ZH - 37

9K 653 10
                                    

"Masuk!"

Helina meneguk air liur sebaik sahaja memasuki bilik kerja milik Qays buat pertama kali dalam hidupnya. Selama ini dia hanya mampu memandang dari luar sahaja dan hanya membersihkan kawasan sekitar tingkat tiga itu.

Bukan hanya bilik kerja, ada bilik gym peribadi, bilik bacaan dan ruang menonton. Helina membuka perlahan pintu bilik itu dari luar dan bibirnya mengalunkan zikir perlahan.

Semoga mood Qays baik-baik sahaja. Bergetar juga lutut dia apabila dipanggil oleh Luke secara tiba-tiba. Katanya, Qays mahu berjumpa dengan dia dan Qays sedang menunggu dia di bilik kerja lelaki itu.

Membuatkan Helina yang rancak berbual dengan Renny terkejut mendengar perkhabaran itu. Dia berusaha menenangkan diri, apabila penghawa dingin bilik itu menyapa tubuhnya. Sangat sejuk.

"Kau lewat sepuluh minit..."

Itu kata pertama yang keluar dari mulut Qays. Dia menatap Helina yang kini sudah berdiri tegak di hadapan dia. Qays memberi isyarat mata untuk Helina duduk.

"Erm...ada apa awak panggil saya?" Helina bertanya perlahan. Kedua tangan dia meramas perlahan baju t miliknya.

Qays diam. Dia menghulurkan satu sampul surat berwarna putih kepada kepada Helina. "Buka..." kata dia sepatah.

Membuatkan Helina terus membuka sampul surat itu. Wajah Helina berkerut melihat satu kad berwarna kuning keemasan. Dia membaca dengan wajah berkerut-kerut tidak mengerti.

"Pakngah jemput aku ke anniversary dia. So, kau nak pergi atau tak?"

Helina terkebil-kebil memandang Qays. Sekejap, dia tidak faham sebenarnya. Apa kaitan dia dan anniversary mama dan papa dia?

"Apa kena mengena dengan saya awak?"

Qays melepaskan keluhan. Dia berdecit panjang mendengar pertanyaan dari Helina. Tidak faham kah wanita itu? Sudah terang-terang Qays mengajak dia ke sana sekali. Qays segera menjentik dahi Helina sedikit kuat.

Mengaduh Helina apabila dahi dia dijentik oleh Qays. "Sakitlah! Awak kenapa jentik dahi saya hah!" Kata Helina separa geram.

"Kau tu yang bengap. Dah terang-terang aku ajak kau ke sana! Tu pun kau tak faham ke huh?" Getus Qays geram.

Ada jugak yang kena dengan dia nanti. Dia tahu, sudah lama Helina tidak bertemu dengan keluarganya. Jadi dia membuat keputusan untuk membawa Helina sebagai pasangan dia nanti. Apa-apa pun jadi, dia akan selesaikan juga pada malam itu.

"Ohh...cakap lah macam tu. Manalah saya faham..." Helina mencebik bibir.

Qays menyimpul senyum. "Aku dah sediakan dress dalam bilik kau. Kau pilih lah yang mana-mana kau berkenan. Majlis tu next week, jadi aku bagi kebebasan untuk kau..."

Mata Helina sudah bersinar-sinar apabila Qays memberi izin untuknya keluar bebas. Tidak terkurung lagi. Qays buat semua ini untuk menebus kesalahan dia sebelum ini.

"Betul ke ni awak?!"

"Erm..."

Helina menepuk tangan teruja. Dia sudah tidak sabar mahu berjumpa dengan Fara dan Laila. Apa khabar agaknya dua gadis itu selama pemergian dia. Malah dia mahu berjumpa dengan anak-anak buah dia di sana.

"Ingat Ara...aku taknak kau dekat dengan mana-mana lelaki kecuali Hunter. Aku tak suka!"

Qays memberi peringatan kepada Helina. Dia tidak suka melihat Helina rapat dengan lelaki lain selain dirinya. Cemburu? Ya, memang dia cemburu.

Helina hak dia. Milik dia seorang.

Helina yang mendengar itu terus menarik muncungnya. "Tak adil lah macam ni! Habistu, kalau Ara nak jumpa dengan dia orang yang lain?"

ZARA HELINA | C | ARS •8•Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu