Bab 2 | Aku Kan Ada

146 4 0
                                    

YAH tengok si gadis yang duduknya nampak jelas tak senang bila matanya tak henti-henti menikam tubuh dia.

"Yayah, janganlah marah Cah."

Yah kecilkan matanya sedikit. "Berapa lama dah kau duduk sini, Cah?"

"Dua bulan lebih." Perlahan je suara Cah, macam nak tak nak bercakap. Sebab Cah takut tengok muka bengis Yah.

"Dua bulan?"

Cah angguk takut-takut.

"Habis tu kau makan apa?"

"Nasi."

"Lauk?"

"Cah beli telur dekat kedai Abang Mat, selalu Acik Lah kasi lauk."

"Bapak bagi duit?" Yah masih teruskan sesi soal siasat dia.

Geleng.

"Habis tu mana kau dapat duit beli barang-barang tu semua?" Yah rasa dada dia ni macam nak pecah dengar apa yang Cah beritahu. Patutlah rumah menyala sahaja, rupanya dia yang duduk dekat sini.

"Cah kerja."

"Kerja? Dekat mana? Kerja apa?"

"Hujung minggu Cah petik lada dekat kebun Pakwe Puad."

"Berapa dia upah kau?"

"Sepuluh ringgit sehari."

Yah rasa matanya berair. Ya Allah, Cah...

Yah tak kisah kalau adiknya itu dah besar, dah matang dan boleh jaga diri. Masalahnya umur dia baru lima belas tahun, sekolah pun tak habis lagi. Sepatutnya dia duduk dengan bapak mereka di rumah lagi satu dengan mak tiri mereka.

Rumah pusaka ini, lepas arwah mak Yah meninggal lima tahun lepas memang tak ada siapa duduk, kecuali Yah.

Kalau balik cuti pun memang Yah akan balik rumah ini, sebab Yah tak suka dengan keluarga mak tiri mereka itu. Tapi Yah tak sangkalah pula sampai Cah boleh pindah duduk sini dekat dua bulan, dengan dia masih bersekolah lagi.

"Kau nikan Cah, kenapa tak bagi tahu Yayah kau pindah sini?"

"Nanti Yayah marah Cah."

"Memanglah marah, bahaya duduk sorang-sorang. Dahlah kau sekolah lagi, lepas tu kerja pula sana sini. Bapak tak marah ke kau pindah sini?"

Cah diam, tunduk dia menekur lantai.

"Cah?"

Geleng.

"Bapak tak marah?"

"Bapak yang suruh keluar." Yah dengar suara Cah dah lain macam, seperti disulam dengan sebak.

Dengar sahaja ayat itu keluar dari sepasang bibir adiknya, Yah terus bangun. Tudung dia capai dan sarung ke kepala.

"Yayah nak pergi mana?" Cah panik tengok kakaknya dah laju menuju pintu.

"Aku nak pergi jumpa bapak. Nak tanya, bapak jenis apa dia tu halau anak kecil lagi duduk rumah sorang-sorang. Kot ya pun ada bini baru, janganlah melampau sangat sampai buat kau macam ni. Dahlah tak cakap apa-apa pun dekat aku, dia ingat kita ni apa? Kucing ke yang boleh dibuang-buang tepi jalan?" Dada Yah dah berombak laju.

Cah paut tangan Yah sambil menggeleng laju.

"Yayah, tak payahlah pergi jumpa bapak. Cah okey. Cah tak marah pun bapak. Nanti bapak marah Yayah macam mana?" Cah mula panik bila nampak kakaknya ingin keluar.

"Tapi Cah..."

"Yayah, tak apa. Cah suka duduk sini. Janganlah marah bapak. Nanti bapak jerit-jerit dekat Yayah, kasihan Yayah. Cah tak suka bapak cakap kuat-kuat dekat Yayah."

Aku Kan Ada | Akyelrahim (SOLD OUT)Kde žijí příběhy. Začni objevovat