Adrian's Obsession

BแปŸi nssignature

8.2M 275K 54.9K

Badboy series volume 1 Completed (Unedited version) Tengku Adrian Benjamin | Reanne Az Zahraa... Xem Thรชm

๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |1
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |2
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |3
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |4
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |5
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |6
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |7
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |8
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |9
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |10
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |11
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |12
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |13
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |14
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |15
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |16
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |17
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |18
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |19
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |20
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |21
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |22
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |23
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |24
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |25
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |26
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |27
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |28
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |29
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |30
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |31
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |32
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |33
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |34
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |35
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |36
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |37
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |38
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |39
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |40
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |41
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |42
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |43
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |44
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |45
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |46
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |48
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |49
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |50
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |51
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |52
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |53
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |54
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |55
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |56
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |57
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |58
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |59
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |60
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |61
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |๐‘บ๐’‘๐’†๐’„๐’Š๐’‚๐’ ๐’„๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |๐‘บ๐’‘๐’†๐’„๐’Š๐’‚๐’ ๐’„๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 2

๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |47

112K 3.8K 1.7K
BแปŸi nssignature

"Your eyes stole my words away, baby."

'Buk'

Dengan penuh geram, wajah anak buahnya ditumbuk.

"Aku suruh korang buat kerja senang macam ni pun kau tak boleh buat. Kau bodoh ke?" Tengking Tengku Adrian kepada anak buahnya.

Wajahnya sudah berubah kemerahan. Kemarahannya berada pada tahap kemuncak. Kalau anak buah dia ini buat kerja cekap, sudah tentu isterinya tak bertemu dengan si sundal itu.

Dua orang anak buahnya itu hanya mampu menundukkan wajah. Menyedari kesilapan yang mereka lakukan. Sepatutnya, mereka lebih peka dengan keadaan sekitar sementelah lagi tuannya pernah berpesan untuk jaga puan muda mereka elok elok.

"Ah sial. Sebab koranglah, keadaan dah jadi huru hara. Bodoh." Tengking Tengku Adrian untuk kesekian kalinya.

Dia menghempas kasar punggungnya pada kerusi yang tersedia di dalam bilik organisasi itu.

Tangan naik memicit dahi. Terasa pening tiba tiba.

"Fuck it." Carutnya perlahan. Sekarang ini, dia rasa dah tak mampu bernafas lega. Ingin dibunuh Erika, dia masih ada sedikit rasa belas memandangkan perempuan itu mempunyai anak yang masih kecil. Lagipula; mereka pernah menjadi kekasih suatu ketika dahulu.

"Kami minta maaf Tengku."

Tengku Adrian hanya menjeling tajam bersama deruan nafas yang beralun laju. Tangannya menyeluk poket short pants miliknya lalu iPhone ditarik keluar.

Dicari satu persatu nama yang dia ingin dail. Apabila terjumpa, terus tangan menekan butang panggilan.

"Hello Faris." Sapanya perlahan. Deruan nafasnya distabilkan semaksima mungkin.

"Ya, Tengku." Faris di hujung talian sibuk mengemas kini fail.

"Kau kenal Erika kan?"

Faris mengerutkan keningnya apabila mendengarkan sebaris nama itu. Erika? Tak silap dia Erika tu bekas kekasih Tengku Adrian kan?

"Bekas kekasih Tengku ke?" Berhati hati Faris bertanya. Bimbang kalau menimbulkan rasa marah pada diri seorang Tengku Adrian.

"Hmm." Menderam perlahan suara Tengku Adrian. Matanya dipakukan ke arah anak buahnya yang masih menundukkan pandangan.

"Kenapa Tengku? Perempuan tu ada buat benda tak elok ke?" Soal Faris untuk kesekian kalinya. Pasti ada sebab kenapa Tengku Adrian menelefonnya malam malam begini. Selalunya, hingga pukul 6 petang je Tengku Adrian akan telefon dia. Selebihnya, Tengku Adrian akan tunggu untuk hari esok.

"Dia buat masalah dengan Reanne. Dengan aku, memang dia dah buat tahi lama dah." Jelas Tengku Adrian.

Faris yang mendengar nama adiknya dipetik, mulai berasa risau. Kebimbangan seorang abang tentulah berasas walaupun adiknya itu sudah bersuami. Dia masih menganggap Reanne sebagai seorang adik yang manja.

"Dia buat apa Tengku?" Persis tidak sabar, soalan itu diajukan.

"Dia dah jumpa dengan Reanne. And the worst part ialah Reanne dah nampak budak perempuan tu. Aku bimbang kalau Erika bagitahu perkara sebenar dekat Reanne."

