07

3.3K 411 114
                                    


TGK

(Saya cuti update sehari esok

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.


(Saya cuti update sehari esok. Jadi, jangan rindukan saya. Komen dan vote as usual okay? ❤)

Perasaan malu menyelubungi diri apabila sepasang mataku bertaut pada figura Tuan Kim yang tidak berbaju itu.

Seksi dan mengancam. Ditambah lagi kenangan malam bersejarah semalam. Betul, dia seorang lelaki yang menepati janji.

Dia sentuh aku dengan penuh kelembutan. Hari yang dinantikan sudah berlalu pergi. Nampaknya tempoh aku sebagai isteri sementaranya telah mencecah tarikh luput.

Lengan kekar Taehyung aku alihkan daripada merangkul pinggang rampingku. Dia peluk aku serupa beruang Koala.

Nasib aku tak pengsan kerana kekurangan oksigen. He's so clingy yet seductive at the same time.

Bagaimana Puan Kim Mia Hayden sanggup menolak penangan menggoda lelaki sehebat Tuan Kim ini?

"Go to where, princess?"suara garau itu menyoal dalam intonasi mendatar. Rangkulan lengannya diketatkan supaya aku kembali masuk ke dakapan hangatnya.

"Tempoh saya telah tamat. T-tuan dah lupa?"ujarku kelam-kabut tika kelopak matanya tercelik luas. Inilah kelemahan utama aku.

Tatap mata memukau itu sesaat. Aku terus lemah dan tersungkur di hadapannya. Lidah aku seakan membeku dan kepala aku didaratkan di atas permukaan dada bidangnya.

Haruman maskulin Taehyung menyenangkan hati aku. Kalau boleh, aku ingin sembamkan wajah aku lama-lama tanpa segan silu.

Aku sedar status aku yang sebenarnya. Kepala yang tersembam di dada Tuan Kim diangkat semula menjauhi dirinya.

Lihat sekeliling. Baju-baju bertaburan menjadi bukti berlakunya momen panas antara kami berdua.

"Tugas saya dah tamat. Kita perlu balik ke rumah agam Tuan Kim."

Kim Taehyung merengus kecil. Lengannya segera melepaskan rangkulan di atas pinggangku.

Entah. Banyak kali juga aku mendengar keluhan dingin lelaki itu. Apa lagi yang dia kurang puas?

"Aku suka seni ukiran aku."puji Taehyung, nadanya berbaur sensual buat seketika.

Aku keliru sehingga jemariku naik menyentuh kesan keunguan yang menjadi seni khas daripada bibir Tuan Kim.

"Tuan.."

"I'm Kim Taehyung, princess."dia laju memotong percakapanku.

Darah panas menyerbu kulit wajahku. Usah dihitung tahap malu yang menggunung dalam diri, aku bingkas bangun dari pembaringan.

"Enough, Taehyung. Masa kita sudah tamat."

Taehyung menghamburkan tawa kecil. Selamba dia bangun dari katil tanpa sehelai baju pun. Jubah biru yang terdampar di atas lantai disarungkan ke tubuhnya.

"Kita masih suami isteri selagi aku tak batalkan perkahwinan. Kau fikir apa aku akan buat, Mi Yeon?"

Apa awak akan buat, Tuan Kim? Susah tentu aku akan diceraikan kerana nafsu kau telah berjaya dipenuhi.

You've got beautiful Mia Hayden. Apa lagi berbaki untuk diriku?

Tiada guna menaruh kasih kepada orang yang sudah berpunya. Buang masa, tenaga dan mental pun terseksa.

-------

Surat perjanjian perkahwinan itu direnung lama lalu siri keluhan panjang meniti di bibir merahnya.

Lelaki itu tidak keruan. Satu malam buatkan dia ketagih akan Mi Yeon. Apatah lagi status sah antara dia dan gadis muda itu, susah untuk Taehyung lepaskan begitu sahaja.

"Aku tak boleh lepaskan kau, budak."

Satu demi satu butang baju dimasukkan ke dalam lubang. Sesinya berkhayal diganggu deheman suara merdu Mi Yeon.

"T-tuan, jom balik. Saya takut Jae Min syak sesuatu."gesa Mi Yeon. Hujung lengan baju Taehyung ditarik perlahan.

Oh, Mi Yeon mahu pergi. Sebaliknya, Taehyung ingin gadis itu kekal di suite ini.

"Nanny dia boleh jaga untuk sehari lagi. Kau tak nak dapatkan wang lebih? Aku gandakan ganjaran kau."laju lidahnya menuturkan janji yang datang terus dari suara hati.

Pandang Mi Yeon sesaat. Dia meroyan. Perempuan itu pegang sesuatu yang mampu terbitkan senyuman kecil di wajah dingin Taehyung.

"Jawapan saya muktamad. No is the answer."

Mi Yeon berjeda beberapa saat. Jemarinya memaut pergelangan tangan Tuan Kim daripada terus memalau dirinya.

"Ceraikan saya. Pagi ini juga."

Jika pernyataan tegas itu menjadi pendirian kukuh Mi Yeon, Taehyung cuma punya satu cara untuk mengekalkan gadis itu.

Selangkah dia menapak lalu tubuh tinggi lampainya dekat kepada tubuh Lee Mi Yeon.

"Kiss me for final good-bye."bibirnya membisik halus. Dia biarkan deruan nafas hangat itu menggetarkan hati Mi Yeon dalam diam.

"I will let you go after this, Mi Yeon."

Mi Yeon tersangat polos. Dagu Tuan Kim dicuit lembut seraya dia memagut bibir lelaki itu lama sekali.

Little did he know, lelaki itu menjerat dia sekali lagi. Ciuman tersebut menjejak ke fasa menjerat diri.

Kedua-dua belah tangan Tuan Kim mengunci kedudukan tubuh Mi Yeon di tengah katil. Taehyung kunci rapat mulut gadis itu dengan siri kucupannya  berterusan olehnya.

Bunyi deringan telefon dan satu mesej tidak berjawab sekadar dipandang sepi. Fokusnya hanya satu. Mi Yeon berjaya ditawan sekali lagi.

"T-tuan Kim. Jawab call."

Taehyung gelengkan kepala seraya wajahnya disembamkan ke atas wajah isteri sementaranya itu.

"Let it go. Tak penting."

Tanpa dia sedar, skrin telefon tersebut bernyala terang. Nama seseorang tertera di skrin.

Three missed call from Mrs Kim <3

One message from Mrs Kim <3

Sayang, i dengar you bermalam di suite haeundae. Pandai you tempah honeymoon ekspress untuk kita. Tengah hari nanti i sampai dekat depan pintu. Wait ya, sayangku Tae.

Unread. Received at 9.00 am.


-tbc-

Harap update kali ini memuaskan hati. Saya tak sempat balas komen lagi. Nanti saya reply❤

Jumpa ahad ini. :)

[C] The Great Kim | KTHWo Geschichten leben. Entdecke jetzt