-17-

1.4K 63 17
                                    

i've been hurt before
and that's why i close the door.



P R I N C E O F P I A N O

P R I N C E   O F   P I A N O

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Tangan aku menggigil. Situasi ini, detik ini. Aku seperti pernah menghadapinya. Sangat...

"Abang, jangan buat Husna macam ni..." tangan aku digapainya dengan air mata yang mengalir.

Aku merengus kasar. Tangannya aku tepis kasar. "Husna binti Halim, aku ceraikan kau dengan talak tiga."

"Abang!"

Dia terduduk di lantai. Esakannya pecah. Ummi tidak tunggu lama, terus mendapatkan Husna. Bahu wanita itu diusap lembut.

"Sabar, Husna... bawa beristighfar." Ucap ummi lembut. Kepala wanita itu diusap lembut.

Husna tidak membalas. Tangannya menekup wajah dan esakannya dilepaskan semahunya.

Aku mengetap bibir. Ini mungkin yang terbaik untuk kami berdua. Buat aku dan Husna, juga buat Ayden.

Ayden yang di atas katil memanggil aku dengan mata yang berkaca. Dia faham dengan situasi tadi, kerana dia juga pernah melaluinya.

"Kenapa, Ayden?"

Bahagian hadapan baju aku ditarik oleh Ayden. Anak kecil itu mencebik, menahan tangisan. "Ayah... Ayden dah tak ada mama ke?"

Lidah aku kelu.

Tanpa dijangka, Husna bangun dari duduknya. Dia terus mendekati aku. "Awak akan menyesal dengan keputusan awak! Awak akan menyesal lepaskan saya!" Jeritnya sekuat hati.

Kolar baju aku ditarik kasar. Matanya tajam menikam ke dalam anak mata aku. "Masa awak menyesal nanti, awak akan melutut merayu dekat kaki saya!"

"Enough!"

"Awak akan menyesal sampai awak mati dan hidup awak akan musnah sebab penyesalan yang tak berpenghujung!"

Daddy tidak menunggu lama, dia terus menarik tangan Husna dari terus mencengkam baju aku. "Husna, kita bincang nanti ya?"

"Lepaskan aku!" Tangan daddy ditepis kasar.

Tidak cukup dengan itu, pipi aku ditampar kasar oleh Husna. "Awak akan menyesal, Adrian! Ingat apa yang saya kata ni!"

Entah kenapa, kata - kata Husna itu bagaikan sumpahan buat aku. Aku diam, tidak bersuara.

Melihat aku mengunci mulut, Husna merengus kasar. Dia terus mencapai beg tangannya, lalu beredar tanpa berpaling.

"Mama Husna!"

Aku memeluk Ayden yang menjerit memanggil Husna berkali - kali itu. Kepala Ayden aku usap lembut.

"Adrian, kamu sedar atau tidak apa yang kamu buat ni? Tak elok menuduh tanpa bukti yang kukuh dan kamu dah ceraikan dia dengan talak tiga!" Walid yang dari tadinya diam akhirnya bersuara.

Yang Terakhir✔️Where stories live. Discover now