Adrian's Obsession

By nssignature

8.2M 275K 54.8K

Badboy series volume 1 Completed (Unedited version) Tengku Adrian Benjamin | Reanne Az Zahraa... More

๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |1
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |2
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |3
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |4
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |5
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |6
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |7
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |8
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |9
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |10
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |11
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |12
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |13
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |14
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |15
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |16
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |17
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |18
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |19
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |20
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |21
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |22
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |23
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |24
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |25
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |26
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |27
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |28
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |29
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |30
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |31
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |32
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |33
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |34
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |35
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |36
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |37
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |38
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |39
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |40
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |41
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |42
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |43
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |44
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |45
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |46
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |47
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |48
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |49
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |50
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |51
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |52
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |53
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |54
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |55
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |56
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |57
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |58
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |59
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |61
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |๐‘บ๐’‘๐’†๐’„๐’Š๐’‚๐’ ๐’„๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |๐‘บ๐’‘๐’†๐’„๐’Š๐’‚๐’ ๐’„๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 2

๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |60

109K 3.8K 253
By nssignature

"Your eyes stole my words away, baby."

"Abang." Reanne menggoncang perlahan tangan Tengku Adrian. Dia rasakan bahagian bawah dia sakit sangat. Katil dia turut basah. Menunjukkan bahawa air ketuban telah pecah. Due date dia pun tinggal beberapa hari lagi.

"Kenapa sayang? Sayang nak makan mangga ke?" Terpisat pisat Tengku Adrian membuka mata. Dia rasa baru beberapa jam sahaja dia tidur kerana Reanne tak berhenti merengek tadi.

"Sakit." Berkerut dahi Reanne. Peluh peluh kecil turut keluar menuruni dahinya.

"Haa?" Terbuka luas bukaan mata Tengku Adrian. Okay, dia dah tahu!

"Sayang dah nak bersalin ke ni?" Soalnya kalut. Dia tak pernah ada pengalaman. Jadi; tak hairanlah kalau dia rasa kalut.

Reanne menganggukkan kepalanya dengan laju. Dia rasakan ingin berteriak sekarang ini tetapi tak boleh.

Tengku Adrian segera menyauk badan Reanne sebelum mencempungnya keluar daripada bilik. Nasib baiklah sekarang ini mereka berada di rumah mummy.

Sampai di ruang tamu; dia lihat Tengku Adam dan Tengku Aryan tengah melayan movie di televisyen.

"Basil, Adam. Tolong along." Tengku Adrian berkata cemas kepada Tengku Adam dan Tengku Aryan.

Terus kedua dua orang adiknya itu berjalan ke arahnya. Wajah Tengku Adam dan Tengku Aryan turut cemas apabila melihat kakak ipar mereka yang sedang berkerut kesakitan itu.

"Ikut along pergi hospital. Aryan, ikut along. Adam pula pergi kejutkan yang lain." Arah Tengku Adrian laju. Tak banyak bunyi, terus kedua duanya mengangguk setuju.

Tengku Aryan berjalan ke arah pintu utama lalu dibukakan pintu itu supaya memudahkan lagi urusan abangnya itu.

"Bawa kereta along. Barang baby dah ada dalam tu." Sambung Tengku Adrian lagi. Tengku Aryan segera menekan butang lock kereta Range Rover itu sebelum membuka pintu kereta kepada alongnya.

Reanne dimasukkan berhati hati ke dalam kereta itu. Tengku Aryan mengambil tempat di hadapan.

Kereta itu laju membelah jalan raya. Gleaneagles Medical Centre dituju.

Sampai saja di hadapan pintu masuk itu, terus saja nurse menyorong stretcher ke arah kereta Tengku Adrian apabila Tengku Aryan memanggil jururawat.

Terus saja Tengku Adrian mencempung Reanne keluar daripada kereta. Diletakkan dengan berhati hati isterinya itu di atas stretcher itu.

"Basil park kereta dulu. Lepastu bawa barang baby masuk dalam. Cakap dekat yang lain juga." Tengku Adrian mengarah kalut sebelum dia memboloskan diri masuk ke dalam hospital itu.

"Abang, sakit." Reanne menggenggam erat tangan Tengku Adrian yang setia mengusap tangannya itu.

"Abang ada ni sayang," balas Tengku Adrian lembut. Nak menangis pun ada juga dia rasa apabila melihat keadaan isterinya macam ni. Dia tak sanggup.

"Ampunkan salah silap Reanne sepanjang Reanne jadi isteri abang. Reanne nak abang tahu yang Reanne cintakan abang selama lamanya," ucapnya lagi. Dia bimbang jika sewaktu dia bertarung nyawa selepas ini, Tuhan turut mengambil nyawanya. Terasa masih banyak dosa yang dia lakukan terhadap suaminya.