Terbuntang biji mata Faris mendengarkan kenyataan itu. Erika dah jumpa Reanne? Ini akan menjadi masalah besar.

"Jadinya, Tengku bagitahu Reanne perkara sebenar ataupun tak?"

"Tak, Faris. Aku tak bersedia lagi. Aku bimbang akan penerimaan Reanne. I can't lose her." Suara Tengku Adrian bertukar rapuh. Dia bimbang jika Reanne menjauhkan diri daripadanya apabila tahu akan perkara sebenar ini.

"Saya rasa baik Tengku cakap sendiri dekat Reanne. Bimbang kalau Erika yang cakap; ada penambahan cerita pula. Saya yakin yang Reanne rasional. Lagipun, itu dah jadi masa lalu Tengku." Faris memberikan kata kata nasihat kepada adik iparnya itu. Dia tak adalah baik sangat tapi setakat ayat macam ni, bolehlah.

Tengku Adrian memejamkan matanya. Badan disandarkan pada kerusi yang berwarna hitam itu.

Keluhan terkeluar tanpa dia sedar. Kenapa teruk sangat keadaan sekarang ni? Kenapa selepas dia dah mendirikan rumah tangga? Tentang dia, dia tak kisah. Tapi apabila melibatkan Reanne, itu menjadi keutamaan dia.

"Aku tak tahu Ris. Aku buntu." Keluhnya lagi.

"Kalau macam tu saya rasa baik Tengku jumpa dengan Erika sendiri. Bagi amaran supaya jauhkan diri daripada Reanne." Cadang Faris. Dia pasti bahawa Erika tak akan berani ingkar dengan amaran Tengku Adrian.

Tengku Adrian diam setelah itu. Cuba menghadam kata kata Faris. Dia fikir, ada baiknya juga kalau dia bertemu Erika. Buat kali terakhir setelah peristiwa dulu.

"Kau teman aku jumpa dia esok. Atur masa perjumpaan antara aku dengan dia. Kau tahukan dia kerja dekat mana?" Soal Tengku Adrian.

Faris seorang yang cekap. Sudah tentu semua maklumat terletak dalam tangannya.

"Saya cuba cari malam ni Tengku. Tengku nak jumpa dengan dia bila? Nanti saya aturkan.

"As soon as possible."

"Baik Tengku."

Kaki dilangkahkan memasuki ruangan kafe itu. Dengan kaca mata hitam yang dipakai, menambahkan lagi ketampanan jejaka itu. Tangan dimasukkan ke dalam seluar slacknya. Butang kot pula dilepaskan menampakkan baju kemeja yang berwarna blue black itu.

"Where is she?" Tengku Adrian menyoal Faris yang setia berada di sisinya itu. Tidak dihiraukan mata mata yang memandang kagum ke arahnya.

"Over there. Dekat dengan dinding." Faris mengunjukkan ibu jarinya ke arah salah sebuah meja yang terlindung.

Tanpa melengahkan masa, terus kaki diayunkan melangkah ke arah tempat yang dinyatakan oleh Faris itu.

Lihat saja wajah Erika, rasa yang tenang kembali bergelodak. Bergelodak dengan rasa marah.

Ditarik kerusi yang berhadapan dengan Erika dengan kasar. Wajah itu masih tidak berubah walaupun dah hampir lima tahun mereka tak bertemu.

"Ad." Getus Erika perlahan. Matanya dijeling ke arah lelaki yang berdiri di sisi Tengku Adrian itu. Segak!

"I tak expect yang you nak jumpa I. You rindu I ke sayang?" Pecah tawa Tengku Adrian mendengar ayat itu. Tch, perasan teruk minah ini.

"Ris, kau duduk dekat sana dulu. Selesai masalah aku dengan malaun ni, aku panggil balik." Arah Tengku Adrian. Tidak dihiraukan wajah Erika yang berubah apabila digelar sebagai 'malaun'.

"Baik Tengku." Faris membawa langkah ke arah meja yang berada selang dua meja dengan meja yang diduduki oleh Tengku Adrian.

"Let's make it short and simple. Apa motif kau sebenarnya ini?" Tidak tunggu lama, terus saja Erika dihentam oleh soalan. Bukan cara dia kalau nak main teka teki. Sick.

"Motif I? I nak kita macam dulu lagi. Ada you, I dengan Lily." Jelas Erika tanpa bertangguh. Dia nak cantumkan kembali puzzle dirinya dan diri Tengku Adrian yang dah lama terlerai itu.

"Tch." Adrian menyengetkan senyuman sinis. Digelengkan kepalanya dengan perlahan.

