H | ππŽπ“πˆπ‚π„

By leimonadd

205K 27K 5.4K

ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20 More

N1
N2
N3
N4
N5
N6
N7
N8
N9
N10
N11
N12
N13
N14
N15
N16
N17
N18
N19
N20
N21
N22
N23
N24
N25
N26
N27
N28
N29
N30
N31
N32
N33
N34
N35
N36
N37
N38
N39
N41
N42
N43
N44
N45
N46
N47
N48
N49
N50
N51
N52
N53
N54
N55
N56
N57
N58
N59
N60
N61
N62
N63
N64
N65
N66
N67
N68
N69
N70
N71
N72
N73
N74
N75
N76
N77
N78
N79
N80
N81
N82
N83
N84
N85
N86
N87
N88
N89
N90
N91
N92
N93
N94
N95
N96
N97

N40

2.4K 295 93
By leimonadd

PANGGILAN telefon bersama Madam Atikah dimatikan. Wareesa pandang Waseem dan Khalis Wasim yang sibuk makan di hadapannya.

Tersenyum dia seketika apa yang terpampamg di hadapannya. Berdebar itu semestinya. Duduk sekali dengan Waseem untuk sejam, dia rasa level suka dia kepada lelaki itu makin mencanak naik. Mari dia sebutkan apa yang dia perhatikan pada Waseem Ahda selama sejam tadi.

Waseem Ahda, setiap pertuturannya lembut dan sopan sahaja. Bukan dengan dia, bahkan dengan Khalis Wasim juga.

Sepanjang lelaki itu bermain dengan Khalis Wasim, muka lelaki itu tak pernah lekang daripada senyum manisnya. Walau Khalis Wasim kadang meragam dalam ribaan, Waseem melayan dengan penuh sabar.

Lelaki itu nampak macam tak kekok langsung dengan bayi. Lagi, Waseem pasti nak buat semua benda. Macam lelaki tu pula yang diamanahkan untuk jaga Khalis Waseem. Yang Wareesa buat hanya suap makanan Khalis Wasim sahaja. Itu pun dengan Waseem yang pastikan Khalis Wasim tidak meragam. 

Bukan itu sahaja. Walau Waseem bermain dan melayan Khalis Wasim, tak pun lelaki itu tinggalkannya terpinga-pinga sendirian. Pasti dia diajak bermain sekali dan kadang diajak berbual.

Tapi, tu lah. Masalah pada Wareesa. Pasti Waseem bosan nak bersembang sebab Wareesa malu dan diam aje. Huwaaaa!!!! Tapi, tapi, tapi! Waseem masih sama. Cuba ajak Wareesa berbual.

"Kenapa pandang saya macam tu?"

Wareesa tersedar. Terus dia kalihkan pandangan ke arah lain. Muka dah hangat. Kantoi tenung anak teruna orang. Alah, nak buat macam mana. Anak teruna orang ni helok sangat!

Menggeleng Wareesa sebagai jawapan. Langsung tak pandang wajah Waseem. Dan kerana itu, dia tak nampak Waseem yang sedang tambah kemanisan dalam senyuman saat mata lelaki itu jatuh pada Wareesa.

"Siapa call?"

Ting!

Sekali lagi Wareesa tersedar. Terus dia pandang telefon di tangan. Lupa pula tentang perbualan pendek bersama Madam Atikah tadi.

Waseem dipandang. Sekilas cuma sebelum mata pandang Khalis Wasim yang seronok bermain sendirian di riba Waseem.

"Err, urusan Madam Atikah dah selesai. Kita..." Uhuk malu pula Wareesa sebut perkataan kita tu.

"Kita?" Suara Waseem buat mata Wareesa beralih arah ke wajah lelaki itu. Wajah Waseem tunjuk lelaki itu memberi sepenuh perhatian kepadanya. Malu lagi Wareesa dibuatnya.

Wareesa berdeham perlahan. Tangan mula lah menyentuh bahagian muka dek kerana malu. Sentuh pipi lah. Garu hidung lah. Tepuk dahi lah. Sampai berkerut Waseem dia lihat. Sudahnya, tangan digenggam erat.

"Kita kena hantar Khalis Wasim." Beritahu Wareesa. Setenang yang dia boleh.

Waseem hanya mengangguk. Khalis Wasim di riba dipandang. Kepala bayi itu diusap perlahan. Wareesa pula, pandang Waseem. Sambil itu tangan sibuk mengemas barang-barang Khalis Wasim. Simpan sebaiknya dan sekemasnya di dalam beg. Bila Waseem pandang, kalut perilaku. Benda nak jadi kemas pun boleh tunggang terbalik.

Waseem diam-diam senyum. Wareesa yang kelihatan kalut itu dia curi-curi lihat. Selepas itu dia senyum lagi. 

"Madam Atikah kat mana?" Soal Waseem. Tangan mula bergerak membantu Wareesa mengemas. Toys milik Khalis Wasim yang bersepah di atas rumput dia ambil, lap sedikit sebelum dia serahkan kepada Wareesa. Satu persatu dia buat begitu.

Wareesa tambah suka dengan apa yang Waseem lakukan. Allah, Allah. Lelaki macam Waseem ini one in a million betul lah. Tak boleh laaahhh! Cair!

"Emmm, madam suruh jumpa kat tempat tadi." Beritahu Wareesa. Toys terakhir Khalis Wasim dimasukkan dalam beg sebelum beg dizip. Waseem dipandang sekilas sebelum dia berdiri dengan beg di tangan.

Waseem ikut berdiri. Khalis Wasim didukung penuh cermat. Dan tersenyum dia bila lihat Khalis Wasim yang seperti teruja apabila dia berdiri.

Macam tahu-tahu sahaja bayi comel ini mereka akan mula bergerak. Dek kerana itu, kepala Khalis Wasim diusap perlahan sebelum dia labuhkan kucupan rigkas di situ.

Wareesa dah jatuh berkali-kali kerana Waseem.

Waseem pandang Wareesa dan Wareesa terus buat-buat pandang jam tangan.

"Jom." Ajakan Waseem yang penuh lembut itu buat Wareesa perlahan-lahan angkat wajah pandang lelaki itu.

Mata Wareesa tak berkelip lihat wajah yang sedang tersenyum itu. Sumpah! Sangat blink-blink Waseem sekarang. Insert sha la la la la la la!

Wareesa telan air liur. 

'Reesa! Alihkan mata! Alihkan mata! Apasal berani sangat kau tatap dia tak berkelip macam gini?!

Berkerut dahi Waseem. Terkelip-kelip laju mata dia di situ. Pelik tengok Wareesa yang lurus aje pandangan matanya. Kepada siapa? Ke arah mana?

Terus Waseem paling wajah pandang belakang. Nak tengok juga apa yang Wareesa pandang. Tapi, macam tiada apa-apa atau sesiapa yang menarik pun. Pandangan tala semula kepada Wareesa.

"Wareesa?"

Wareesa menggeleng. Ha! Muka dah berkuap hangat dek kerana malu. Ya Allah! Wareesa kalau tak behave depan Encik Crush, mati gamaknya.

"Awak okey tak?" Soal Waseem. Risau kadang. Perangai pelik-pelik betul gadis ayu seorang ini.

Wareesa ternangguk-angguk di situ. 

"Emm. Mari lah Khalis." Pinta Wareesa. Beg digalas betul-betul pada bahu sebelum dia depa tangan mahu ambil Khalis Wasim daripada Waseem.

Mendengar permintaan Wareesa, Waseem pandang Khalis Wasim. Senyum kecil dia di situ sambil tangan betulkan kedudukan Khalis Wasim dalam dukungannya.

"Emm. Mari beg Khalis Wasim." Pinta Waseem. Tangan sebelah yang bebas memegang Khalis Wasim dihulurkan untuk ambil beg daripada Wareesa.

Wareesa hanya menurut. Beg Khalis Wasim yang digalas, dibuka lalu dihulurkan kepada Waseem. Ingatkan nak hulur aje. Tapi tak sangka pula dia Waseem akan kata begini.

"Tolong sangkutkan pada bahu saya betul-betul boleh?" Kata itu siap dengan pakej senyum manis satu kali. Dengan suara yang lembut pula tu. Sopan lagi.

Telan air liur Wareesa di situ. Terkelip-kelip matanya. Dan bila Waseem diam-diam jongket kening kepadanya, Wareesa macam robot sangkutkan beg betul-betul pada bahu Waseem.

Berdebar sungguh Wareesa di situ. Memang dalam kepala tu duk ulang-ulang sebut 'behave, relax'. Kalau tak behave, kalau tak relax, boleh terseliuh bahu Waseem. Silap-silap Khalis Wasim pun kena tempias.

'Reesa dah tak betul ni. Cik Zee!!! Tolong!' Tangis Wareesa dalam hati.

"Terima kasih." Ucap Waseem bila Wareesa selesai menolongnya. Dia pandang sahaja Wareesa yang duk tunduk kepala itu. Pelik sungguh lah. Kalau dia tanya, mesti tambah merah muka gadis itu. Baik dia diam sahaja. Lagipun, lucu pula Wareesa di matanya sekarang.

"Okey, jom." Sekali lagi, seperti mula-mula tadi Waseem terus ambil langkah. Kali ini dia bukan dengan Khalis Wasim sahaja, malah dengan barang Khalis Wasim juga dia angkut bawa pergi.

Terkejut Wareesa. Terus dia lari anak ikut Waseem dan bila dah sampai di hadapan lelaki itu, Wareesa terus berhenti depan lelaki itu.

