20

2.3K 347 93
                                    


The Great Kim

The Great Kim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

a/n:

hey babyreader, I'm back. ❤

-------

Manik-manik peluh dingin begitu jelas berkeringat di atas permukaan dahi Taehyung.

"Heh, bangsat. Liat betul ya kau nak mati."tempik seorang lelaki asing tepat di cuping telinga Taehyung.

Lelaki lengkap memakai topeng mulut berwarna hitam itu serabut memikirkan keadaan Tuan Kim yang sudah nyawa-nyawa ikan dan belum mati seperti dirancangnya.

"M-mia hantar kau right? Lepaskan aku agar kau hidup senang selepas ini."

Amaran dari pihak Taehyung tidak berbekas di telinga lelaki itu. Lantas, kakinya memijak brek kereta lalu kereta Audi Taehyung diparkir betul-betul di cerun bukit.

"Malangnya, Mia tawarkan ganjaran yang lebih lumayan. Poor your Mr Kim. Nyawa pendek sangat."usai mengujarkan ayat tersebut, dia segera bergegas turun dari kereta.

Tergesa-geza atur langkah si perancang kemalangan Taehyung itu berundur menjauhi kawasan kereta.

Sudut kanan bibirnya terjungkit naik buat seketika apabila kereta yang dihuni susuk tubuh Tuan Kim meluncur jatuh dari cerun bukit yang agak tinggi itu.

"Bingo, kerja aku dah selesai."ujarnya kepada Mia di hujung panggilan. Tamat sahaja panggilan, asap rokok dihembus tenang ke udara.

Nampaknya kerja dia dah tamat. Kalau boleh, dia mahu segera cuci tangan kerana keluarga Kim bukan calang-calang orang untuk dia cari fasal.

"Good. I hope he died quickly."tawa Mia bergema kuat. Namun, ibu jarinya digigit resah. Tinggal satu kerja lagi untuk dia selesaikan agar harta Taehyung jatuh keseluruhan ke dalam tangannya.

-------

Kawal diri. Fikir perasaan anak Taehyung yang masih kecil. Papanya kritikal di dalam wad icu sejak berbelas jam yang lalu.

Papa Jae Min juga merangkap sebagai suami rahsia aku. Tolong, beri peluang untuk Taehyung sembuh dalam masa terdekat.

Jika diikutkan keadaan kereta Tuan Kim yang remuk teruk, harapan agak tipis untuk lelaki itu bangun dari koma semula.

Aku cantumkan kedua-dua jemari sambil berterusan memanjat doa di dalam hati. Moga Taehyung cepat sembuh untuk bertemu anak dan keluarganya.

[C] The Great Kim | KTHWhere stories live. Discover now