam buat projek" Kata aku tanpa rasa bersalah
Dia cuma ketawa dengar jawapan aku
"Eo? Mana kau tahu?"
Dengan refleksi leher aku terpusing memandang Changmin dengan mata terbeliak luas
"K-kau gay?!" Mulut ditekup tak percaya sambil pandang Changmin atas bawah
"Yah memang taklah!"
"Habis tu, apasal kau mengaku?!!"
"Aku dah malas nak kejar kau satu rumah dengan penyapu, jadi aku layan jelah perangai kau!" Bebel dia mahu pertahankan diri
"Nae oppa... Arraso..." Balas aku mengangguk faham dan berjalan tinggalkan dia
Setelah rasa dah berjauhan beberapa meter, aku berlari ke dapur mencari eomma
"Eommaaaa!!! Eomma nak tahu tak, Changmin oppa gay!!!"
"YAH JI YOUNGMIN!!"
▲▲▲
🍁;Dongsaeng gak ada akhlak