Lee Jaehyun ;
Readers as Kim Aeri ;
▼▼▼
"Omo omo Aeri ahh~ Makin besar makin lawa kamu ni"
Gigi dikertap sambil menayang senyuman terpaksa pada makcik makcik sedara aku yang tengah berkerumun depan aku
Ya Tuhan... Asal diorang ni tiba tiba je sedar kehadiran aku kat sini? Eomma pun satu. Tiba tiba suruh aku layan sedara mara. Selalunya aku akan duduk dekat dapur
Buat air, topup makanan dan siapkan meja
"H-Hehehe... Gumawo imo~" Balas aku terpaksa. Beberapa ketika kemudian, mereka ada topik yang sesuai untuk membawang. Laju diorang cari spot
Nafas lega aku hembus. Hilang beban aku sekejap
"My beby kezenn!!!" Muncul seseorang yang amat aku kenal dekat pintu
Perasaan excited mula terkumpul. Rasa nak lari astu lompat peluk dia je sekarang
"Mijoo eonnieee!!!" Dia terus datang lalu memeluk aku dengan begitu erat
Aku balas pelukkan dia sambil goyang goyangkan tubuh
"Lama tak jumpa Aeri! Rindu tahu tak?!" Dia tepuk belakang badan aku
Kami leraikan pelukan
"Aeri pun rindu eonnie! Malam ni eonni tidur rumah Aeri eh?" Mijoo unnie geleng kepala sambil mencebik
Aku turut mencebik
"Harini tak boleh. Sebab eonnie taknak tolong Aeri basuh pinggan malam ni. Ha esok boleh!"
"Ish!" Lengan dia ditampar perlahan
"Kalau eonnie teman Aeri basuh pinggan, boleh gosip sama sama tau?" Mijoo eonnie gelak lalu menekup pipi aku perlahan
"Alolololo~ Yelah yelahh. Tapikan Aeri. Cakap pasal gosip ni, eonnie ada tea. Pasal cousin kite tuuh. Hyunjae" Bisik dia perlahan sambil memandang keliling rumah
"Wae wae?" Aku terus tarik dia ke luar rumah jauh dari family member yang lain
"Eonnie dengar dia dah nak kawin" Mulut aku sudah terbuka luas sebelum sempat aku menekup mulut
Mata tak payah cakaplah terbeliak macam mana. Kalau boleh nak tercabut mata
Hyunjae oppa, cousin yang paling matang dan nakal dalam semua cousin. And dia dari dulu cakap taknak kawin masa umur 20 an. Dia nak kawin lambat
TAPI DIA YG KAWIN DULU HAHAHA
"Jinjayeo?"
"Eo! Samchun yang paksa! HAHAHAHAHA!" Aku pandang je Mijoo eonnie gelak. Tak jumpe lawak kat ne
"Mijoo ah! Taknak salam dengan samchun dan imo?"
Panggil eomma appa Mijoo eonnie
"Nae! I'm coming~" Balas Mijoo eonnie sebelum pandang kearah pintu pagar rumah. Aku pun pandang ke sana
Hyunjae oppa baru sampai sedang menuju kearah kami
"Bakal pengantin sampai HAHAHA" Bisik Mijoo eonnie dan ketawa terbahak bahak lalu masuk kedalam rumah
"Eonnie ni! Tak baik tahu tak?"
Aku pandang kearah Hyunjae oppa yang memberi aku senyuman
"Opp-"
"Hey si gemuk~" Terputus terus nak panggil dia. Senyuman aku mati serta merta
"Oppa tak payah ah masuk! Shuhh shuhh!" Halau aku seperti kucing
"HAHAHAHA! Aigoo mianhae~ Oppa gurau pun tak boleh? Ni oppa beli khas untuk Aeri" Sekotak buah shine muscat dihulur pada aku
"WAH OPPA! Buah mahal ni! Membazir duit oppa je!"
"Mahal mahal untuk budak mengada macam Aeri. Oppa tak kisah habis duit dekat Aeri" Rambut aku dikusutkannya
"Oppa gumawo~ Ah Aeri tak sedia apa apa untuk oppa"
"Btw oppa, congrats oppa~ Dah nak jadi suami orang dah sekarang! Untung isteri oppa nanti. Dapat suami suka belanja. Hari hari kenyang!"
Hyunjae oppa mengerutkan dahi sambil menilikkan kepala sedikit pandang aku confius
"Nae?"
"Eo... oppa dah nak kawin kan?" Dia mengangguk teragak agak
"Ha sebab tulah Aeri ucap tahniah. Salah ke? Kenapa oppa macam pelik sangat?"
"Samchun tak bagitahu Aeri?"
"Bagitahu apa--"
"Kim Aeri! Lee Hyunjae! Buat apa luar tu? Sinilah masuk"
Suara eomma memanggil. Aku dan Hyunjae oppa masuk kedalam rumah menuju ke ruang tamu
Semua pakcik makcik, saudara mara tersenyum senyum memandang kami. Aku hanya menayangkan muka blur tengok reaksi diorang. Lagi lagi Younghoon oppa. Sampai hilang mata dia senyum
Bahunya ditampar memandangkan dia sangat dekat dengan aku
"Aish saeng ah! Sakitlah!"
"Oppa dah kenapa senyum senyum?"
"Tanyalah eomma!" Dia balas pukulan aku
Tak guna punya abang
Eomma tarik tangan aku supaya duduk sebelah dia
"Macam ni Aeri... Kami sekeluarga dah sebulat suara dan putuskan sesuatu..." Sebelah kening terjungkit semasa kata kata eomma tersekat seketika
"Mhmm...? Putuskan ape? Rantai basikal?"
Pap!
Lengan aku tak semena mena ditampar eomma
"Kesitu pulak!"
"Aduhh... eomma yang tak habiskan ayat. Aeri sambung jelah" Ujar aku perlahan dengan bibir muncung
"Kami nak Aeri jadi isteri Hyunjae yang sah" Sambung appa dekat sebelah
"Ouhh...-- EH?! HUH?! M-MWORAGEO?!" Suara naik seoktaf terkejut dengan apa yang appa cakap
Jantung mula berdebar tak tentu hala dengan bulu roma yang sudah berdiri tegak
Amende kawen dengan cousin sendiri? Family weyh!
"Girl dont worry. Aeri lupa ke Hyunjae tu anak angkat samchun dengan imo? So its okay to marry him" Ujar Hyungseo seakan akan dapat membaca fikiran aku
"Yep. Majlis perkahwinan kamu akan dijalankan minggu depan. Tiada bantahan sebab kami dah set dewan, pelamin, jemputan dan catering"
"Tanpa bincang dengan Aeri?" Appa mencebik
"Kamu dari dulu single. Kawin jela terus. Lagipun kamu dengan Hyunjae rapat. Terima jelah" Aku pandang Hyunjae oppa dengan dahi berkerut
Dia senyum nakal lalu mengenyitkan mata. Serta merta jantung makin berdetak laju
Tak cukup itu, dia datang dekat menundukkan tubuh sedikit untuk berbisik
"Untung suami Aeri nanti. Boleh buli Aeri hari hari. Heheheh"
▲▲▲
🍁: Mane nak cari pakwe
cam hyunjae? Pinjam kejap.