Terhenti langkah Waseem di situ. Baik matanya dan mata Khalis Wasim, dua-dua pandang Wareesa tidak berkelip. Wareesa malu tapi, apa-apa sahaja lah. Dia nak jalankan tugas dia pula. Dia kena pulangkan Khalis Wasim kepada Madam Atikah. Bukan Waseem!

"Kenapa?" Soal Waseem.

Wareesa pandang Khalis Wasim.

"Kan saya minta Khalis tadi?" Ucap Wareesa.

Waseem senyum. 

"Takpe lah. Saya bawa Khalis." Ucap Waseem sebelum dia sambung langkah sahaja. Wareesa ditinggalkan di belakang tapi langkah sengaja dilambatkan sampai gadis itu boleh betul-betul berjalan di sebelahnya.

Tanpa sedar, Waseem dah ukir senyum sendiri.

Wareesa tak tahu nak bina ayat macam mana. Dia rasa segan kerana sedari tadi, Waseem yang buat semua. Dia hanya pujuk Khalis Wasim sahaja tadi. Itu pun tak lama. Suap Khalis Wasim tak lama mana. Mungkin dalam sejam tadi, masa dia menjaga Waseem dua puluh minit sahaja.

"Emm, takpe lah. Saya bawa Khalis. Saya segan. Semua benda awak buat dari tadi." Ucap Wareesa.

Waseem kerling Wareesa sekilas. 

"Takpe lah."

"Mana boleh takpe. Kan saya yang diamanahkan untuk jaga Khalis Wasim." Kata Wareesa laju.

"Lagipun, awak ni memang free sahaja ke dari tadi? Takde kelas ke?" Soal Wareesa. Baru terluah soalan itu. Bukan sekejap tau lelaki ini teman dia dan bantu dia. Satu jam! Satu jam tau!

Waseem senyum. Memandangkan mereka hendak lintas jalan, Waseem depakan tangan sedikit ke arah Wareesa, memberi isyarat supaya gadis itu berhati-hati.

Wareesa yang melihat perbuatan Waseem itu terus pandang kiri kanan juga. Bila Waseem bergerak jalan mahu lintas jalan, dia ikut sama. Langkahnya yang sedikit ke belakang kadang buat lelaki itu menoleh kepadanya. Wareesa jadi segan. 

'Ya Allah. Helok luar dalam dia ni! Bertuah betul lah bakal bini dia!' Puji Wareesa dalam diam.

Usai lintas jalan, Waseem pandang Wareesa. Langkah diatur tenang.

"Sebab takde kelas lah saya teman awak. Dan, takpe. Kan saya dah cakap awal-awal tadi." Kata-kata Waseem terhenti. Wareesa syak sengaja sahaja lelaki ini buat ayat tergantung begitu. Nak bom jiwa raga dia alah tu.

Wareesa pandang Waseem sekejap-sekejap. Tak berani nak pandang terus kepada Waseem.

Waseem senyum.

"I won't let anybody see that act of yours." 

Dahi Wareesa berkerut.

"What kind of act? Takde siapa nak tengok lah." Kata Wareesa. Tak faham dia. 

Senyum Waseem terbentuk dan itu buat Wareesa malu sendiri. Hilang dah rasa tak faham dia tadi. The power of smile.

"Alah. Act yang boleh buat lelaki jatuh aww pada awak."

"Ha?" 

Wareesa tak faham. Waseem hela nafas lemah. Malas pula nak terang. Biar aje boleh tak?

"Takde apa lah. Jom. Mana Madam Atikah?" Wareesa biarkan sahaja 'ha' Wareesa tadi. Kaki mula melangkah penuh berhati-berhati memanjat tangga. Khalis Wasim dipeluk longgar. Risau juga dia. Dengan badan belakang dia yang berat dengan beg kepunyaannya dan Khalis Wasim. Buatnya dia terjatuh ke belekang macam mana?

Sedang Waseem berhati-hati itu, Waseem rasa ada satu sentuhan yang menyokongnya dari belakang. Terus kepala menoleh sedikit pandang belakang, hanya untuk melihat Wareesa yang membantunya dari belakang.

Wareesa tak perasan sekarang ini. Tak perasan yang Waseem rasa hangat bila lihat wajah gadis itu pada setiap langkahnya mendaki tangga. Terus Waseem pandang depan semula.

"And this kind of act too." Kata Waseem,

Wareesa yang kurang jelas, terus angkat kepala. Dahi berkerut tak faham.

"Awak ada cakap apa-apa ke?" Soal Wareesa.

Waseem hanya menggeleng sebagai jawapan. Wareesa hanya mengangguk kecil.

"Biar saya tolong yang ini. Awak dah banyak tolong saya. Terima kasih." Kata Wareesa ikhlas. Entah kenapa rasa debar yang dia rasa sekarang sangat menenangkan. Ia bukan jenis debaran yang buat dia nak kalut dua puluh empat jam.

