ZH - 30

10.1K 704 60
                                    

Laura menyisip perlahan secawan latte panas yang masih berasap tipis di dalam cawannya. Dia merenung ke luar jendela sambil mengetuk jari kirinya di atas meja beberapa kali.

Dia memakai kaca mata bulat dan rambut dibiarkan lepas. Keluhan terbit di bibirnya mengenangkan si kekasih hati. Sudah hampir lima bulan hubungan dia dan juga Zafar. Namun tiada perkembangan.

Zafar terlalu sibuk bekerja hingga mereka tiada masa untuk meluangkan masa bersama. Laura tersenyum nipis menenangkan Zafar. Di awal perkenalan mereka, Zafar sering bersikap romantis dan mempedulikan dia.

Namun akhir-akhir ini, Zafar seakan menyepi diri. Sudah banyak kali dia membuat panggilan, menghantar chat kepada lelaki itu namun tidak dibalas dan diangkat sehingga sekarang.

Laura membetulkan duduknya. Seketika dia terkaku mendengar suara yang cukup dikenali olehnya. Suara lelaki itu cukup membuatkan tubuh Laura menegang hebat.

"Habis tu you nak buat apa dengan perempuan tu? You taknak hapuskan dia ke?" Suara manja seorang perempuan kedengaran.

Laura menarik nafas panjang-panjang. Dia menarik keluar bedak kompak miliknya dari dalam beg. Dihala cermin bedak kompak itu sedikit ke kiri sambil-sambil membelek matanya.

Dugaan dia tepat. Di belakang dia, selang dua buah meja ada dua pasangan asyik bergelak tawa disitu. Zafar dan seorang perempuan yang cukup Laura benci sehingga sekarang.

"I nak mainkan dia dulu. I belum puas sayang. Lepas I dah 'rasa' perempuan tu, maybe I akan campak dia sama macam bapak dia yang tak guna tu..." Zafar bersuara keras.

Kalau bukan kerana rancangan dia untuk menjatuhkan Master Aden dan Qayyum dalam masa yang sama dia mengambil peluang untuk mempergunakan anak perempuan Master Aden.

"I tak sabar nak tengok suara teriakkan perempuan tu sayang. Mesti menyeronokkan bukan?"

Laura tersenyum sinis. Dia bukan jenis manusia yang mudah melatah. Dia segera menutup bedak kompaknya. Sebaik saja wajah dia dipaling ke hadapan, mata dia membulat luas.

"Did you having fun?" Soal lelaki berambut perang asli itu. Dia menyisip selamba latte milik Laura.

Laura membuat wajah. "How long you have been here?" Dia memeluk tubuh. Merenung tajam wajah kacak lelaki di hadapan dia kini.

Leo Tiger tersengih. "Cukup lama untuk tengok wajah kau yang comel tu berkerut-kerut tak puas hati..." balas dia tenang.

Laura mendengus kasar. "Kau nak apa Leo?"

Leo Tiger tersenyum sinis. Dia kini kembali kepada sikap asalnya. Lengan yang dipenuhi tatu dijeling oleh Laura sekilas.

"Aku nak kau..."

Laura tercengang. Apakah? Bukankah selama ini Leo sering mengacuhkan dia. Nak pandang apatah lagi.

"Nonsense. Kau banyak minum ketum ni..." dia segera berdiri. Beg disilangkan ke tubuh langsing dia. Laura meninggalkan sekeping not lima puluh di atas meja.

Dia tidak boleh lama-lama menghadap wajah Leo Tiger. Sering membuatkan jiwa kewanitaan dia tidak tenang. Dia melepasi selamba meja yang diduduki Zafar dan perempuan tadi.

Bukan Zafar perasan pun. Kerana Laura tidak suka mendedahkan dirinya di hadapan umum. Hanya orang tertentu saja. Diluar, dia sering menyamar menjadi seseorang yang lain.

"Bukan ke dulu kau tergila-gila kan aku?"

Laura terkedu melihat Leo Tiger yang kini berdiri di hadapan dia. Menghalang laluan dia. Laura tidak sedar, lelaki itu mengikuti dia sedari tadi.

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now