special~

3.4K 214 27
                                    

Niel dan Rose sudah berbaik semula dan kali ini Rose mahu membawa Niel berjumpa dengan ibunya tetapi Niel berkeras tidak mahu kerana Niel takut ibu Rose akan menghalang hubungan mereka lagi

Rose dengan keras kepalanya dia memaksa Niel ke rumahnya juga dan sekarang mereka berdua sedang berdiri kaku di depan pintu rumah Rose

Niel sudah mula rasa tidak sedap hati malah Rose asyik senyum sahaja

Rose mengambil kunci rumah dan membuka pintu rumahnya. Mereka berdua masuk ke dalam rumah sambil memberi salam

Tetapi dengan nasib baik Niel, ibu Rose tiada di rumah mereka. Niel menghembus nafas lega

xxx

Rose dan Niel sedang selesa di sofa sambil menonton televisyen. Tiba-tiba pintu rumah terbuka

Niel sudah berpeluh sambil memandang pintu yang terbuka itu dan muncul lah ibu Rose yang baru pulang dari kerja

Rose pergi ke pintu menyambut kepulangan ibunya dengan gembira

"Rose pergi mana tadi? Kenapa tak balik ke sekolah? Nasib ada cikgu ganti. Ibu ingat kamu kena culik dengan penanggal" gurau ibu Rose sambil mencium dahi Rose

Tiba-tiba pandangan mak Rose menghala ke arah Niel. Niel sudah terkaku berdiri di tempatnya

"KAU BUAT APA KAT SINI? " jerit ibu Rose dengan marah sambil berlari ke arah Niel tetapi Rose halang

"ibu! Ibu kena dengar penjelasan kitorang dulu! " kata Rose sambil berdiri di hadapan Niel untuk melindunginya

"kamu dah gila ke Rose?! Dia yang meletak nyawa kamu dalam bahaya! " kata ibu Rose malah Rose hanya menggelengkan kepalanya

"saya tak hasut dia makcik... " kata Niel secara tiba-tiba

"saya tahu saya salah sebab membawa Rose ke rumah saya tetapi saya ada sebab makcik" kata Niel dengan wajah serius

"apa sebabnya? " tanya ibu Rose menandakan ibu Rose bersedia untuk mendengar penjelasan Niel

"saya kena dera dengan bapa saya dan saya menyuruh Rose mengambil bukti atau sebagai saksi untuk saya buat laporan polis terhadap bapa saya" jelas Niel sambil memandang tepat ke wajah Rose

"kenapa kau tak buat sendiri? " tanya ibu Rose dengan tidak puas hati tentang penjelasan Niel

"sebab saya bisu"  kata Niel membuatkan mak Rose tersentak sedikit dan berasa bersalah

"semasa Rose dalam koma, saya berasa bersalah terhadap makcik kerana menggunakan Rose dan sebab itu saya melarikan diri ke Australia untuk membuat pembedahan kotak suara saya" jelas Niel lagi dengan rasa bersalah dan malu

Tiba-tiba muka Niel dicekup dengan tangan ibu Rose. Niel terkejut dengan kelakuan perempuan tua itu

"besar dugaan kamu nak... Makcik harap dengan kehadiran Rose dapat mencerahkan kehidupan gelap kamu itu" kata mak Rose dengan senyuman manis sekali

"saya sayangkan Rose lebih daripada diri saya makcik" kata Niel dengan mata berkaca kerana dia menahan air mata jantannya jatuh

Rose sangat bersyukur dan terharu apabila ibunya sudah terima hubungannya yang tidak seberapa indah ini









































Betul lah orang kata...

"dalam hubungan tidak perlu ada momen bahagia sahaja kerana kadang-kadang 'kita perlukan air kosong daripada air manis dalam kehidupan kita' kerana setiap momen pahit dalam hubungan itulah yang mengajar kita untuk lebih menghargai hubungan kita"















HI GUYS! nah special part untuk korang semua <3

Sorry update lambat sebab author terdelete jalan cerita dia :"D

Thank you sebab sudi baca cerita ni sampai habis! 💜

Love you!

STESEN BAS✔️Where stories live. Discover now