Adrian's Obsession

By nssignature

8.2M 275K 54.8K

Badboy series volume 1 Completed (Unedited version) Tengku Adrian Benjamin | Reanne Az Zahraa... More

๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |1
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |2
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |3
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |4
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |5
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |6
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |7
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |8
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |9
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |10
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |11
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |12
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |13
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |14
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |15
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |16
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |17
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |18
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |19
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |20
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |21
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |22
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |23
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |24
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |25
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |26
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |27
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |28
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |29
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |30
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |31
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |32
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |33
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |34
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |35
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |36
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |37
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |38
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |39
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |40
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |42
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |43
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |44
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |45
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |46
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |47
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |48
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |49
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |50
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |51
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |52
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |53
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |54
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |55
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |56
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |57
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |58
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |59
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |60
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |61
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |๐‘บ๐’‘๐’†๐’„๐’Š๐’‚๐’ ๐’„๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“
๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |๐‘บ๐’‘๐’†๐’„๐’Š๐’‚๐’ ๐’„๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 2

๐‘จ๐’…๐’“๐’†๐’‚๐’๐’๐’† |41

163K 6K 1.2K
By nssignature

"Your eyes stole my words away, baby."

Majlis resepsi sebelah lelaki lebih gah berbanding resepsi sebelah perempuan. Dengan dewan hotel yang besarnya.

Reanne tersenyum ke arah Milea dan Liana yang datang ke arahnya.

"So how's life?" Soal Milea. Dia merupakan mahasiswi dari fakulti perubatan. Tak adalah rapat sangat dengan Reanne tapi mereka pernah mengendalikan program yang dianjurkan oleh pihak U bersama sama.

"Okay je. Macam biasa. Yang lainnya bila bangun tengok ada orang sebelah." Balas Reanne dengan nada yang bergurau.

Semua di situ turut ketawa. Menyambut kata kata Reanne.

"I tak tahu pula you dating dengan BOD Royal Leon Group. Dia pernah taja program dekat U kita right? And pernah bagi talk untuk budak business. Am i right?" Soal Liana yang juga datang daripada fakulti yang sama.

"Haah, dia pernah taja program dekat Uni kita. Abang I yang kenalkan kami berdua. Dia kerja dengan suami I." Jelas Reanne sambil melirik ke arah Tengku Adrian yang sedang berbual dengan Syed Firash, Tengku Emir, Tengku Iskandar serta Syed Akhtar.

"Oh I see. I'm happy for you. I harap your wedding will last forever." Ujar Liana bersama senyuman ikhlas. Dia memang okay dengan Reanne sebab Reanne seorang yang peramah. Tak lekang dengan senyuman setiap kali mereka terserempak dekat U.

"Thank you Mil, Liana."

"You're most welcome. I think I have to go. My partner already wait for me at there." Ujar Milea sambil menunjukkan ke arah meja yang berada sedikit jauh daripada meja meja yang lain. Terbelakang sedikit.

"Thank you sebab datang." Reanne memeluk erat tubuh Milea bersama lagaan pipi. Diikuti dengan Liana yang turut ingin beredar.

"Babe, ada someone nak jumpa kau." Kalut Hana memberitahu Reanne. Dhiya di sisi hanya menganggukkan kepala.

"Siapa?"

"Za - ...." Belum sempat Hana ingin menyudahkan ayat, sapaan dari seseorang yang cukup dikenali oleh Reanne kedengaran.

"Hi Reanne." Terus Reanne mengangkat wajahnya; memandang ke arah lelaki itu.

Zamir!

Reanne kaku setelah itu. Tak menjangkakan lelaki ini akan muncul di hadapannya. Siapa yang ajak?

Dia melirik ke arah Hana dan Dhiya tetapi kedua duanya hanya menggelengkan kepala sebagai isyarat yang mereka tidak memberitahu Zamir tentang hal ini.

"You buat apa datang sini?" Soal Reanne dengan dingin. Sejarah dia dengan Zamir tidak begitu indah. Jadi, buat apa lelaki ini datang?

"To congratulate you on your wedding, Ara." Jawab Zamir bersama senyuman sinis. Ara? Ya. Hanya dia saja panggil Reanne dengan panggilan Ara.

"Siapa invite you datang sini?" Soal Reanne buat kesekian kalinya.

Matanya sekali lagi melirik ke arah Tengku Adrian. Bimbang kalau Tengku Adrian nampak Zamir. Boleh jadi salah faham walaupun Tengku Adrian tak pernah mengenali Zamir.

