Adrian's Obsession

By nssignature

8.2M 275K 54.9K

Badboy series volume 1 Completed (Unedited version) Tengku Adrian Benjamin | Reanne Az Zahraa... More

𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |1
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |2
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |3
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |4
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |5
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |6
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |7
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |9
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |10
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |11
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |12
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |13
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |14
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |15
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |16
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |17
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |18
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |19
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |20
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |21
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |22
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |23
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |24
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |25
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |26
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |27
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |28
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |29
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |30
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |31
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |32
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |33
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |34
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |35
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |36
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |37
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |38
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |39
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |40
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |41
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |42
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |43
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |44
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |45
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |46
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |47
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |48
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |49
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |50
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |51
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |52
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |53
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |54
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |55
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |56
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |57
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |58
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |59
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |60
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |61
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒄𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒄𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2

𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |8

110K 4.4K 688
By nssignature

"Your eyes stole my words away, baby."

Tengku Adrian berjalan perlahan lahan masuk ke dalam ruangan syarikatnya yang berdiri megah di tengah tengah kota raya itu.

Sebenarnya hari ini dia cuti tapi memandangkan banyak lagi fail yang perlu ditandatangani, maka dia terpaksa turun ke pejabat.

"Selamat pagi, Tengku." Sapa beberapa orang pekerja lelaki dan wanita.

Dia hanya menganggukkan sedikit kepala dengan wajah yang dibiarkan beku. Memang ini ekspresi wajah semula jadinya.

"Tengku, Tuan Megat call saya semalam. Dia cakap harini dia nak jumpa Tengku. Dia dah cuba hubungi Tengku banyak kali tapi tak berangkat." Faris yang setia di belakangnya sedari tadi lagi mula membuka bicara ketika mereka berada dalam lip VIP yang direka khas untuk orang orang tertentu sahaja.

"Hmm. Dekat mana?"

"Dia cakap dekat coffee house di Jalan Bukit Bintang." Faris menjelaskan dengan lengkap. Bimbang kalau tuannya ini mengamuk.

"Takpe. Nanti aku call sendiri dia. Kau nak ikut juga ke?" Tengku Adrian selalunya ke mana mana dengan Faris. Kali ini dia bertanya sebab semalam Faris cakap yang dia nak ke satu tempat.

"Kalau Tengku benarkan, saya nak pergi beli barang sedikit. Jadi saya tak joinlahTengku dengan Tuan Megat." Faris sopan memberitahu.

"Kau pergi jelah tempat yang kau nak tuju. Aku drive sendiri petang nanti. Kau naik kereta aku yang satu lagi." Tengku Adrian memberikan kata putus. Lagipun dia memang bercadang untuk tidak membawa Faris sebab ada hal yang sulit untuk dia bincangkan bersama sahabatnya, Megat Iskandar Shah.

"Baik Tengku." Faris tunduk hormat.

"Oh lagi satu, kau cakap dekat Megat suruh dia sampai awal. Dia tahu yang aku tak suka tunggu tunggu orang."

"Dan kau juga harini aku benarkan cuti." Tengku Adrian memberikan pelepasan awal untuk Faris pulang. Sebenarnya harini Faris masih juga bercuti tetapi dia terpaksa batalkan cutinya sebab Tengku Adrian turun pejabat.

"Betul ke Tengku?" Terpancar riak tidak percaya pada wajah Faris. Selalunya memang kalau Tengku Adrian ke mana mana waktu pejabat, dia akan ada sekali. Nampak macam pasangan kekasih pun ya.

"Ya. Kau ingat aku ni kaki tipu ke?" Jeling Tengku Adrian lalu membuka pintu pejabatnya.

"Terima kasih Tengku. Saya selesaikan hal saya sikit lepastu saya gerak ya Tengku." Laju sahaja Faris meluahkan ayatnya bersama wajah yang teruja.

"Hmm." Pendek sahaja jawapan balas Tengku Adrian.

Dia membuka kot yang berwarna blue black itu lalu disangkutkan pada stand rod. Terlihat pakaian pejabatnya yang lengkap berserta tali leher.

"By the way Ris, kau dah inform tentang perkara yang aku cakap dekat kau petang semalam?" Tengku Adrian memusingkan badannya ke arah Faris yang tekun menyeret skrin iPad itu.

Faris terkedu mendengar soalan Tengku Adrian.

"Belum Tengku."

"Kau inform Reanne awal awal. Kau tahu kan yang aku ni tak minat tangguh tangguh masa."

"Baik Tengku. Tapi lambat lagi dia balik sini. Mungkin dalam masa sebulan lagi." Faris cuba untuk elakkan obses Tengku Adrian itu walaupun dia tahu semuanya sudah terlambat.

"Tak apa. Make sure kau buat. Aku tak kisah kalau dia adik kau sekalipun. Sekali jadi milik aku, sampai mati jadi milik aku. Aku harap kau tak belot pada aku sebab kau sendiri tahu akibatnya kan. Bukan kau je yang kena, tapi family kau semua akan kena. Especially Reanne." Panjang ayat yang Tengku Adrian sampaikan dan semuanya melekat kuat pada ingatan Faris.

Faris perlu akui hakikat bahawa Tengku Adrian berkuasa. Petik je jari, semua akan terjadi mengikut peraturan dia. Dan dia juga tahu bahawa membuat masalah dengan Tengku Adrian hanyalah menempah kubur sendiri.

Tengku Adrian memecut laju kereta Lamborghini Gallardonya itu. Menderum laju kereta itu sehingga menggamit mata pemandu pemandu lain untuk melihat pemandu kereta mewah ini.

Sampai sahaja di perkarangan coffee house itu, dia terus mematikan enjin lalu melangkah ke arah pintu masuk coffee house itu. Banyak mata yang memerhatikan ke arahnya lebih lebih lagi perempuan yang tersenyum manja.

Dia buat bodoh sahaja lalu terus ke tempat yang telah ditempah khas.

"Wasup bro. Lama tak jumpa." Tengku Adrian terus menepuk bahu Megat Iskandar yang ralit membaca artikel itu.

"Hey wasup Ad." Megat Iskandar terus bangun lalu memeluk Tengku Adrian.

"Asal ni tiba tiba ajak jumpa? Selalunya kau paling malas nak keluar jumpa sahabat sendiri." Kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan.

"Dah lama tak jumpa kau kan. Rindu."

"Gila. Aku bukan gay bodoh." Mereka ketawa apabila terdengar ayat yang Tengku Adrian tuturkan.

Tengku Adrian hanya berperwatakan begini apabila bersama orang yang rapat dengannya. Kalau tak, hanya wajah dingin yang menghiasi wajah. Kalau dia dijemput oleh mana mana syarikat hiburan untuk ditemu bual pun, dia hanya mempamerkan wajah beku ketika sesi photoshoot. Itu syaratnya. Wajah beku pun ramai yang jatuh hati, inikan pula apabila tersenyum.

"By the way, kau tak ajak ke yang lain?" Mereka bersahabat lima orang. Tengku Adrian. Tengku Emir, Syed Akhtar, Syed Firash dan Megat Iskandar.

"Aku dah ajak. Diorang cakap dalam perjalanan. Hah itu pun." Tengku Adrian dan Megat Iskandar memandang ke dinding kaca itu apabila terdengar ngauman kuat. Terlihat tiga buah kereta sport tersusun elok di situ.

"Panjang umur diorang."

"Hmm lambat lagilah tu nak mati."

"By the way Ad, kau apa cerita sekarang ni?" Megat Iskandar menyoal Tengku Adrian yang berada di hadapannya ini.

"Aku macam ini jelah Is. Kerja, perempuan, kelab. Aku rolling benda sama jelah." Tengku Adrian berkata perlahan sambil mata masih tunak ke arah skrin iPhone.

"Kau ni Ad, sampai bila nak macam ini? Tak nak settle down ke?" Soalan yang Megat Iskandar ajukan mampu membuatkan dahi Tengku Adrian berlapis. Pelik.

"Pelik soalan kau ni Is. Sejak bila isu perkahwinan ni ada dalam kamus hidup kau? Tak payah nak nasihat aku kalau kita ni dua kali lima je." Pantas Tengku Adrian menjeling sambil tersenyum. Senyuman yang mengejek.

"Ah kau ni. Umur kita ni dah masuk tiga siri tahu tak? Jadi wajarlah kalau aku cakap macam tu." Megat Adrian berkata sambil melakarkan senyuman manis. Lagilah Tengku Adrian bertambah pelik.

"Hey dude." Belum sempat Tengku Adrian membalas pernyataan Megat Iskandar, terdengar ketiga tiga orang sahabatnya itu menyapa.

"Wasup geng." Mereka memeluk satu sama lain. Maklumlah dah lama tak jumpa. Lebih kurang sebulan dah kot. Masing masing busy uruskan projek yang masuk terutamanya syarikat Tengku Adrian yang menjalankan pelbagai perniagaan seperti perkapalan, perladangan, pembangunan dan juga projek pembinaan.

"Korang borak apa ni? Leka sangat kitorang tengok." Tengku Emir yang mengambil tempat bersebelahan dengan Tengku Adrian menyoal sambil melihat ke arah menu di tangan. Lapar. Seharian terperuk dalam pejabat. Ini pun nasib baik mesyuarat habis awal, kalau sambung memang tak ada rezekilah nak berkumpul harini.

"Kawan kau ni, tiba tiba cakap pasal jodoh. Nak mati ke apa?" Tengku Adrian menjuihkan bibir ke arah Megat Iskandar yang masih lagi tersenyum itu. Lagaknya macam tengah angau tu.

Yang lain terkedu mendengar ayat yang Tengku Adrian tuturkan. Semua tidak percaya bahawa si kaki perempuan itu cakap hal yang berkaitan perkahwinan.

"Seriuslah Ad? Aku tengok macam dah angau teruk tu. Dari tadi tersenyum." Syed Akhtar memandang ke arah Megat Iskandar yang berada dalam dunianya sendiri ketika itu.

"Hoi Is." Syed Firash menepuk meja itu sehingga banyak mata yang memerhati ke arah mereka tetapi perangai seorang Syed Firash ini dia tak minat ambil tahu apa pandangan orang terhadapnya.

Megat Iskandar terkebil kebil apabila namanya meniti kuat di bibir Syed Firash.

"Kenapa? Something happen ke?" Soalnya.

"Tak ada benda yang jadi. Kau tu yang kenapa? Angau teruk ni. Ceritalah dekat kitorang. Aku pasti yang dia ini dah ada pasangan." Syed Firash tersenyum ketika menuturkan ayat.

"Aku ada kenal someone ni. Cantik dan kekwat sikit." Megat Iskandar kembali tersenyum ketika memulakan ceritanya itu. Sahabatnya hanya mampu memerhati.

Megat Iskandar teringat kejadian seminggu lalu. Kejadian di mana dia bertemu dengan perempuan itu.

"Semuanya RM100 encik." Penjaga cashier perempuan itu tersenyum senyum melihat ke arah Megat Iskandar itu.

Megat Iskandar menarik credit card nya lalu disuakan kepada penjaga cashier itu. Dia menghiraukan pandangan penjaga cashier yang dari tadi tersenyum ke arahnya. Rimas tetapi apa boleh buat kan.

"Sorry encik, system mesin credit card sekarang ini tengah broke down." Kata penjaga cashier itu yang masih cuba menyeret credit card pada mesin itu.

"Oh ya? Wait a minute. Let me check my cash." Dia terus membuka dompet LV itu tetapi tiada sebarang tunai. Dia lupa yang dia tersalah ambil dompet pagi tadi sebab dah lewat. Jadinya tak sempat check dulu.

"Kejap ya." Dia cuba mencari tetapi tiada sebarang tunai ketika ini. Dia lihat yang barisan sekarang ini Panjang. Pasti yang belakang mengamuk.

"Kira sekali dengan yang saya ya miss." Entah dari mana, tiba tiba seorang perempuan bertudung meletakkan barangannya di atas cashier table itu.

Megat Iskandar cuba mengintai wajah perempuan itu.

'Cantik.' Getus hatinya perlahan.

"Ini barang encik ya. Beri laluan kepada orang di belakang ya encik." Megat Iskandar yang ralit memerhati perempuan bertudung itu tersentak apabila diseur.

"Oh okay, thanks." Dia segera menyambar plastik pasaraya itu lalu cuba mengejar perempuan itu yag sudah jauh di hadapan.