"Peluang untuk kau tak pernah ada. Peluang hanya ada untuk isteri aku." Ujar Tengku Adrian dengan nada yang perlahan. Disedut perlahan jus yang berada telah tersedia di hadapannya itu.

"I menyesal, Ad. Please. Kembali dengan I. I tahu yang you masih cintakan I. I pasti yang you sebenarnya tak cintakan Reanne. You hanya jadikan dia sebagai tempat nak hilangkan puas you. Betul kan?" Tak beragak si Erika muntahkan ayat.

Terketap erat rahang Tengku Adrian mendengar ayat itu. Mata helangnya dipakukan tajam pada wajah perempuan yang tak faham bahasa itu.

"Kau ingat cinta aku semurah tu ke?" Soal Tengku Adrian bersama marah yang membukit.

"Kau tak layak nak sebut nama isteri aku dengan mulut busuk kau. Jaga percakapan kau, perempuan. Kau cakap aku jadikan Reanne tempat pemuas nafsu aku? Kau salah. Yang sebenarnya kau tu tempat pemuas nafsu jantan jantan dekat luar sana. Kalau tak, tak adalah anak haram kau tu keluar." Lancang sekali percakapan Tengku Adrian. Sudah tidak dihiraukan mata mata yang memandang ke arah mereka.

Yang pasti, dia dapat lunaskan segala rasa marah yang dia pendam selama ini.

Faris hanya memerhati situasi itu tanpa suara. Dia pasti, adik iparnya itu mampu selesaikan masalah ini. Lagipun, Tengku Adrian dah ceritakan kepada dia tentang perkara yang berlaku antara dia dengan Erika.

"How could you, Ad." Mata Erika kini berkaca kaca. Sampai hati Tengku Adrian menggelarkan Lily sebagai anak haram.

"Ya. Sepatutnya, dari dulu lagi aku dah cakap perkara ini dekat kau tapi entah kenapa, aku jadi bodoh apabila dekat dengan kau." Tidak dihiraukan air mata Erika yang bertakung pada birai mata itu. Dia sudah puas berlembut. Balasan yang dia dapat hanyalah kesakitan. Apa hak orang lain nak bahagia atas penderitaan dia?

"You masih berdendam dengan I atas peristiwa dulu?" Soal Erika. Harapan dia nampaknya kian pudar apabila melihat penerimaan Tengku Adrian ketika ini.

"Aku tak berdendam. Cukup untuk kau tahu itu." Dijeling tajam wajah Erika yang terbias kesedihan itu. Perempuan ini ada berapa muka sebenarnya?

"Habis tu sekarang ni apa? Lily tu anak kita, Ad. You jangan lupa tentang ini atau I bawa perkara ini ke peringkat mahkamah." Ugut Erika. Tak boleh cara baik, cara buruk banyak lagi.

Terletus tawa yang kedengaran sinis sekali pada pendengaran Erika.

"Go on Erika. Kau ingat aku takut. Kau mungkin lupa tentang ni. Jadi, biar aku ingatkan kau sekali lagi. I'm a man with power. Sekelip mata je hidup kau aku boleh hancurkan. Undang undang juga tak boleh sekat aku." Jelas Tengku Adrian bersama gelengan perlahan. Sedikit terhibur dengan ugutan Erika.

"Dan kau juga mungkin lupa yang nama anak kau dalam sijil lahir bukannya berbintikan aku. Jadinya, kau tak payah nak cakap tentang hak sekarang ini." Sambungnya lagi dengan nada yang semakin keras.

Erika terkedu di tempatnya. Kenapa dia boleh lupa tentang ini? Dipandang wajah kacak Tengku Adrian yang kemerahan itu. Sudah tentu lelaki itu terasa tercabar sekarang ini.

"But Adrian, she's your daughter. You tak boleh nak lepas tangan macam tu je."

"Dan kau ingat aku percaya yang itu anak aku? Sebelum aku sentuh kau, dah berapa ramai jantan sentuh kau pun aku tak tahu." Potong Tengku Adrian laju. Terasa lawak dengan kenyataan Erika.

"Ad, sampai hati you. You labelkan I ni perempuan murah ke?"

"Yes, you are. Kau memang murah. Aku yang bodoh sebab pernah setia dengan kau. Dan apa yang pernah aku kesalkan adalah berjumpa kembali dengan kau lima tahun lepas. Itu perkara yang paling bodoh pernah aku lakukan sepanjang 32 tahun aku hidup."

"Jadinya you nak cakap yang perkahwinan kita dulu tu satu penyesalan yang paling teruk pernah you buat?" Erika tak sanggup untuk mendengar sebarang kenyataan daripada Tengku Adrian.