Zamir tidak menjawab. Dia menaikkan satu glass wedding card. Wedding card untuk resepsi Reanne dan Tengku Adrian.

"How can-" Terhenti bicara Reanne. Tak salahlah kalau Zamir datang ke sini.

"Amalin bagi I. Siapa suruh you tak cakap tentang sejarah kita dekat dia?" Lagi sekali, sinisan kedengaran.

Benarlah. Amalin dan Mimi mana pernah tahu kisah dia dengan Zamir walaupun mereka housemate.

Hanya kepada Dhiya dan Hana saja dia bercerita.

"I think you should go. Thank you for coming. I appreciated it." Separuh ikhlas, Reanne ucapkan terima kasih.

'Tolonglah balik.'

Kebimbangan dia menjadi kenyataan apabila Tengku Adrian menunakkan pandangan ke arah mereka. Yang pasti pandangan tajam berserta dingin.

Dia perasan yang Tengku Adrian memberitahu sesuatu kepada sahabat sahabatnya sebelum melangkah perlahan ke arah mereka.

"I minta maaf atas apa yang I buat pada you dulu." Tiba tiba saja suasana bertukar hening. Zamir yang pengecut ini minta maaf? Like seriously?

Reanne hanya diam. Tak berminat untuk menjawab apa apa.

"Can you forgive me?"

"I maafkan you. Antara kita dah lama berlalu Mir." Ucap Reanne akhirnya.

Mereka pernah menjalinkan hubungan. Tidak tahu atas perhubungan cinta atau sekadar teman tapi mesra. Reanne masih ingat hari itu.

"Ara. Kita date jom." Waktu itu Reanne dan Zamir sedang menghabiskan masa di meja batu Universiti.

"Untuk apa?" Berdebar debar rasanya. Zamir dan dia dah berjanji untuk bersahabat saja dan tak lebih dari tu.

"I dah lama suka dekat you."

"Really? Since when?" Soal Reanne sedikit terkejut. Tidak percaya dengan kenyataan yang dia dengar.

"Waktu awal awal sem lagi. You baik and I'm happy bila I dengan you." Jawab Zamir tanpa ada niat untuk selindung. Dia dah lama jatuh hati kepada Reanne. Sejak dulu lagi.

"Then kenapa you diam?" Soal Reanne tak mengerti.

"I takut kalau hubungan kita akan jadi awkward lepasni. I takut kalau you tolak I."

"I'm okay with it. Okay one date." Reanne bersetuju akhirnya. Lagipun, Zamir juga baik. Tak pernah lepas perilaku waktu bersama dengannya.

"Thank you Ara." Syukur, Reanne terima juga. Zamir melirik ke arah Reanne yang menundukkan wajah ke arah buku law itu. Style Reanne apabila malu.

Mereka berhubungan macam biasa. Yang pasti, hubungan persahabatan dah bertukar kepada percintaan. Semuanya okay.

Zamir turuti permintaan Reanne untuk tidak memberitahu kepada sesiapa pun tentang ini walaupun kawan baik mereka sendiri. Reanne bimbang kalau ada suara suara sumbang yang bercakap tentang mereka selepas ini.

Selepas satu bulan hubungan diam mereka, tiba tiba satu universiti dikejutkan dengan berita Zamir ditangkap khalwat dengan seorang wanita.

Awalnya Reanne tidak percaya sebab Zamir seorang lelaki yang menjaga ikhtilat tapi semuanya benar apabila lelaki itu mengaku yang memang dia dan pasangannya itu berada berdua duaan di rumah sewa Zamir.

Terus saja Reanne minta putus daripada Zamir. Zamir pula berpindah ke universiti swasta atas arahan daddynya. Malu sebab ada anak yang mencemarkan nama baik keluarga sementelah lagi keluarga Zamir datang daripada golongan berada.

Zamir tidak sempat bertemu Reanne selepas itu apabila Reanne tidak datang ke U dalam lebih kurang seminggu. Nombor telefon turut Reanne tukar.

"What's going on here?" Soal Tengku Adrian sambil memandang ke arah lelaki asing yang berdiri bertentangan dengan isterinya itu.

Ditarik pinggang Reanne merapat ke arahnya. Tangan dihulurkan ke arah Zamir; ingin beramah mesra walaupun hatinya dah rentung sekarang ini.

"Zamir. Kawan lama Reanne." Zamir menyambut huluran itu berserta segaris senyuman. Senyuman keikhlasan.

"Oh I see. Dah makan?" Soal Tengku Adrian berpura pura ramah. Argh, pasti mereka lebih daripada sahabat.

Lihat saja pandangan lelaki itu ke arah isterinya. Ingin dicungkil biji mata itu agar mengalihkan pandangan daripada isterinya.

"Belum. Tak apalah. Saya turun bawah dulu. Congratulation on your wedding." Ucap Zamir lantas berpaling menuruni tangga.

"So macam mana kahwin? Best tak?" Soal Megat Iskandar bersama lirikan nakalnya. Tak lain tak bukan, tentu saja berunsur 18 dan ke atas.

"Mestilah best. Dah halal kan?"

"Whoa whoa hold on. Since when Tengku Adrian Benjamin ni tahu halal haram? Selalunya main redah je." Sinis ayat yang Tengku Emir keluarkan.

"Sejak kahwin dengan Reannelah bodoh. Takkan sejak kahwin dengan kau pulak." Bidas Tengku Adrian pantas.

"Hahaha gilalah. Aku tak percaya lagi yang kau dah kahwin. Sunyi kelab bila kau tak ada dho."

"Haah. Si Kristi selalu tanya aku kau pergi mana. Menyampah aku dengan betina tu." Syed Akhtar pula bercerita. Kristi ataupun one night stand Tengku Adrian. Dah diberitahu yang mereka hanyalah one night stand tapi tak dengar juga. Lol.

"Let her be. Aku tak ambil tahu tentang orang lain. Asalkan isteri aku happy." Bersinar mata Tengku Adrian waktu menyebut perkataan isteri.

Yang lain hanya mampu menggelengkan kepala. Angau teruk dah kawan mereka ini.

"Guys, look at there." Syed Firash menunjukkan ke arah pelaminan. Yang lain terus saja mengarahkan kepala ke arah situ.

Tengku Adrian memerhatikan tajam ke arah situ. Terpeta riak tidak selesa pada wajah Reanne manakala lelaki asing itu menayangkan raut wajah sinisnya.

'This must be a problem.'

Tidak lama selepas itu, pandangan Reanne bersabung dengannya. Terus saja isterinya itu melarikan mata. Semakin panaslah hati dia.

"Aku rasa elok kau pergi ke sana, Ad." Cadang Tengku Emir.

"Yeah, aku pun. They must have a lack relationship before this." Sokong Megat Iskandar.

"Aku pergi dekat sana dulu. Lepasni, aku datang balik." Terus saja kaki dilangkahkan ke arah pelaminan itu.

"Aku rasa si Adrian dah rentung tu." Komen Tengku Emir sambil menghantar langkah Tengku Adrian yang sengaja diperlahankan itu.

Syed Firash, Megat Iskandar dan Syed Akhtar menganggukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan bicara Tengku Emir.

"Tapi sayang, lelaki tu bukan lawan Adrian." Komen Syed Firash sambil meneguk fresh orange.

Mata mereka dari tadi lagi melekat ke arah pelaminan. Nampak lelaki asing yang datang pun dah tahu akan ada angin monsun dari barat daya lepasni.

Cemburu Tengku Adrian bukan boleh dibuat main.

"Aku rasa mereka pernah ada relationship. Look at the way he look at our Reanne." Ujar Syed Akhtar pula.

"Hahahah he doesn't know Tengku Adrian Benjamin yet. Kalau dia kenal, nak intai Reanne pun aku rasa memang tak akan berani." Sambung Tengku Emir sambil mengunyah chocolate choux.

"Yup." Sokong yang lain.

Dari tadi lagi Tengku Adrian diam. Selepas saja Zamir turun, Tengku Adrian terus saja buat tak tahu. Tapi, pinggangnya masih lagi dipeluk erat.

Banyak tetamu yang datang. Yang pasti, semuanya memerlukan dia memaniskan muka. Kalau tak, nanti dianggap sombong. Tak sanggup sis.

Tepat jam 10.30, majlis selesai. Fuh, lenguh kaki dia. Seharian dia terpaksa menahan dirinya daripada melepaskan heels yang nyata menyeksa dia.

"Ad balik ke villa or stay sini?" Soal daddy. Waktu ini, mereka berjalan keluar daripada dewan hotel.