Waseem hanya diam. Khalis Wasim dipandang. Ehem. Tiba-tiba dia rasa nak berdeham pula. Lepas tu rasa nak pandang Wareesa sekali lagi. Hahaha!

"Wareesa!"

Terus berhenti langkah Waseem di anak tangga teratas. Wareesa yang berada di belakang Waseem mengintai sedikit ke arah suara itu.

Dah namanya kena seru. Seru dek Madam Atikah pula tu. Tak tunggu lama, Wareesa terus berdiri sebelah Waseem. Tangan masih sama di tempat tadi, menyokong Waseem dari tepi pula kali ini.

Waseem mengerling Wareesa sekilas sebelum dia pandang seroang wanita yang sedang berjalan laju ke arah mereka. Melihat senyum Wareesa dan juga perilaku teruja Khalis Wasim dalam dukungan, Waseem dapat agak itu lah Madam Atikah. Senyum terus diukir.

"My baby!" Sampai sahaja Madam Atikah, terus Madam Atikah ambil Khalis Wasim dari dukungan Waseem. Anaknya itu dikucup berkali-kali dan Khalis Wasim tersangat selesa. Tak nampak pun bayi itu lemas. Mungkin rindu juga kepada si ibu.

Lihat apa yang terpampang di hadapannya, Wareesa ukir senyum. Sayu. Tiba-tiba dia rindu arwah mama dan Umi Seri. 

"Ya Allah, thank you so much Wareesa! Kalau takde awak, saya tak tahu lah saya akan kalut macam mana nanti. Nak handle Wasim lagi. Nak mesyuarat lagi. Terima kasih banyak-banyak!" Madam Atikah bersungguh benar mengucapkan rasa terima kasihnya kepada Wareesa. Nak aje dia peluk-peluk Wareesa sekarang ini. Kalau tiada Khalis Wasim dan fail di tangan, dia dah lama bawa masuk gadis itu dalam pelukan.

Wareesa senyum. Segan pula. Salah orang Madam Atikah puji. Dia terus kerling Waseem di sebelah. Dan Madam Atikah pun macam cepat tangkap sahaja arah matanya. Terus Waseem dipandang.

"Oh."

Waseem senyum.

"Madam." Kepala Waseem menunduk sedikit.

"Kawan ke? Saya tak pernah nampak awak pula? Awak ambil course Early Education juga ke?" Soal Madam Atikah. Muka helok macam ni, jarang dia lihat walau banyak juga muka helok yang dia pernah lihat.

Waseem menggeleng kecil.

"Saya ambil course Media Study."

Madam Atikah terkejut sedikit.

"Jauhnya berjalan. Sampai ke fakulti sini awak berjalan." Kata Madam Atikah. Wareesa yang hanya diam dia kerling sekilas. Sambil itu, bibir simpan senyum.

Tak sangka pula dia dengan pelajarnya yang seorang ini. Selalu juga dia dengar gelaran 'Lone Ranger' untuk Wareesa. Sekarang tak lone lagi dah ke?

Waseem senyum.

"Saya jumpa kawan tadi. Alang-alang nampak Wareesa seorang, saya teman lah sekali." Terang Waseem.

Madam Atikah hanya tersenyum. Dia angguk kecil sambil kerling Wareesa sekali lagi. Amboi. Merah sangat muka tu kenapa?

"Umm. Terima kasih juga lah. Awak berdua memang membantu saya sangat-sangat hari ini." Sekali lagi, ucapan terima kasih keluar dari mulut Madam Atikah.

"Takde apa lah , madam." Ucap Wareesa sambil tersenyum.

"Mari saya belanja makan. Saya nak berterima kasih betul-betul ini and I won't accept a no as answer." Amaran dah diberi awal-awal. Lagi-lagi kepada Wareesa. Tengok gaya, Wareesa bukan jenis yang terus akan kata 'yes'.

"But, madam. Saya ke–"

"Sure. Reesa kata dia takde plan pun. Saya pun takde plan sekarang. Lagipun, saya tak sedia lagi nak berpisah dengan Wasim junior ni." Selamba sahaja Waseem berkata ya. Siap heret Wareesa sekali pula tu. Terpinga Wareesa di situ.

'WHAT? WAIT!'

"Great! Jom naik kereta saya! Come. Boleh saya sembang panjang sikit." Kata Madam Atikah. Waseem dia ajak manakala Wareesa dia lintas macam itu sahaja sebab tahu dari riak Wareesa, gadis itu tidak mahu pun. Biar! Dia mahu balas juga budi baik Wareesa.

Waseem hanya senyum dan mengangguk. Madam Atikah yang dah berlalu pergi menuruni tangga dengan berbual kecil dengan Khalis Wasim. Kemudian, dia pandang Wareesa yang seprti masih hadam apa yang berlaku sekarang.

"Reesa." Seru Waseem lembut.

Wareesa menoleh pandang Waseem.

"Jom?"