"Yes, I am. Itu perkara paling bodoh pernah aku buat. Thanks God sekarang ini kau dah terlucut daripada jawatan isteri." Syukur Tengku Adrian. Dia masih ingat peristiwa 5 tahun lepas. Argh, itu adalah perkara yang paling teruk pernah dia lakukan.

Tengku Adrian bangun daripada kerusi itu lalu dibutangkan kot hitamnya itu.

"You tak boleh buat I macam ni,Ad. I yang jaga Lily sepanjang kelahiran dia." Erika mengungkit. Tak, dia nak Tengku Adrian ada dengan dia. Dengan anak mereka.

"Ada aku suruh kau jaga ke? Kalau kau malas, hantar jelah rumah anak yatim. Jangan buat teruk sangatlah, Erika." Buat pertama kali selepas 5 tahun, nama itu disebut.

"Ad, kita kahwin. I sanggup jadi isteri kedua." Nada percakapan Erika sudah terlalu terdesak. Sangat terdesak dengan keadaan.

Dipegang tangan Tengku Adrian. Belum beberapa saat, Tengku Adrian merentap kasar tangannya daripada genggaman tangan Erika.

Wajahnya menggambarkan yang dia jijik dengan sentuhan itu. Disapu perlahan tangannya pada kotnya.

Erika yang melihat keadaan itu mulai dihurungi sebak. Sampai macam tu sekali ke Tengku Adrian bencikan dia?

"Bermimpi jelah perempuan. Lambat lagi aku nak jadikan kau sebagai isteri kedua." Jeda seketika sebelum Tengku Adrian menyambung ayatnya.

"Satu lagi. Stay away from my wife. Jangan tunjuk muka kau depan aku serta isteri aku kalau kau rasa kau dan anak kau nak hidup lama. I'm warning you. I'm a man with words. Jangan pernah cabar aku, Erika." Tekannya lagi. Dijeling tajam wajah itu sebelum kakinya dilangkahkan perlahan ke arah Faris yang sudah sedia berdiri itu.

"You ingat, Ad. Kalau I tak dapat you jangan ingat Reanne boleh dapatkan you. I akan tunjuk surat perakuan nikah kita dekat dia. Dan juga Lily." Terjungkit senyuman sinis Erika. Dia rasakan yang peluang untuk dia masih ada. Dia akan gunakan peluang itu sebaik mungkin. Walaupun terpaksa kotorkan tangan sendiri.

Tengku Adrian rasakan bahang kembali terasa. Baru saja dia ingin menoleh kembali, namun sekatan Faris menyekat langkahnya.

"Usah hiraukan dia, Tengku."

"Kau cubalah buat semua tu kalau kau nak tengok sesetan mana aku boleh jadi. Aku tak main main, Erika. Jauhkan diri kau dari isteri aku kalau kau nak bernafas lama."

Kakinya dilangkahkan menghala ke arah luar kafe. Kereta Lamborghininya yang berwarna kuning itu dituju.

"Kau cakap dekat Aris suruh pick up Reanne. Cakap yang aku nak lunch dengan Reanne."

"Baik Tengku." Faris menganggukkan kepalanya sebelum membuka pintu kereta mewah itu.

𝓣𝓸 𝓫𝓮 𝓬𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

ฤแปc tiแบฟp

Bแบกn Cลฉng Sแบฝ Thรญch

5.4K 277 15
(Siapa yang percaya Zayyan Mikael seorang CEO terkenal di serata dunia yang anti kepada kisah percintaan. Percintaan baginya hanya sekadar membuang m...
ZAR BแปŸi tihatti

Lรฃng mแบกn

297K 19.1K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
592K 8.3K 5
๐‘ด๐’Š๐’™ ๐‘ณ๐’‚๐’๐’ˆ๐’–๐’‚๐’ˆ๐’† ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ / ๐‘ฐ๐’๐’…๐’๐’๐’†๐’”๐’Š๐’‚ #1 ๐‘ฎ๐’‚๐’—๐’“๐’Š๐’†๐’'๐’” ๐‘บ๐’†๐’“๐’Š๐’†๐’” ๐‡๐ข๐ฌ ๐š๐ง๐ ๐‡๐ข๐ฌ ๐‹๐ข๐ญ๐ญ๐ฅ๐ž ๐–๐ข๐Ÿ๐ž Hani Marin...
12.1K 1.7K 16
Teen Fiction ' Humor | on going Season 2 || The Stupidos Series โ€ขโ€ขโ€ข Luke Harvey - Dia seorang lelaki yang mempunyai gaya hidup bebas. Merokok, pergi...