-5-

1.6K 71 14
                                    

senyummu menawan,
kau buat hatiku tertawan.



P R I N C E O F P I A N O



P R I N C E   O F   P I A N O

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






Huh.

Aku pandang wajah lena Ayden itu lama. Setiap malam mesti dia nak didodoikan. Sebagai ayah, aku kena penuhi permintaan Ayden itu.

Kecil bagi aku, namun besar maknanya untuk Ayden. Tangan aku mengelus lembut pipinya. "Good night anak ayah."

Bibir aku labuhkan pada pipi Ayden sebelum aku bangun dari katilnya. Pintu bilik Ayden aku tutup rapat.

Sudah dua bulan menetap di sini, Ayden tak nak ke sekolah. Dia tak suka dengan persekitaran di sini. Kalau pergi sekolah, ada je masalah yang timbul.

Aku sendiri tak tahu kalau Ayden ini memang seorang yang banyak masalah di sekolah atau apa. Tapi menurut ummi Zahra, Ayden asik bertukar sekolah.

Kadang - kadang sebab bergaduh, kadang - kadang sebab tak ada kawan. Yang anehnya, Zahra ikutkan sahaja. Tapi kata ummi, ada ketikanya arwah Zahra yang tukarkan sekolah Ayden tanpa diminta.

Ayden memang anak yang baik. Dia seorang budak yang matang dalam berfikir. Dari sikapnya aku boleh nampak yang Ayden bakal jadi lelaki yang baik suatu hari nanti.

Tapi Ayden ada satu sikap yang aku tak mampu nak tangani. Sikap dia yang keras kepala. Dia akan memberontak bila dia tak suka. Dia akan usahakan sampai dia dapat apa yang dia nak.

Heh.

Perangai mak dia sangat. Aku melabuhkan punggung di birai katil. Kata - kata Adam sedikit sebanyak mengganggu aku.

"Kau muda lagi, Adrian. Kau perlukan isteri untuk jaga kau. Memang dulu kau boleh je hidup tanpa bini, tapi sekarang lain. Sekarang ni kau ada Ayden. Budak tu perlukan ibu. Kasih sayang kau je tak cukup."

Ibu?

Tangan aku mencapai diari arwah Zahra di dalam laci aku. Dah lama aku simpan, hari ini baru aku ada kekuatan untuk membacanya.

Helaian pertama diselak. Gambar dia dan Ayden ditampal kemas. Indahnya kalau dia ada gambar bersama Ayden. Kalau.

-Adrian, where are you ? i hope you feel more peace, i hope the days are easier and your heart is full of love.

-benda paling sakit, menangis tanpa suara membayangkan wajah manusia yang dirindui.

Buku itu jatuh dari pegangan aku. Air mata aku jatuh mengalir di pipi. Penyesalan demi penyesalan hadir. Bodohnya aku kerana pentingkan diri sendiri.

Bodohnya Adrian!

Entah kenapa, kini aku dapat rasa satu demi satu keperitan yang Zahra pernah rasakan. Air mata penuh kerinduan. Kata - kata yang terlafaz tanpa pendengarnya.

Yang Terakhir✔️Where stories live. Discover now