"Kenapa awak terima? Saya nak pergi library lah."Omel Wareesa tak puas hati. Lagipun dia dah makan tadi. Berapa kali nak makan?

Waseem senyum. 

"Nanti kita pergi. Bukan selalu dapat peluang macam ni."

Erk. Wareesa kaku. Malu. Peluang apa ni? Lelaki ni cakap pasal apa ni?

Waseem senyum. Wareesa tunduk.

"Come." Ajakan lembut Waseem buat rama-rama berkepak hebat dalam perut Wareesa.

Cair lagi Wareesa.

˚ ༘♡ ⋆。˚

SARAPAN pagi Wareesa kali kedua berasama Madam Atikah, Khalis Wasim dan Waseem adalah sarapan pagi yang paling lama Wareesa pernah rasa. Kalau ikut masa, dua puluh lima minit sahaja tapi Wareesa macam dua jam lamanya. Sekejap-sekejap pasti dia curi-curi lihat jam di tangan. 

Tahu sebab apa? Satu, sebab lelaki yang sedang menjamah Nasi Lemak Kerang di sebelahnya ini. Dua, sebab Madam Atikah yang duduk di hadapannya ini.

Ya Allah! Tak dia sangka Madam Atikah ini macam wartawan Melodi hari Ahad! Semua benda dia nak tanya! Malu Wareesa dibuatnya. Kalau dia berdua sahaja dengan wanita itu, tak apa lah. Ini...! Encik Crush duduk sekali! Malu dia nak sembang pasal diri sendiri dengan normal.

Tapi, kalau cerita pasal diri Waseem, telinga auto jadi antenna. Masa pun berlalu cepat sangat. Tahu-tahu dia dah tak dapat dengar jawapan mengenai Waseem dah. Jatuh bahu dia jadinya.

Nak dengar lagi. Tapi, bila kenangkan dia yang dia sengsara dek masa yang lambat berlalu, diam aje lah ya. Pujuk hati dia sendiri. 

Madam Atikah yang tiba-tiba sahaja bangun buat mata Wareesa laju memandang wanita itu. Eh, dia lost sendiri sebab fikir macam-macam. Dan bila lihat Waseem juga berdiri, mata Wareesa juga pandang Waseem. Lelaki itu senyum kepadanya dan auto dia lambat-lambat berdiri, bagai terpukau.

Mata bertemu mata. Dan setiap detik itu, jantung Wareesa berdegup makin lama makin kencang. Wajah dah terasa hangat.

Oh, kenapa dia tiba-tiba rasa luar biasa sangat hari ni? Waseem pun, kenapa senyum kat dia macam tu? Matanya tak dapat nak beralih.

Cik Zee! Tolong! Reesa rasa Reesa dah kena pukau.

"Wareesa Jameela!"

Terhinjut bahu Wareesa dek terkejut mendengar namanya dipanggil kuat. Terus dia pandang hadapan dengan riak wajah yang terkejut habis. Madam Atikah yang menggeleng perlahan buat wajah Wareesa berkuap hangat.

"Amboi..." Meleret amboi yang Wareesa terima daripada Madam Atikah.

Waaa!!! Cik Zee, tolong!

"Malas lah saya nak kacau kamu berdua dah. I got to go. My family matters waiting for me." Kata Madam Atikah. Menjeling mengusik Madam Atikah kepada Wareesa. Sambil itu bibir tarik senyum.

Wareesa menggeleng menidakkan. Nak pandang Waseem tapi malu.

"Terima kasih, madam." Kata-kata Waseem buat kepala yang menggeleng terhenti. Waseem dipandang tidak percaya.

Eh, lelaki ini! Kenapa macam mengiyakan aje kata-kata Madam Atikah? Selamba betul!

Madam Atikah hanya gelak kecil sahaja. Khalis Wasim dibawa dalam dukungan dan beg digalas di bahu. Melihatkan Madam Atikah bersiap-sedia mahu pergi, Wareesa terus hulurkan tangan untuk bersalaman. Dan senyum dia bila huluran salamnya bersambut.

Pamitan Madam Atikah buat Wareesa angkat tangan dan melambai kecil. Dan bila Madam Atikah serta Khalis Wasim hilang daripada pandangan, Wareesa helakan nafas lega.

Toleh tepi, terus tersedak dia sendiri. Semua kerana pandangan Waseem kepada dirinya. Terus dia duduk di kerusi semula.

Waseem hanya senyum. Pinggan ditolak ke hadapan sebelum Waseem beralih tempat duduk. Dia duduk bertentangan dengan Wareesa. Bukan di tempat Madam Atikah tadi, tapi di sebelah tempat itu. Tahu gadis itu tidak selesa.

Melihatkan Waseem yang beralih tempat duduk, Wareesa curi-curi lihat lelaki itu. Bibir tahan senyum dari terukir. Entah kenapa dia rasa Waseem gentleman pula. Tahu dia tak selesa.

