ZH - 51

8.5K 785 64
                                    

Helina terjaga dari lenanya yang panjang. Terkebil-kebil matanya memandang suasana bilik yang agak lain dari biliknya yang sebelum ini. Sepantas kilat dia bangun, dan dia terkeeu melihat kedua kakinya digari kemas. Ditambah lagi pakaian yang tersarung di tubuhnya. Sehelai dress putih paras buku lali dan berlengan tiga suku.

Dia berkerut dahi memikirkan sesuatu. Setahunya, dia dalam perjalanan ke majlis akad nikah Qayyum dan Farhani. Seseorang yang muncul dari belakang keretanya dan terus dia tidak sedar apa-apa selepas itu. Helina memandang sekeliling bilik itu. Serba putih. Tiada ruang pencahayaan. Tiada tingkap. Hanya dinding dan beberapa barangan hiasan mewah sahaja.

Krek! Helina berpaling apabila terdengar bunyi pintu. Berkerut dahi dia melihat Renny yang melangkah masuk sambil menatang dulang yang berisi makanan untuk diberikan kepada Helina. Sudah satu hari Helina tertidur, dan pada waktu malam baru lah wanita itu terjaga.

Mungkin kesan ubat tidur yang disedutnya membuatkan Helina tidak sedarkan diri hingga malam. Renny melemparkan senyuman nipis. Dia kasihan melihat Helina sebegitu, namun apakan daya, dia tiada hak untuk masuk campur urusan antara majikan dia dan Helina.

"Saya dekat mana sekarang ni Renny?"

Helina memandang Renny yang meletakkan satu persatu makanan di atas meja bulat. Disusun kemas bersama segelas susu. Hairan Helina melihat tiga jenis lauk yang terhidang di atas meja bulat itu. Ada nasi putih, sup sayur, ikan goreng dan sambal tempe bilis.

"Maaf kak El. Yang itu kak El kena tanya sendiri pada tuan..."

Usai berkata sebegitu. Renny kembali melangkah keluar setelah menghantar dan menghidangkan makanan buat Helina. Wanita itu melepaskan keluhan. Perlahan-lahan, dia menapak kearah meja bulat itu. Perut dia mulai terasa lapar.

Mujurlah rantai yang mengikat kedua kakinya cukup panjang dan membolehkan dia kemana-mana sahaja tanpa perlu menunggu seseorang itu membukanya. Helina menjamah perlahan nasi itu walaupun tekaknya terasa payau.

Baru tiga suap, dia segera menekup mulutnya apabila tidak tahan rasa loya. Helina tanpa sempat berlari ke arah bilik air, menumpahkan sisa muntahnya di atas lantai bilik. Telinga dia menangkap langkah kaki seseorang yang semakin menghampirinya.

"Uwerk! Uwerk!"

Helina membiarkan helaian rambutnya menutupi keseluruhan rambutnya. Dia memuntahkan semua makanan yang ditelan olehnya. Tekak dia berasa sangat mual. Helina tersentak apabila dia terasa seseorang mengurut perlahan belakang lehernya.

Helina mendongak ke atas. Terkedu dia melihat raut wajah seseorang yang sangat hampir dengannya. Helina segera mengundur ke belakang dan tanpa sedar, tubuhnya mula tidak seimbang dari kerusi yang di duduki olehnya.

"Arghhhh!"

Helina memejam matanya rapat. Dia dapat rasakan punggungnya pasti akan menghentak kuat lantai itu. Namun, sesaat itu dia kembali membuka matanya. Alangkah terkejutnya melihat wajah si dia yang begitu rapat hingga hidung mereka saling bersentuhan.

"Be careful Ara..." ucapnya dalam nada tegas. Dia mendudukkan Helina seperti biasa.

Helina termangu-mangu melihat wajah tegang Qayyum yang sudah melutut sebelah kaki di sebelahnya. Qayyum merapatkan dua jadi di bibirnya, lalu satu siulan yang cukup merdu kedengaran. Tidak lama itu, Renny kembali dengan tergesa-gesa.

"Bersihkan. Panggil Kak Cah suruh bawa mop. Lepastu, kau hantarkan susu ni ke bilik aku!" Arah Qayyum tegas.

Renny mengangguk. Dia menarik walkie talkie yang diletakkan di sisi pinggangnya. Itu merupakan alat komunikasi mereka. Helina tersandar lemah di dinding sambil memejam mata.

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now