16

2.6K 375 61
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


a/n:

Saya mampu kirim satu update je hari ini. Huahuahauahauahaua.


*****

Taehyung layan aku seperti aku ini orang asing baginya. Serba-serbi tak kena dengan permintaan mengarutnya.

Dia inginkan mandian air panas. Apabila aku dah sediakan, katanya terlalu panas dan siap perli jika aku berhajat untuk mengenakan dirinya.

"Saya masak makanan kegemaran awak. Ramyun tteoboki. Kasi habis sampai licin tau, husband."ujarku, segan tika gelaran suami itu melepas keluar dari celah bibir.

Taehyung tidak memberi reaksi apa-apa. Usai balik ke rumah, raut wajahnya menegang seolah ada sesuatu yang merungsing fikirannya.

Patutkah aku tanya atau buat hal sendiri sahaja? Takut bila bertanya, karang dia melenting tak berkesudahan.

"Kisah pula kau dekat aku."perli Taehyung sinis sambil melipat hujung kemeja putihnya itu.

"Opcos, untuk Tuan Kim semua boleh."

Taehyung menyuapkan sedikit tteoboki buatan air tanganku ke dalam mulutnya. Dari tadi hanya mahu bercakap sepatah dua kata dan dia kembali menyendiri di meja makan.

Senyum pun tidak. Nak jeling manja lagilah dia kedekut. Eyyy, apa salah aku pula hari ini?

"Mi Yeon ada buat salah ke?"aku menyoal lembut. Lengan kekarnya ku usap perlahan supaya Taehyung tidak melenting di meja makan.

"Fikirkan sendiri."

Kunyahan makanan di mulut terhenti mendadak. Taehyung terus bangun dari kerusi seraya jalan melulu ke ruang bilik.

Malas hendak berlamaan di situ, langkah kaki Taehyung aku kejar pantas dari arah belakang.

"W-wait, saya sendiri tak faham maksud Tua-"

Bbam, bunyi pintu bilik air dihempas kuat mengugurkan keberanian. Fuh, hampir melayang pergi seluruh semangat yang tersisa di dalam diri.

Lebih baik aku tunggu Taehyung siap mandi sebelum siasat punca kemarahan dirinya yang tidak menentu itu.

Biasanya orang marah ini, kita kena bagi dia masa untuk chill terlebih dahulu. Nanti berlembut jugalah kekerasan hati batunya itu.

Hehe. Bijak kan Mi Yeon?

*******

Taehyung membatalkan hajatnya mahu melepaskan amukan tatkala Mi Yeon berterusan berkelakuan comel di hadapan kaca matanya.

Iris berwarna perang itu ligat mencuri pandang wajah tak bersalah isteri mudanya yang sibuk menyediakan pakaian tidur buat Taehyung.

Ehem, Mi Yeon tak faham ke dia tengah jealous plus merajuk sekarang ini? Kalau tarik muncung sedepa, buruk habis wajah bak supermodelnya ini.

Apa yang penting? Ego dan kehenseman dirinya.

"Huh."dia hela nafas menyinga. Baju tidur yang diletakkan Mi Yeon tidak bersentuh. Taehyung capai sweatpants kelabu dan T-shirt putih nipis untuk disarung ke tubuh badan.

"Apa pula pakai nipis macam tu? Dekat luar tu sejuk. Saya takut badan awak masuk angin."kata Mi Yeon, bernada gusar.

"You don't care about me. Why bother?"Taehyung bermonolog tanpa suara. Tubuhnya berura-ura mahu dibaringkan di atas katil tapi lengan Mi Yeon didepakan luas di hadapannya.

"Tuan Kim marah saya kan?"

Baru nak tanya emosi dia yang terpendam dari awal dia balik, makan dan bertapa di dalam bilik mandi sebentar tadi?

"Seronok dating. Mestilah makin lembap nak faham marah suami."mendatar ucapan penuh rajukan itu.

"Oh, fasal saya keluar dengan Jae Hyun tadi?"

Krik. Krik. Taehyung senyap. Matanya makin dijegilkan sampai dah nak terkeluar bebola mata dari soket.

"Maaf tau. Saya masih jaga batas saya even hubungan kita hanya berkontrak."

Pantang disebut hal kontrak kahwin itu, Taehyung menginjak semula ke fasa menayang wajah muramnya itu.

"Heh?"dengusnya seperti tidak percaya kenyataan ikhlas dan sesuci murni Mi Yeon.

Niat asalnya hendak menimbulkan kemarahan Mi Yeon. Bahu gadis itu direngkuhnya kasar sehingga Mi Yeon hampir terdorong ke tepi.

"Apa Tuan Kim mengamuk ni? Esyhh."

Tindakannya menarik selimut tebal dihalang oleh sepasang lengan Mi Yeon yang merangkul batang lehernya.

Awalnya, kucupan manis itu tidak berbalas. Tapi, kejap je teknik memujuknya mengena batang hidung Taehyung.

"Stop. Ciuman saya mahal."

Mi Yeon baru beberapa saat menjauhkan wajahnya dari radar kulit wajah Taehyung.

Lelaki itu pula bertindak memagut bibirnya. Bisikan keras namun protektif dan cemburu tersisa menyapa lembut gegendang telinga Mi Yeon.

"Hak milik aku. Aku tak perlu minta izin kecuali orang lain."

tbc

Eh, Tuan Kim tak jadi ya nak mengamuk teruk? 😉❤

[C] The Great Kim | KTHWhere stories live. Discover now