'Gentleman.' Puji pendek Wareesa dalam hati. Diri sendiri tak perasan yang bibir dah tarik senyum.

"Ehem." 

Ting! Senyum mati dan kepala terus diangkat memandang Waseem. Mata pula terkelip-kelip laju.

Tengok muka Waseem yang takde riak itu buat Wareesa berdebar sendiri.

"So..." Waseem mula kata. Tangan memeluk tubuh dan badan hadapan dirapatkan di meja, bersandar. Wareesa dipandang kosong.

Wareesa telan air liur menahan debar. Lelaki ini dah kenapa? Senyum mana, senyum? Lepastu, dah kenapa tak nak sambung kata? Nak dia menyahut ke macam mana? Ke memang nak bagi iklan 5 saat macam di YouTube tu?

Waseem masih diam. Wareesa mula lah melilaukan mata hanya semata-mata tak mahu bertembung mata dengan Waseem. Seminit juga begitu tapi, Wareesa beralah sendiri. Waseem ni nampak macam takde tanda-tanda nak sambungkan kata tadi.

"Emmm. Ya?" 

Waseem angguk kecil dan senyum. Berjaya buat Wareesa bersuara. Dia memang sengaja diam.

"Nak pergi library lepas ni?" Soal Waseem. Wareesa dipandang sekejap sebelum dia tunduk pandang telefon di atas meja. Dia nak mesej Nafis.

Waseem tak pandang Waseem tapi lambat-lambat Wareesa mengangguk. Air disedut perlahan.

Waseem senyum kecil melihat Wareesa yang membalas tanpa guna suara itu. 

"Lepas tu, awak nak pergi mana?" Soal Waseem.

Wareesa pandang jam di tangan. Ada lebih kurang sejam lagi sebelum kelasnya bermula.

"Kelas." Pendek balasan Wareesa. 

Waseem mengangguk dan Wareesa menunduk. Dalam diam Wareesa marah diri sendiri. Dia nak juga borak mesra dan panjang-panjang dengan Waseem tapi, sifat malunya lebih mengatasi. Tambah pula, otak macam tak mahu jadi idea bank pula.

Argh! Pasti lelaki itu turn off nak sambung bicara dengan dia! Huwaaa!!! Nak sembang panjang-panjang!

"Pukul berapa kelas awak?" Waseem masih setia bertanya. 

"Sebelas." Dan Wareesa masih setia dengan caranya membalas setiap soalan Waseem. Sambil itu, menangis dalam hati.

"Lepas tu?"

Dahi Wareesa terjongket sedikit. Waseem dipandang. Bertanya 'apa' dalam diam. Dan melihatkan itu, Waseem hanya senyum kecil.

"Lepas kelas awak ke mana?" Soal Waseem, mengerti.

"Balik?" Jawab Wareesa. 

Telefon yang berdering dan menyala-nyala tanda ada panggilan masuk, buat mata Wareesa tertacap di situ. Hayyan pemanggilnya.

Terus mata pandang Waseem dan terlihat Waseem juga sedang memandang skrin telefonnya. Dan bila dia pegang dan sorokkan telefon itu di bawah meja, Waseem pandang dia. Sedikit terkejut riak lelaki itu tetapi selepas itu dia nampak bibir Waseem senyum kecil.

"Jawab lah." Kata Waseem memberi izin dan Wareesa hanya mengangguk kecil. Badan dipusingkan sedikit, membelakangi Waseem sebelum panggilan Hayyan diangkat.

"Hello." Sapa Wareesa.

"Reesa." Dengar nama Hayyan memanggil namanya. Dan Wareesa balas dengan 'hmmm' sahaja.

Lama Wareesa tak dengar suara Hayyan sebab lelaki itu macam takde pun nak buat hubungan dengan dirinya. Bagus lah. Tak payah dia nak hadap perangai pelik-pelik sepupunya itu.

"Kat mana?" Pertanyaan Hayyan buat dahi Wareesa berkerut sedikit. 

"Universiti lah." Jawab Wareesa.

"Ada kelas?" Tanya Hayyan lagi.

"Ada lah. Kau ingat aku datang sini nak bercuti ke?" Jawab Wareesa penuh sinis. Soalan pun tak kena. Dah terang lagi bersuluh dah jawapannya. Nak tanya lagi kenapa? Cuba tanya soalan kelas habis jam berapa. Yalah dia jawab elok-elok.

Hayyan, Wareesa dengar seperti sedang lepaskan tawa kecil di talian sana. Sekali lagi dahinya berkerut. Dah kenapa pula lelaki ini tiba-tiba gelak begitu? Dia rasa takde pun kata-kata lawak yang dia ungkapkan tadi.

"Mana tahu kau nak lari tak nak jumpa aku.

Wareesa terkedu mendengar kata Hayyan. Erk. Bukan sebab ayatnya tapi sebab intonasi suara Hayyan yang lembut dan perlahan seakan berbisik kepadanya. Hilang kosa kata terus dia. Mata pun terkelip-kelip laju. Erk. Kenapa dia rasa semacam pula ni?

