Bab 3 | Aku Kan Ada

126 4 0
                                    

Haa, mesti ada yang tak puas baca satu chapter je kan? Ok harini, kita up terus Bab 2 & 3.

ENJOY!

***

YAH tengok ladang milik bapa kepada Lid yang terhampar luas di depan mata. Luas dia, Yah tak tahulah nak cakap macam mana.

Di ladang ini ada bermacam jenis tanaman yang ditanam. Sebahagian kawasan ditanam sayur dan lada. Ada ladang pokok buah seperti mangga dan jambu. Ada juga tanaman semusim seperti jagung dan tembikai. Hujung ladang sana terdapat kandang kambing dengan kolam ikan.

Sebut saja nak apa, semua ada dalam ni.

Pekerja ladang sahaja ada tiga puluh orang. Kebanyakan mereka orang-orang kampung, sebahagian lagi orang Indonesia dengan Bangladesh.

"Hari ni kerja kita sarungkan plastik dengan kertas pada buah jambu." Lid mengarah.

Yah tengok dekat tangan Lid ada satu kotak berwarna coklat besar yang sedang dia pangku.

"Kau pandai ke buat benda ni, Lid? Kau jangan memandai-mandai, kena marah kita kejap lagi dengan bapak kau."

Lid kerutkan kening bila dengar Yah cakap macam tu. Helo, ini Lid okey. Pewaris tunggal ladang Haji Hasan. Dari kecil lagi dia memang ikut Haji Hasan pergi ladang. Setakat balut jambu, senang sangat! Berani Yah pandang serong pada Lid macam ni sekali?

"Yah."

"Apa?"

"Kau jangan pandang aku sebelah mata macam tu, Yah. Ini Lid, Yah. Kau sedang bercakap dengan Lid-"

Tak habis lagi ayat nak membangga diri Lid, Yah berlalu pergi dekat seorang pekerja ladang yang kebetulan sedang menghampiri mereka.

"Assalammualaikum, wak." Yah sapa Wak Alan terlebih dahulu. Yah kenal Wak Alan sebab dia dah lama kerja dengan ayah Lid, dah jadi macam orang kepercayaan Haji Hasan dah.

"Waalaikumusalam Yah. Eh, kerja sekali ke sama dengan Alid?"

Yah angguk sambil senyum. "Haah, wak."

"Lah, ya ke? Semalam jumpa Bang Aji, cakap Alid sorang aje yang kerja."

Yah tayang sengih. "Saya pun baru tahu hari ni saya kena kerja," kata Yah sambil jeling Lid tajam.

"Hah, tak apalah kalau macam tu. Balut jambu ke hari ni?" tanya Wak Alan bila ternampak kotak yang Lid pegang.

"Haah. Wak boleh tolong ajar kita orang balut jambu tak?"

Kelopak mata Lid dah tertutup separuh. Apa masalah Yah ni tak percaya Lid pandai balut jambu?

"Eh? Alidkan pandai, buat apa nak wak ajar pula."

Yah terus pandang Lid, tapi lelaki itu dan mendongak memandang langit. Di bibir dah tertampal senyuman sinis. Macam nak cakap, kan aku dah kata aku pandai kau tak nak percaya!

"Owh, Lid memang betul-betul pandai eh?"

"Ya, Lid pandai balut jambu. Hah, buat kerja elok-elok. Kalau ada apa-apa, cari wak dekat tempat manga. Wak nak tengok orang meracun kejap."

Habis bercakap, Wak Alan terus pergi. Tinggallah Yah dan Lid sendirian. Lid masih lagi tak mahu tengok muka Yah. Sengaja.

"Hah, yalah, yalah. Kau pandai. Jomlah mula kerja, matahari dah tegak ni." Yah akhirnya mengalah. Sedar yang dia salah dan kalah.

Lid bekukan muka. Dengan tangan yang memeluk kotak, dia berjalan menghampiri Yah dan melintas depan gadis sombong itu. "Huh!"

Yah pandang badan belakang Lid yang sudah jauh di depan, mulut dia dah terjuih ke depan.

Aku Kan Ada | Akyelrahim (SOLD OUT)Where stories live. Discover now