-1-

7.4K 149 30
                                    

i wanna be the one
who make your bad days better.


P R I N C E O F P I A N O


P R I N C E   O F   P I A N O

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





"Ayah!"

Aku berpaling ke arah suara itu. Dahi aku berkerut melihat tangan Ayden memegang seekor ikan di tangannya.

Aduhai anak... tak ada mainan lain ke kau nak main? Apa ibu kau dulu bagi main dengan ikan?

Tanpa menunggu, aku terus bangun pergi padanya. "Ayden nak buat apa dengan ikan ni?" Soal aku.

Ayden tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. "Ayden nak masak ikan ni! Ni ikan selmon kan ayah?"

Kening aku bertaut. Tak pernah - pernah orang tanya aku pasal ikan. Alahai, Ayden...

"Entah. Ayah tak tahu. Hey, Ayden dapat kat mana ikan ni?" Bahunya aku pegang. Bosan sangat anak aku ni sampai nak masak.

Dia menjegilkan mata pada aku. Heh, sepesen dengan Zahra! "Ayden dapat dari peti ayah lah!" Kakinya dihentak tanda protes.

Aku menggaru belakang leher. "Ohh, ada eh ikan tu?" Entah ikan zaman bila aku pun tak ingat.

Ayden menggelengkan kepalanya. Kakinya melangkah ke dapur. "Ada. Ayah baru beli kot. Elok lagi ni, cuma tak berapa segarlah." bebelnya serupa mak cik - mak cik.

Tergelak aku melihat telatah Ayden. Kaki aku melangkah ke dapur, memerhatinya. "Reti ke nak masak ikan tu?"

"Ayden ni apa je tak pandai! Semua pandai!" Dia angkat kening penuh bangga. Siapa lagi yang mengajarnya kan?

Sekali lagi tawa aku terhambur. Haih, untung aku ada anak persis Ayden. Langsung tak menyusahkan. Malah, sangat menghiburkan hati.

Terima kasih, Zahra.

"Ni ikan dah siang dah. Ayden masak tiga rasa je boleh?" Soalnya pada aku. Dah macam bini aku pulak budak ni.

Aku mengangguk laju. "Ada bahan ke?" soal aku pula. Maklumlah rumah ni dah sebulan dua aku tinggalkan sebab kembali ke Malaysia.

Tak tahulah apa yang ada dalam peti. Selama ini pun, bukan aku yang masak. Dulu ada teman serumah aku menumpang, dia yang selalu masak.

Ayden tanpa menunggu terus membuka peti ais. Dahinya berkerut sebelum dia mengangguk. "Boleh lah setakat nak masak sup. Hehehe,"

"Masaklah apa - apa. Yang penting jangan-"

"Jangan pedas! Ya, Ayden tahu!" Dia tersenyum lebar. Bawang merah dan bawang putih dikupas kulitnya menggunakan pisau dengan cermat.

Aku tersentak. "Ayden tahu?"

Ayden mengangguk laju. "Mestilah Ayden tahu. Ayden pun tak makan pedas. Ibu cakap Ayden ikut ayah." jelasnya gembira.

Yang Terakhir✔️Where stories live. Discover now