"I think we will stay at hotel. Is it okay, sayang?" Marah marah pun persetujuan isteri tetap diutamakan.

"Okay."

"Okay kalau macam tu I think I will make a move first. Bianca pun nampak dah mengantuk." Mummy menjeling ke arah Tengku Ariana yang dari tadi lagi menguap. Lagaknya dia yang beramah mesra dengan tetamu.

"Okay, then."

Tengku Adrian dan Reanne segera mencium tangan daddy serta mummy sebelum kedua duanya keluar daripada dewan.

Kini, giliran adik adik ipar Reanne pula yang ingin bersalam dengannya dan Adrian. Tengku Ariana saja yang menyalam tangannya kerana Tengku Aryan dan Tengku Adam dilarang. Haram.

"Be gentle, along." Bisik Tengku Aryan waktu dia memeluk abangnya itu. Disertakan juga senyuman mengusik.

Tengku Adrian hanya menjeling tajam ke arah adiknya itu. Hergh.

"Bye along. Jumpa esok." Ujar Tengku Adam pula.

"Bye along. Jaga kak Reanne elok elok." Pesan Tengku Ariana sebelum kakinya turut melangkah daripada hotel.

Kini, tinggal Reanne dan Tengku Adrian saja. Suasana yang kecoh tadi kini bertukar hening. Bukan setakat hening malah awkward.

Kalau sebelum ini usikan Tengku Adrian yang menjadi peneman dia tapi melihatkan suaminya yang dingin itu, Reanne tak rasa ia sesuatu yang bernas untuk diajak bergurau.

Tengku Adrian menarik tangan Reanne ke arah lif. Ingin menuju ke tingkat atas. Aras 25 ditekan.

Masing masing hanya diam. Reanne cuba mengintai wajah Tengku Adrian ketika dalam lif.

Hanya wajah dingin sahaja yang terukir pada wajah Tengku Adrian. Okay, zip mulut.

'Ting.'

Pintu lif itu terbuka pada aras 25. Laluan tengah itu amat eksklusif kerana aras ini hanya menempatkan suite room.

Tengku Adrian sekali lagi menarik tangan Reanne menuju ke arah salah satu ruangan di situ. Royal Suite menjadi pilihan Tengku Adrian.

Dari jauh lagi Reanne dah nampak Raikal serta Alex yang tercegat bagaikan tiang lampu di depan pintu itu.

"Ini access card serta pakaian Tengku serta Puan Muda." Raikal menghulurkan kad yang tertera lambang hotel itu serta beg pakaian yang bercorak LV ke arah Tengku Adrian.

Tengku Adrian terus mengambil kad akses serta beg pakaian daripada tangan Raikal.

Diswipe kad itu lalu pintu Royal Suite itu terbuka.

Reanne rasa yang suaminya ini memang fail subjek sivik waktu sekolah dulu. Orang dah buat kerja takkan nak ucap terima kasih pun tak boleh.

"Thank you." Ucap Reanne berserta senyuman.

Kedua duanya membalas senyuman itu lalu menundukkan sedikit kepala sebagai tanda menghormati isteri tuan mereka.

"Don't smile." Larang Tengku Adrian. Dia tak suka Reanne ukirkan senyuman kepada mana mana lelaki lain selain daripadanya. Susah sangat ke?

Reanne segera mematikan senyuman. Malas nak bertengkar mulut di hadapan orang. Takkan nak cakap dekat semua yang mereka tengah lancarkan perang dingin.

Pintu ditutup. Tengku Adrian segera mencampakkan kotnya ke lantai. Dirungkai kasar bow tie serta butang kemejanya.

Reanne yang melihat itu hanya mampu meneguk kasar salivanya. Dia teringat kembali waktu Tengku Adrian mengamuk dalam lebih kurang sebulan lepas.

Tengku Adrian memandang tajam ke arah isterinya yang beriak ketakutan itu. Orang kata, kalau takut bererti dia sedang buat salah. Jadinya sekarang ini dia dapat simpulkan yang Reanne memang sedang melakukan kesalahan.

Dihalakan kakinya ke arah sang isteri yang berdiri di hadapan dinding itu.

Apabila lebih kurang sejengkal lagi ruang yang ada antara dia dan Reanne, Tengku Adrian memberhentikan langkahnya.

Reanne sudah merapat ke dinding.

Tangan Tengku Adrian naik membelai wajah Reanne. Pada awalnya, belaian itu tak menyakitkan tetapi lama lama ianya bertukar kasar.