'Kau dah kenapa Reesa? Sedar!'

Menggeleng kecil Wareesa.

"Kau nak apa ni?" Tanya Wareesa lurus dan sedikit kasar.

Hayyan sekali lagi ketawa kecil sebelum lelaki itu beri jawapan kepadanya.

"Papa want to say something." Kata Hayyan sebelum telinga Wareesa mendengar Hayyan memanggil Tuan Fauhad. Tegak terus badan dia. Ingatkan Hayyan cakap kosong. Betul rupanya ada Tuan Fauhad bersama lelaki itu.

"Reesa?" Suara Tuan Fauhad menyapa, buat Wareesa terus tersenyum.

"Ya, pak cik." 

"Tak sempat nak sarapan sekali tadi. Cik Zee kata Reesa dah keluar pergi kelas. Awal betul kelas Reesa." Kata Tuan Fauhad. Lemah sahaja nadanya, buat Wareesa rasa serba salah. Nak buat macam mana. Benda tak boleh dia halang.

"Takpe lah. Tapi..." Panjang tapi yang diucapkan Tuan Fauhad.

"Tapi?"

"Sebelum pak cik tanya soalan ni, pak cik nak tanya. Wareesa ada kat mana? Dengan siapa?" Soalan Tuan Fauhad buat Wareesa terus menoleh ke belakang.

Terkejut dia bila lihat Waseem kini bukan berseorangan malah seronok lelaki itu bersembang dengan Nafis. Bila masa entah adik beradik susuan lelaki itu datang join sekali.

Melihat Wareesa menoleh dengan pandangan terkejut kepada mereka, Waseem dan Nafis terus senyum. Nafis tambah gaya melambai kecil menyapa Wareesa diam-diam. Dan sebagai balasan, Wareesa hanya angkat tangan melambai kecil juga.

"Reesa?" Soalan Tuan Fauhad buat Wareesa tersedar semula.

"Ha, pak cik. Err..." Wareesa pandang Waseem dan Nafis silih berganti. Macam mati tak kalau dia bagitahu dia bersama dua lelaki ini?

"Dengan siapa, Reesa?" Soal Tuan Fauhad semula.

Wareesa garu dahi perlahan. Bagitahu aje lah. Apa sahaja yang Tuan Fauhad boleh buat kalau tahu mereka ada bersamanya. Kan? 

"Dengan Waseem dan Nafis." Jawab Wareesa jujur walau lambat-lambat. Kenapa dia rasa tak sedap hati ni?

"Oh really?" Suara teruja terus dia dengar. Haa, dah kenapa pak cik dia ni?

Waseem dan Nafis yang seperti sedar mereka menjadi topik perbualan Wareesa dengan si pemanggil, terus berhenti bersembang dan pandang ke arah Wareesa. Nafis yang selamba terus tanya kenapa dengan nada berbisik. Wareesa pula terus menggeleng kecil dan jongketkan bahu, memberi jawapan dia tidak tahu. Waseem pula lebih diam dan hanya memerhati.

"Di mana?" Soal Tuan Fauhad semula.

"Dekat gerai makan. Ambil breakfast dengan madam Reesa tadi. Kenapa pak cik tanya?" Penuh hati-hati Wareesa bertanya setelah dia memberi jawapan. Badan sudah dia pusing ke hadapan semula.

Mata pandang Waseem dan Nafis sillih berganti. Dua lelaki itu pun macam nak tahu aje. Yalah. Tiba-tiba nama ada dalam perbualan Wareesa.

"Bagus! Pak cik nak bercakap dengan mereka boleh? Reesa passkan telefon kepada mereka." Permintaan luar alam Tuan Fauhad yang langsung tak Wareesa jangka buat Wareesa terbatuk kecil. Terkejut habis. Bulat mata pandang Waseem dan Nafis.

"Kenapa?" Soal Nafis.

"Apa pak cik cakap tadi?" Soal Wareesa.

"Bagi telefon kepada mereka. Pak cik nak bercakap dengan mereka."

Ha sudah! Wareesa jauhkan telefon dari telinganya. Terkelip-kelip dia pandang telefon sebelum pandang sebelum mata pandang Waseem dan Nafis. Lambat-lambat dia letakkan telefon di hadapan dua lelaki itu. Sempat dia tekan butang loudspeaker. Nak juga dia dengar apa yang akan dibualkan pak ciknya dengan dua lelaki itu.

"Kenapa?" Buat kali ketiga, Nafis bertanya. Telefon yang menyala dan menunjukkan skrin yang masih tertulis Hayyan itu dia pandang.

Waseem juga begitu. Kosong sahaja pandangannya kepada skrin telefon Wareesa.

