"Kesimpulannya, vitamin itu memang berguna saat kecemasan, tetapi dalam masa sama sangat berbahaya."

"Sudah berapa kali Maria menggunakannya?" Wajah Noah sedikit tegang buat Syira geli hati. Sudah pasti semua bakal ayah bakal risau jika anak dan isteri mereka terancam dek ceritanya.

"Dua kali. Semalam kali kedua." Balas Syira tenang.

"Bila yang pertama?"

"Hari dimana Maria pulang ke Timur Feyre.."

Wajah Noah serta merta berubah, fikirannya melayang mengingat hari itu, hari dimana Maria menidurkan dia dengan penyanggul rambut beracun itu. Matanya serta merta menjenggil.

Syira tergelak kecil memandang wajah lelaki itu.
"Maria itu degil Noah. Jangan lupa beri amaran sebelum dia gunakan pil itu untuk kali ketiga.."

"Aku dengar." Seorang bersandar di muka pintu sambil memeluk tubuh menyipi mata memandang sahabatnya.

"Baguslah, memang aku nak bagi kau dengar." Syira menjenguk kepala memandang sahabatnya.

Maria melepas keluhan berat.

"Aku masuk dulu."

"Terima kasih." Mata Noah mengantar Syira masuk ke dalam bilik sehingga daun pintu ditutup gadis itu. Tak lama dia berpaling menjenggil mata memandang Maria berwajah tak bersalah dimuka pintu.

"Kenapa?" Maria menyoal seperti tiada apa yang berlaku.

"Jangan makan vitamin itu lagi. Ini arahan." Sebaik menutur ayat itu, Noah berlalu meninggalkan Maria termanggu di muka pintu.

Arahan?

"Noah..!"

Maria gigit bibir melihat Noah sudah menghilang ke bilik air. Satu keluhan berat dilepaskan.

Tangan naik perlahan-lahan mengusap rambut sendiri dari atas kepala sehingga dada. Untuk kali terakhir..

•••

"Sofea tinggalkan Timur Feyre saat usianya masih 15 tahun, dia tertekan dan berdendam kerana cintanya dengan tentera Duvan terhalang oleh aku." Setelah sekian lama Daud akhirnya membuka cerita punca penderitaan Timur Feyre dahulu.

"Aku tidak pasti bagaimana dia boleh membawa diri kepada Duvan dan dedahkan segala sistem keselamatan kampung. Aku terkilan dengan dia."

"Aku sama seperti kamu, James. Di rumah aku tiada laluan bawah tanah yang menyelamatkan semua penduduk disini kerana isteri aku.." Daud menarik nafas panjang lantas mengalih pandangan keluar tingkap.

"Isteri aku seorang wanita biasa dan berkhidmat di dalam Duvan. Kami bercerai setelah dia terpilih menyertai Duvan, kerana dia rasa terkonkong dan benci dengan pandangan masyarakat Timur Feyre padanya. Dan aku membesarkan Sofea sendiri. Sehinggalah gadis itu membesar dan tinggalkan aku, juga pergi kepada Duvan."

"Jadi bagaimana kamu dapat selamatkan diri Daud?" Soal James.

"Kerana Maria." Daud mengangkat wajah memandang Noah tegak dimuka pintu.

"Malam itu, aku pulang agak lewat kerana tak mengalah mencari Sofea, tetapi perkampungan terasa janggal. Dan aku menyusup masuk ke dalam rumah Malik sehinggalah aku temui darah Adela pekat di dinding dan lantai. Mayat Adela berada tepat dimuka pintu. Hati aku begitu sakit. Adela dan Malik sudah aku anggap seperti adik sendiri." Daud menunduk menahan diri.

"Hampir aku menyerah diri dan ditahan Duvan, tapi si kecil Maria dari bawah tanah rumahnya, dia menarik aku dan bawa aku pergi dari tempat itu." Daud tersenyum mengingat Maria si anak kecil yang dianggap seperti anak sendiri.

"Sementara yang lain pergi menyelamatkan diri dari laluan bawah tanah, Maria masih dirumahnya menunggu seseorang untuk dia selamatkan.. Dia masih kecil tetapi aku kagum dengan dia sehingga sekarang."

"Sebabkan itu, aku terkesan dengan peristiwa itu dan memutuskan untuk membentuk Tentera Lorcan, dan tidak akan dedahkan kewujudan kami di dunia luar. Isteri dan anak aku sudah mengkhianati aku. Aku sudah serik dikhianati."

James terdiam seketika. dia sudah banyak menyalah anggap kepada Daud selama ini. Jika dia berada di tempat Daud, mungkin dia akan lakukan perkara yang sama.

"Daud.."

"Kita akan bergabung untuk misi yang lebih besar." Kata-kata James buat Daud mengangkat wajahnya dengan kerutan.

"Apa maksud kau James?"

"Kita akan adakan Coup de'etat. Aku sudah muak dengan permainan kerajaan. Ini sudah tiba masanya kita akhiri semua ini." Kata-kata James buat Daud tergamam.

"Tapi bagaimana?! Ini boleh membawa ancaman pada orang awam. Dan mungkin kita ditentang rakyat lain."

"Saya ada cadangannya." Noah menghulur senyum tipis buat semua disitu mendongak memandang jejaka itu.

........

* coup d'etat adalah istilah selalu digunakan untuk menggulingkan kerajaan atau merampas kuasa kerajaan. Biasanya ia dilakukan oleh tentera bagi menunjuk protes dan tidak bersetuju pada sesebuah pembentukan kerajaan.

So I harap semua sudah faham kenapa Daud sayang pada Maria seperti anak sendiri. 😎

GAVRIELWhere stories live. Discover now