Choi Chanhee;
Readers as Lee Yoojung;
▼▼▼
"Hyung, mianhae... Sangyeon hyung tak bagi keluar selagi kerja tak siap..."
Chanhee mengeluh selepas mendengar alasan Sunwoo setelah 1 jam menunggu ketibaan jejaka tersebut
"Kau pun satu. Dah suruh buat awal awal tak nak. Buat penat aku tunggu kau dekat taman ni" Chanhee menyilangkan tangan pada dada
Nasib baik dia tidak sia siakan masa terluang di taman. Chanhee rajin menangkap gambar permandangan dan dirinya di sekitar taman
"Hyung mianhae~ Jangan marah aw? Hehe bubye"
"Hm... aku otw balik ah macam ni"
"Baguslah! Boleh tolong Sunwoo--"
"Tak aku tak terus balik. Aku nak jumpa orang. Malam lah kut aku balik" Potong Chanhee terlebih dahulu. Keluhan kasar daripada Sunwoo sempat didengari Chanhee
Tersengih Chanhee dibuatnya
"Aish... arraso! Hyung annyeong. Saranghae~"
"Eung nado saranghae..." Balas Chanhee malas lalu memutuskan panggilan
Daripada duduk atas kerusi kayu, Chanhee mula bangun dan membetulkan jaketnya
Sekarang sudah mula petang. Taman sudah dipenuhi ramai orang. Ada yang membawa haiwan perliharaan, bersenam, berjalan bersama pasangan dan membawa keluarga
Angin petang yang bertiup sepoi sepoi bahasa buat Chanhee menghirup udara panjang sambil tersenyum
Entah tidak tahu tiba tiba merasakan ada suatu perkara positif bakal berlaku walaupun sudah diberi harapan palsu oleh Kim Sunwoo
Sebelum sempat Chanhee mengorak langkah, jaketnya ditarik tarik oleh seseorang
"Chogiyo... oppa..." Satu suara comel mula memanggil Chanhee
Chanhee menoleh kebelakang. Senyuman Chanhee terpancar hampir menampak gusi apabila melihat seorang kanak kanak perempuan menarik jaketnya
"Oppa... Tolong Chaeyoun boleh?" Ujar kanak kanak itu tersangkut sangkut
Chanhee lantas merendahkan dirinya sedikit
"Tolong? Nak oppa tolong apa?" Chaeyoun menghulurkan sebotol air pada Chanhee
"Tolong bukakan?" Chanhee mengangguk kecil lalu mengambil botol tersebut
"Dongsaeng ah. Datang sini sorang sorang ke? Eomma mana?" Ujar Chanhee sambil menghulur semula botol air kepada Chaeyoun
Gadis kecil itu tunduk hormat sambil meletakan kedua dua belah tangan pada perut
"Kamsahamnida, oppa~" Makin melebar senyuman Chanhee melihat kecomelan Chaeyoun
"Chaeyoun datang dengan unnie. unnie pergi kedai..." Balas Chaeyoun sambil menunding jari comelnya kearah sebuah kedai yang tak begitu jauh
"Ah..."
"Oppa... Chaeyoun takut... Chaeyoun nak duduk dengan oppa boleh?" Chaeyoun menayangkan mata bulatnya
Melihatkan kecomelan Chaeyoun, hampir hampir saja Chanhee menelan gadis kecil itu bulat bulat. Dengan tocang dua dan pipi tak ubah seperti pau tersebut, dengan mudah boleh mencairkan hati Chanhee
"Unnie cakap... Kalau Chaeyoun rasa tak selamat, Chaeyoun kena pergi dekat oppa. Sebab unnie cakap, oppa yang handsome semua baik hati" Mata Chanhee sedikit terbeliak
Jari telunjuk menunding diri sendiri
"O-oppa?" Chaeyoun mengangguk
"Nae~ oppa handsome. Mestilah baik" Kata Chaeyoun sebelum meneguk air
'Siapalah unnie kau... Mesti dia genius'
Desis hati Chanhee sebelum mengangkat Chaeyoun agar duduk diatas kerusi
Tali kasut Chaeyoun yang terbuka Chanhee ikatkan
"Oppa..."
"hm?"
"Kenapa oppa handsome sangat?" Membahang Chanhee dibuatnya. Senyuman masih tak lekang. Lebih lagi apabila dipuji
Bak kata orang, budak kecik tak reti menipu
well... its a fact🌝
"Aniyo... Chaeyoun tu kenapa cantik sangat? Hm?" Soal Chanhee semula lalu mencubit pipi Chaeyoun lembut
"Hehehehe~!" Chaeyoun ketawa kecil. Suka benar dipuji oleh Chanhee
"Yah Lee Chaeyoun!"
Datang pula seorang gadis berlari kearah Chaewon
"Unnie!" Balas Chaewon melambai kearah gadis itu
"Chaeyoun ah kenapa tak duduk dekat situ diam diam? Sakit jantung unnie ingat Chaeyoun dah hilang tahu tak!"
"Eo... Yoojungie?" Sebut Chanhee selepas mengecam wajah si kakak
Yoojung menoleh kearah Chanhee lalu dengan segera menunduk hormat
"Aigoo sunbaenim. Maafkan saya sebab terpaksa jaga dongsaeng saya"
"Yah aniyo. Saya okey je jaga Chaeyoun yang comel ni" Kata Chanhee sambil mengusap rambut Chaeyoun
Gadis kecil ikut sudah ketawa suka
Yoojung berdecit kecil sambil menolah bahu Chaeyoun perlahan
"Suka eh kau?" Chaeyoun menjelir lidah pada Yoojung
Chanhee hanya tersenyum melihat dua beradik tersebut. Lebih lebih lagi si kakaknya. Nampak lebih cantik bila bertemu di luar
Apabila Yoojung memandang kearahnya, serta merta Chanhee matikan senyuman
"Sunbae mesti tengah tunggu yeochin kan?"
"Eh takde. Saja jalan sorang sorang" Nafi Chanhee begitu pantas tanpa teragak agak
"Oohhh kalau macam tu, jomlah kita jalan sama sama" Ajak Yoojung
"Eo? Boleh ke?" Yoojung mengangguk kecil
Kemudian matanya beralih pada Chaeyoun yang sedang ralit memandang ke tempat lain
"Tapi... apa kata saya hantar dia balik rumah dulu lepas tu kita jalan sama sama?" Saja Yoojung menjungkitkan sebelah Chanhee sambil tersengih sinis
Lelaki itu sudah memerah tetapi masih mampu menghamburkan tawa
"Merepek. Perangai awak tu, behave sikit eh"
"Ala... bukan senang nak date ngan sunbae..." Ujar Yoojung perlahan
"Jomlah. Saya belanja makan dekat cafe"
"Hah! Oppa nak belanja? Yeayyy" Sorak Chaeyoun sebelum melompat turun daripada kerusi kemudian berlari kecil
"Comel betul dongsaeng awak" Puji Chanhee dengan senyuman melihat Chaeyoun lari
"Hm... Dongsaeng je ke?" Yoojung pandang Chanhee dengan mata berharap. Bahu disenggol pada lengan Chanhee memandangkan lelaki itu tinggi lampai
Chanhee menggulingkan mata lalu meninggalkan Yoojung
"Heol!" Sebut Yoojung masih kaku di tempat yang sama
Baru 3 langkah Chanhee berjalan, dia kembali berpusing menghadap Yoojung lalu menarik tangan gadis itu
Habis berderau jantung Yoojung dibuatnya
"Tunggu apa lagi? Akak yang lawa, cepatlah jalan"
▲▲▲
🍁: Rindu solo live dia