"Pak cik saya nak cakap dengan awak berdua." Beritahu Wareesa. Bingung juga dia seperti bingungnya riak yang ditunjukkan dua lelaki itu sekarang.

Wareesa geleng kecil. "Saya tak tahu kenapa." Kata Wareesa jujur.

Waseem dan Nafis bepandangan sesama sendiri. Masing-masing macam kehilangan kata. Tiba-tiba sahaja ini. 

"Assalamualaikum, pak cik." Sudahnya kedua-dua mereka memberi salam serentak.

Wareesa yang mendengar terus tarik senyum lucu. Dan bila perasan dia menjadi pandangan dua lelaki itu, Wareesa terus tejlkup mulut dan menggeleng kecil. Tapi, di sebalik tangan itu, dia masih senyum.

'Comel lah. Macam budak sekolah aje.' Bisik hati Wareesa kecil.

"Waalaikumussalam. Nafis dan Waseem ya?" Suara Tuan Fauhad yang keluar buat rasa risau Wareesa datang semula. Duduk dibetulkan dan pendengarannya dibuka luas-luas. Dia tak mahu tertinggal satu benda pun.

"Ya, pak cik. Nafis dan Waseem di sini." Nafis menjadi wakil menjawab. Kekok sahaja bunyinya tapi, apa-apa aje lah.

Dengar suara Tuan Fauhad gelak. Tersenyum mereka bertiga mendengarkannya.

"Elok kamu berdua ada di sini. Kalau nak suruh Wareesa datang bawa balik rumah, lambat lagi lah jawapannya. Nak sorokkan sangat kawan-kawannya daripada pak cik." 

Sekali lagi Wareesa terbatuk kecil. Ya ampun, pak cik! Kenapa dibuka pasal gue di hadapan jejaka-jejaka kacan ini. Malu deh aku di sini!

Waseem senyum manakala Nafis dah tutup mulut. Barangkali tahan gelak. Apa pun perbuatan mereka berdua, Wareesa dah malu sendiri. Dia tekup muka sendiri. Malu!

"Kami special sangat kut, pak cik." Waseem menjawab selamba dan itu buat Wareesa intai Waseem di sebalik tangannya.

Allah! Cair habis bila dia lihat Waseem sedang tongkat dagu pandang ke arahnya. Lihat Nafis, lelaki itu pun buat perkara yang sama.

Tuan Fauhad gelak. Entah siapa punya jawapan pun dia tak tahu. Tapi, yang pasti hati tuanya terhibur. Ramah benar kawan-kawan Wareesa ini.

"Betul. Special sangat. Dan sebab kamu berdua special sangat seperti yang diperkatakan, pak cik nak jemput kamu berdua sekali lagi ke Majlis Ulang Tahun Perkahwinan pak cik malam Sabtu ni. Nafis dan Waseem pastikan datang tau!" Kata Tuan Fauhad. Teruja benar suara lelaki itu.

Wareesa alihkan tangan dari wajahnya lalu Waseem dan Nafis dipadang silih brganti. Dia mahu menggeleng untuk suruh dua lelaki itu tidak bersetuju, tapi entah kenapa dia hanya kaku sahaja di situ. Macam separuh dirinya memang ingin mereka berdua hadir. Lebih-lebih lagi Waseem. Tapi, kalau mereka datang habis dia kena dengan Cik Puan Tihani nanti.

Dilema.

"Pak cik tak terima jawapan no!" 

Waseem dan Nafis berpandangan sesama sendiri lalu tersenyum.

"In shaa Allah, pak cik." Serentak Waseem dan Nafis menjawab. Wareesa mereka ukirkan senyuman. Malu Wareesa di situ.

"Okey. Jumpa di majlis nanti." Kata Tuan Fauhad lalu Waseem terus hulurkan telefon kepada Wareesa semula.

Menyambut huluran itu, Wareesa matikan loudspeaker dan kembali berbual dengan Tuan Fauhad.

"Pak cik."

"Reesa nanti balik kelas, call Yan. Yan bawa Reesa pergi mall. Kita shopping sikit-sikit untuk Sabtu ni. Okey?" Kata-kata Tuan Fauhad buat Wareesa gigit bibir bawah perlahan. Diam dia tidak memberi sebarang jawapan.

"Reesa?

"Okey, pak cik." Akhirnya Wareesa akur. 

"Good girl." Itu kata akhir Wareesa sebelum telinganya mendengar suara Hayyan memanggil namanya. Tak jadi dia nak matikan panggilan telefon itu.

"Reesa."

"Hmm."

"I'll be waiting for you."

Wareesa diam. 

"See you later, boo.

Dan-dan itu juga Wareesa pandang Waseem.

Tut... Tut... Tut...

Dan Waseem pandang Wareesa.

Erk. Teringat boo Waseem. Nak dengar sekali lagi boleh tak? Nak bandingkan siapa punya lagi bagi dia rasa lain macam.

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 78.1K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
1.7M 92.8K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
238K 15.6K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...