"Syhh jangan cakap macam tu. Sayang tak pernah buat salah dekat abang." Tengku Adrian menenangkan Reanne. Matanya terasa basah.

"Encik nak masuk sekali ataupun nak tunggu dekat luar?" Soal jururawat itu apabila sampai di hadapan bilik pembedahan.

"Saya nak masuk." Tanpa berfikir dua kali, terus dia bersetuju. Dia mahu berada di sisi Reanne waktu senang ataupun susah. Dan waktu sekarang; memanglah dia perlu ada. Dia adalah kekuatan Reanne.

Jururawat itu menganggukkan kepalanya. Dia mengambil pakaian khas ketika berada di dalam bilik bedah sebelum menyerahkannya kepada Tengku Adrian.

"Encik pakai pakaian ni dulu ya."

"Baik." Diambil pakaian itu lalu dipakainya sebelum dia turut melangkah masuk ke dalam bilik pembedahan.

"Abang." Reanne memanggil perlahan suaminya itu.

"Ya, sayang. Abang ada dekat sini.". Tangannya setia berada dalam genggaman Reanne.

"Tarik nafas ya puan." Arah doktor perempuan yang sedang bertugas itu.

Reanne menarik nafasnya lalu dihembus perlahan.

Doktor itu memeriksa bukaan bersalin. Nampak gayanya; memang dah sampai masa.

Doktor itu mengambil beberapa peralatan untuk pembedahan.

"Saya cakap push, puan push ya."

Reanne menganggukkan kepalanya.

"Push."

Reanne sekuat hati meneran tetapi masih tak keluar. Tangan Adrian juga sudah kemerahan sebagai tanda bahawa Reanne kuat mencengkam tangan itu.

"Sekali lagi ya. Push."

Sekali lagi, hasilnya tetap sama. Dilakukan perkara ini berulang kali.

Apabila hampir beberapa jam bertarung nyawa, maka lahirkan cinta hati Tengku Adrian dan Reanne. Anak lelaki!

Tengku Adrian memegang lembut anaknya itu. Tumpah juga air matanya waktu pertama kali memegang bayi kecil itu. Comel!

"Hero daddy." Getusnya perlahan bersama senyuman manis.

Tengku Adrian mencium anaknya itu sebelum dielus lembut pipi lembut anaknya itu.

Dia membawa si anak ke arah dinding cermin. Perlahan, dia lekapkan telinganya pada telinga si anak sebelum alunan iqamat keluar dari bibir dan diikuti dengan alunan azan.

Reanne hanya melihat situasi itu dengan penuh gembira. Walaupun sakit; namun rasa itu hilang apabila melihat wajah anaknya. Kasih ibu.

Tengku Adrian perasan dengan pandangan Reanne. Dia membawa langkah ke arah Reanne.

"Reanne nak pegang. Baby nak susu tu." Reanne menghulurkan tangannya ke arah Tengku Adrian apabila anaknya itu mulai menangis. Mungkin lapar.

"Sayang larat tak?" Tengku Adrian bimbang sekiranya Reanne keletihan. Lihat saja wajah penat Reanne itu. Dia tak sampai hati. Kalau boleh dia tukarkan tempat sekarang ni; tentu saja dia secara sukarela mengambil tempat isterinya itu.

Reanne menggangguk lemah berserta senyuman. Sekali lagi, dia menghulurkan tangannya.

Tengku Adrian menyerahkan anak mereka itu berhati hati kepada Reanne.

"Careful, sayang."

Tengku Adrian mengambil tempat di sisi Reanne. Dia labuhkan duduk di situ.

Diusap perlahan rambut Reanne itu. Senyuman dia masih tidak lekang daripada bibir apabila melihat situasi itu.

"Terima kasih sayang." Tengku Adrian melabuhkan ciuman pada dahi Reanne yang sedikit berpeluh itu.

"Comelnya bang." Suara excited mummy kedengaran. Dari tadi lagi mummy memegang cucu sulungnya itu. Tak bagi dekat yang lain. Hahahaha. Ini nasib baiklah keluarga Reanne tak sampai lagi. Kalau tak, mahunya bergaduh.

"Mummy bagilah Basil pegang pula. Dari tadi, mummy je ni." Suara Tengku Aryan kedengaran. Mummy menjeling tajam anak terunanya itu. Hish, kacau daun sungguh!

Reanne hanya tersenyum melihat adegan itu. Alhamdulillah, anak sulungnya itu disayangi sebaiknya.

Tengku Adrian yang setia berada di sisi Reanne turut tersenyum.

"Pasti hero kita tu dimanjakan oleh mummy." Getus Tengku Adrian perlahan. Reanne menganggukkan kepalanya sebagai tanda menyetujui kata kata suaminya itu.