"Miss, wait. That one who wear a cream blouse with a palazzo." Dia memanggil perempuan itu.

"Ya saya ke?" Perempuan itu menuding jari ke arahnya.

"Yes you." Megat Iskandar melajukan langkahnya ke arah si perempuan itu.

"Ya kenapa ya encik?" Terbentang garis halus di dahi mulus itu.

"Thankyou for your kindness." Megat Iskandar mengangkat plastik yang berada pada tangannya itu.

"Oh tentang ni. Takde apa apalah encik. Lagipun saya nak cepat. Saya tengok panjang sangat barisan itu and saya tengok awak running out money. So give and take lah kiranya ni." Si gadis itu tersenyum manis sehingga mampu membuatkan jantung Megat Iskandar beralun rasa.

"Oh i see. Can i get your contact? Jangan fikir lain, I just wan to pay back your money." Megat Iskandar segera menyambung ayat terakhir apabila wajah si gadis berona tidak selesa.

"Eh takpe. No need. I help you today so maybe another thing that I will achieve tomorrow." Si gadis memegang pemegang pintu. Siap sedia untuk masuk ke dalam perut kereta.

"Miss jangan macam ni. I tak selesalah kalau perempuan belanja." Sebenarnya itu hanyalah alasan. Megat Iskandar ingin berkenalan yang sebenarnya.

"It's okay encik." Wajah si gadis semakin tidak selesa. Tidak selesa apabila terus dipaksa.

"No. Give me your number first and I will let you go." Suara Megat Iskandar bertukar tegas dan serius. Insist.

"Look encik. Saya ikhlas tentang bayaran tu. Kalau encik nak bayar, just go to any orphanage and dermakan atas nama saya. Okay. I need to go." Segera si gadis membuka pintu The Beetle itu. Rimas dia apabila terus digasak dengan paksaan.

Megat Iskandar yang berdiri itu terkedu. Belum pernah mana mana wanita menolak dirinya. Bahkan, wanitalah yang akan mencarinya.
Ego lelakinya merasa tercabar.

"Wait lady. You will be my haunting after this." Gumamnya perlahan lalu berlalu ke arah keretanya itu.

"Woi! Angau lagi kau ni." Tengku Adrian tergeleng geleng melihat perangai sahabatnya itu.

"She's very beautiful woman you know. Her smile, make me fall." Tengku Adrian hanya diam mendengar ayat yang Megat Iskandar tuturkan.

"Plus, she's hijabis. Pakai tudung." Yang lain terkejut mendengar kenyataan itu. Bertudung? Seriuslah!?

"Wow like seriously Megat Iskandar Shah. I can't believe. You fall in love? With a tudung one?" Syed Akhtar masih tidak percaya.

"I can't believe dude." Syed Firash pula bersuara.

"Yeah me too." Tengku Emir mengerutkan dahinya. Masih tidak percaya dengan kenyataan ini.

"Since when dho? Bukan ke kau cakap yang kau rasa perempuan bertudung ni kolot. Kekampungan. Ini kau terfall in love ni. Karma hit you ke bro?" Usik sahabat sahabatnya.

"Entah lah geng. Rasa yang tak pernah lagi wujud sebelum ini masa aku pandang dia." Yang lain ketawa mendengar ayat mengarut Megat Iskandar.

"Geli sial kau ni." Acah baik, sedangkan semua macam itu. Hmm.

"Kau tak try ke? Nampak macam kau fall in love teruk dah ni." Terangkat kedua dua kening lebat Tengku Adrian ketika menyoal.

"Dah."

"Habistu, apa reaksi dia? Takkan tak jatuh dalam dakapan buaya tembaga ni?" Galak si Syed Akhtar mentertawakan Megat Iskandar.

"Tak." Pendek jawapan Megat Iskandar mampu membuatkan semua terkedu.

"Serious lah dude? Mana pernah mana mana wanita tolak kau ni. Aku tak percaya sekarang ni." Tengku Emir menayangkan riak wajah tidak percaya.

"Hmm entahlah. Dahlah cakap pasal aku. Cakap pasal lain pula. Eh makanan dah order ke?" Megat Iskandar baru teringat apabila melihat ke arah meja yang masih kosong itu.