Tengku Adrian mencengkam kasar rahang Reanne. Reanne yang memang tak bersedia dari awal, sudah mulai meringis perlahan.

"For how many times do I have to tell you that you are forbidden to talk to another guy?" Soal Tengku Adrian dengan garang. Matanya waktu ini sudah kemerahan.

Daripada tadi lagi dia tahan hati agar tidak berbuat tindakan yang bukan bukan kepada Reanne.

"Sakit." Sedikit susah Reanne keluarkan ayat apabila rahangnya dicengkam kuat oleh Tengku Adrian.

"Jawab Reanne. Berapa kali lagi aku perlu ingatkan kau yang aku benci tengok kau senyum dekat jantan lain. Dan kenapa kau tak cakap yang Zamir tu bekas kekasih kau?!" Dengan nada membentak Tengku Adrian mengajukan soalan. Panggilannya juga sudah mulai berubah.

"Sakit, abang." Reanne mulai mengeluarkan air matanya. Sakit bercampur takut dengan perbuatan Tengku Adrian waktu ini.

"Jangan menangis!"

"Sakit."

Kali ini Tengku Adrian menurunkan tangannya. Tetapi tak lama apabila tangannya naik mencengkam perlahan tengkuk isteri. Mencengkam tetapi tidaklah membuatkan isterinya itu tidak boleh bernafas.

"Jawab."

"Zamir hanya kisah lama Reanne. Kitorang dah lama tak contact each other." Jelas Reanne. Namun, penjelasan Reanne hanya menambahkan lagi marak pada hati Tengku Adrian.

"Habistu macam mana dia boleh tahu tentang resepsi ini? And that wedding card."

"Kawan Reanne yang kirim dekat Zamir. Reanne tak tahu pun tentang hal ini." Jelas Reanne.

"Alasan!" Rengus Tengku Adrian untuk kesekian kalinya.

"Don't lie. Kau tahukan yang aku benci penipu." Bersinar garang Tengku Adrian waktu ini.

"Tak, Reanne tak tipu."

"Habistu, kenapa Zamir datang sini? Sebab kau kan Reanne?"

"Reanne tak tahu. Sakit abang." Reanne berusaha merungkaikan cengkaman Tengku Adrian pada tengkuknya. Cengkaman yang semakin menyakitkan.

"Abang pernah bersama dengan perempuan lain pun Reanne tak pernah bangkitkan." Reanne berbisik perlahan. Hanya untuk dirinya. Tapi malangnya, Tengku Adrian mendengar itu.

"Mind to repeat it again?" Soal Tengku Adrian dengan senyuman yang mulai terbentuk pada hujung bibirnya. Senyuman sinis.

"Abang tanya ni. Boleh tak ulang sekali lagi? Hmm?" Bisik Tengku Adrian di hujung telinga Reanne.

Reanne segera menggeleng gelengkan kepalanya. Dia semakin takut apabila melihat Tengku Adrian yang sekejap baran, sekejap okay.

"Nampaknya abang perlu ajar isteri abang ni supaya lebih hormatkan abang. Betul tak sayang?" Soalnya sambil menggigit perlahan telinga Reanne.

𝓣𝓸 𝓫𝓮 𝓬𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Jgn lupa vote untuk next part

Continue Reading

You'll Also Like

18K 1.3K 53
STRAY KIDS AF: COMPLETED [โœ”] Saya takkan pernah lupakan apa yang awak buat dekat saya. Saya takkan pernah lupakan segala kata-kata manis awak. Saya t...
2.5M 78.4K 29
[COMPLETE] [TERBIT] 2nd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER Don't ever trust my words.. but trust m...
2.5M 242K 69
US Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just...
592K 8.3K 5
๐‘ด๐’Š๐’™ ๐‘ณ๐’‚๐’๐’ˆ๐’–๐’‚๐’ˆ๐’† ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ / ๐‘ฐ๐’๐’…๐’๐’๐’†๐’”๐’Š๐’‚ #1 ๐‘ฎ๐’‚๐’—๐’“๐’Š๐’†๐’'๐’” ๐‘บ๐’†๐’“๐’Š๐’†๐’” ๐‡๐ข๐ฌ ๐š๐ง๐ ๐‡๐ข๐ฌ ๐‹๐ข๐ญ๐ญ๐ฅ๐ž ๐–๐ข๐Ÿ๐ž Hani Marin...