"Abang nak pegang kejap, love." Daddy menghulurkan tangannya kepada isterinya itu. Kali ini; barulah mummy memberikan anak Tengku Adrian itu kepada daddy.

"Sebiji macam kamu Ian anak kamu berdua ini," komen daddy. Dia mengelus lembut pipi cucu sulungnya itu.

Tengku Ariana pergi ke arah daddy lalu dicubit perlahan pipi bayi itu.

Suasana hening itu tiba tiba dipecahkan dengan suara tangisan anak itu.

"Bianca! Kamu pergi cubit budak ni ke?" Mummy memarahi Tengku Ariana. Dia mengusap lembut pipi bayi itu yang tidak menunjukkan sebarang kesan pun sebenarnya.

Tengku Ariana pula tersenyum. Gaya orang bersalah.

"Dah fikirkan nama ke long?" Tengku Adam bertanya. Matanya dialihkan ke arah alongnya yang dari tadi tidak lepas daripada mengusap tangan kak Reanne.

"Dah," sahutnya ringkas. Dia ada berbincang dengan Reanne tentang nama yang akan diberikan nanti. Isterinya itu tidak kisah dengan sebarang nama. Asalkan ada maksud yang baik dah sedap didengar; itu dikira dah okay.

Hampir sejam lebih mereka berada di dalam wad VIP itu, mereka meminta diri.

"Kami balik dulu ya. Ian, jaga Reanne elok elok." Mummy sempat berpesan.

"Baik my," balas Tengku Adrian. Haruslah dia jaga kesayangannya ini baik baik.

Selepas bersalam, kini tinggallah mereka bertiga saja di dalam wad. Reanne menyusukan anaknya itu terlebih dahulu.

"Sayang nak letak nama apa?" Tengku Adrian bertanya lembut. Dia menepuk lembut punggung anaknya itu.

"Reanne ikut abang jelah. Abang dah cari kan?"

"Dah. Abang ada simpan a few names yang cantik. Tengku Arran Zander. Is it okay?"

"Cantik," getus Reanne perlahan. Gabungan awalan nama dia dan nama Tengku Adrian.

"Ya, sayang."

Tengku Adrian memerhati sisi wajah Reanne yang nampak penat itu.

"Biar abang letak anak kita dalam baby cot." Anaknya yang telah tidur itu diangkat lalu diletakkan ke dalam baby cot yang berada di tepi katil.

Tengku Adrian kembali semula ke arah katil. Dia membaringkan badannya di atas katil yang bersaiz queen itu.

Pinggang isterinya dipeluk sedikit longgar kerana bimbang akan menyakiti isterinya.

Tangan dia yang satu lagi menyangkut rambut Reanne yang terjuntai di hadapan ke bahagian belakang telinga.

"Terima kasih sayang sebab dah sudi lahirkan anak abang," ucapnya tulus.

"Apa pula cakap macam tu. Reanne sentiasa sudilah." Reanne mengusap lembut tangan Tengku Adrian yang berlingkar pada pinggangnya itu.

"Sayang, pandang sini kejap," pinta Tengku Adrian perlahan. Reanne segera menukar pandangannya dari arah baby cot ke arah suaminya itu.

"Apa?"

Cup.

Satu ciuman ringkas dihadiahkan pada bibir Reanne. Hah, terkejut Reanne. Ingatkan apa.

"Reanne tak gosok gigi lagilah abang."

"Tak apa. Sayang tetap wangi." Sambut Tengku Adrian laju. Dan dan itu, dadanya ditampar lembut oleh Reanne. Ada ada je suaminya ni.

Reanne menyandarkan kepalanya di atas dada Tengku Adrian. Mata masing masing tunak ke arah anak lelaki mereka yang sedang tidur di dalam baby cot itu. Tangan Tengku Adrian pula setia melilit pinggang Reanne. Diusap lembut perut Reanne.

"Tengķu Arran Zander bin Tengku Adrian Benjamin," getus Reanne perlahan.

𝓣𝓸 𝓫𝓮 𝓬𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Continue Reading

You'll Also Like

586K 31.9K 47
โš ๏ธ WARNING โš ๏ธ - CERITA INI TIDAK SESUAI UNTUK BUDAK BAWAH UMUR SEBAB DALAM STORY NI ADA SCENE YANG TIDAK ELOK! *BUKAN SCENE L*CAH YA ๐Ÿฅน* - KALAU AWAK...
11.2K 1.1K 18
"Prinsip aku simple. Kau langgar, kau dapat hukuman" โฅแดแด€สŸแด€ส ๊œฐแด€ษด๊œฐษชแด„ โฅแด‹ษชแด ๊œฑแดœษดแดกแดแด แด›สœแด‡ ส™แดสแดข
5.5M 301K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
5.9M 238K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...