"Dah. Kau tu berangan je kerjanya dari tadi. Mana nak perasan."

"Eh Ad, aku dengar cerita yang kau tengah target someone sekarang ni. Betul ke?" Tengku Emir mengalihkan wajah ke arah Tengku Adrian yang berada di sisinya itu.

Tengku Adrian hanya menayangkan wajah beku seperti orang yang tidak berperasaan sahaja sekarang ini.

"Hmm. Kau tahu daripada mana?"

"Brian cerita dekat aku tadi. Kebetulan company aku tengah running satu projek dengan company dia. Terserempak tadi and borak borak kejap. Terkeluarlah hal kau." Cerita Tengku Emir.

Yang lain menayangkan wajah berminat dengan cerita itu. Tidak sangka yang Tengku Adrian pandang perempuan lain lepas kejadian sepuluh tahun lepas.

"Mulut longkang." Keluh Tengku Adrian perlahan. Dia tidak marah, hanya sedikit geram. Hal dia, orang lain yang sibuk bercerita.

"Hmm betullah tu. Kenapa?" Jawapan yang Tengku Adrian berikan mampu membuatkan mata masing masing terbeliak.

Tidak percaya.

"Serius ke ni Ad? Kau tak bohong ke? Since when? Siapa dia tu?" Bertubi tubi soalan yang Megat Iskandar ajukan manakala yang lain pula menganguk anggukkan kepala. Menyokong pertanyaan Megat Iskandar.

"Kau pernah nampak aku tak serius ke dengan perkara macam ini?" Soalan Tengku Adrian sudah mampu membuatkan yang lain mengerti. Ya, Tengku Adrian tidak akan sesekali main dengan hal seperti ini. Lebih lebih lagi selepas semua perkara berubah.

"Korang tak kenal dia secara personal tetapi korang kenal dengan abang dia."

Terbentang kerutan pada dahi masing masing. Abang?

"Siapa?"

"Adik Faris. Reanne namanya. Student lagi." Tanpa sedar, terukir senyuman pada bibir Tengku Adrian ketika mengungkapkan sebaris nama itu.

Sahabat sahabatnya yang lain tidak percaya dengan situasi ini. Tengku Adrian tersenyum kerana sebab selain daripada mereka dan family. Hmm interesting.

"Kau serius ke dengan dia?" Perlahan sahaja soalan yang Syed Akhtar ajukan. Bimbang kalau terbang meja. Baran Tengku Adrian bukan boleh dibuat main.

"Yeah."

"Oh i see. Cantik tak?" Syed Firash berminat untuk mendengar lebih.

"For sure cantik. Tengok si Faris tulah." Memang Faris hensem. Ramai je pekerja dia yang minat dengan Faris tetapi Faris tak layan. Katanya tak minat untuk get into relationship dengan mana mana wanita.

"So apa rancangan kau sekarang ni? Aku rasa bukan mudah nak dapatkan adik si Faris tu. Betul tak?" Tengku Emir semakin berminat untuk tahu.

Rancangan Tengku Adrian selalunya ekstrem dan melampau untuk diterima akal. Boleh jadi bertindak kasar atau sebaliknya.

"You guys will know about this soon. Don't worry." Terukir senyuman pada bibir Tengku Adrian.

Bersahabat sejak mereka masih belum mampu berbicara lagi membuatkan mereka tahu maksud senyuman itu.

Tengku Adrian merencanakan sesuatu yang gila dan menakutkan. And gross, maybe? Itu mereka dapat pastikan.

'Pity you Reanne. Our Tengku Adrian Benjamin will never let you go no matter what happen.'

𝓣𝓸 𝓫𝓮 𝓬𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Continue Reading

You'll Also Like

36.9K 3.7K 26
Cover by @Fiya_san ALEX Kehidupannya berubah selepas kemalangan yang meragut nyawa ayahnya, Encik Edwin. Amanah yang diberikan oleh Encik Edwin cuba...
296K 19K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
12.1K 1.7K 16
Teen Fiction ' Humor | on going Season 2 || The Stupidos Series ••• Luke Harvey - Dia seorang lelaki yang mempunyai gaya hidup bebas. Merokok, pergi...
5.9M 238K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...