13

2.9K 405 160
                                    


TGK

a/n:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

a/n:

seperti biasa, saya kirim dua update. konflik makin bertambah hangat ya gais. jangan marah tuan kim wokey.

---

Perasaan sebal menyerbu diri tika matanya terpaut pada wajah gembira Mi Yeon.

Namun, jauh di sudut hati Taehyung lega kerana Mark Lee merestui hubungan Mi Yeon bersamanya.

"Jaga kakak aku elok-elok. Aku rampas dia semula kalau kau buat dia nangis."

Taehyung senyum sinis apabila amaran Mark berkumandang di halwa telinganya. Hujung lengan baju isterinya ditarik lembut.

Terus alis kening separa tebal Mi Yeon terjengket naik. Kerja Taehyung asyik menempel sahaja dengannya sejak pertemuan bersama Mark sebentar tadi.

"Kenapa Tuan?"

Taehyung merengus sambil ekor matanya menjeling tajam ke arah Mi Yeon. Sebolehnya panggil gelaran lain selain Tuan?

Dia semakin didesak tanda tanya. Apa status dia di mata Kim Mi Yeon?

Hanya sebagai suami di atas kertas atau gadis itu sudah mula membalas cintanya  seperti zaman hangat percintaan mereka berdua dahulu?

"Sedar diri sikit status kau."tegas nada suaranya berbicara dek rasa terkilan kerana dipanggil Tuan oleh isterinya.

Tujuan dia memerli sekadar ingin mencuri perhatian Mi Yeon. Taehyung akui dia jauh sekali dari berkelakuan romantis.

Lebih baik dia berperangai sebegini. Dapat sekelumit perhatian Mi Yeon pun Taehyung cukup bahagia.

"O-okay, saya sedar saya bukan siapa-siapa."balas Mi Yeon, sebak bertandang di jiwa.

Taehyung menggulingkan bebola matanya. Mulalah tu nak merajuk bagai.

Mia Hayden dan Mi Yeon ada satu persamaan ketara. Perempuan dan merajuk memang nombor satu.

"Kau tak perlu fikir panjang. Sudahlah stop buat muka buruk kau tu. Aku tak nak pujuk."

Mi Yeon mengangguk perlahan seraya melontarkan pandangan ke luar tingkap kereta. Biar Tuan Kim rasakan sakit hati yang bertandang di jiwanya.

Tuan Kim berkata-kata tanpa memikirkan perasaannya. Tak boleh ke dalam satu hari lelaki itu menunjukkan sisi romantisnya?

"Merajuk? I don't care even a little bit, Mrs chagi."

Berdesup matanya terbuka luas. Mahu dipandang wajah kacak itu dia berasa teramat malu, Mi Yeon menepuk kulit pipinya yang membahang panas.

Dalam ketegasan berbicara, Taehyung selitkan gelaran manja terbaru kepadanya. Mrs chagi.

Chagiya. Wow, nampaknya Taehyung menunjukkan tanda-tanda positif dalam hubungan perkahwinan mereka berdua.

"Did you just called me chagi-"

Skreeettt. Bunyi tayar kereta bergesel di atas jalan tar membisukan terus mulut comel Mi Yeon daripada mengomel panjang.

Taehyung pantang ditegur. Dicuit sedikit, dia mula tunjuk perangai tidak semengah dia ini.

"In your dreams, Mi Yeon."

-------

"Don't ask. Aku bawa dia pergi beli barang study Jae Min."usai meletakkan gugusan kunci di atas meja, kami disapa suara merdu Puan Mia Hayden.

"Oh, gitu. I ambil husband i semula ya.  Takut kena rampas dalam diam. Susah hati i nanti."

Gedik. Itu yang mahu aku labelkan kepada Puan Mia. Ya, dia dah memang lelaki kau. Ambil jelah dan tak perlu susah payah hendak memerli diriku ini.

"Saya minta diri dulu, Tuan dan Puan Kim."aku mencipta alasan palsu untuk melarikan diri daripada suasana tegang tersebut.

Taehyung tiada tanda-tanda untuk mempertahankan isteri keduanya ini. Lebih baik aku angkat kaki dan siapkan diri untuk sesi study bersama Jae Min malam ini.

"Adik i available sekarang. I izinkan you untuk kawan dengan dia. Suami I dah terpahat nama Mia seorang."ujar Mia lalu lengannya melingkar di pinggang milik Taehyung.

"Dia datang untuk bekerja. Bukan untuk menggatal, Mia. My answer is a big no."balas Taehyung, hidungnya kembang kempis melempiaskan amarah terpendam di hati.

Aku buka aturan langkah panjang untuk melarikan diri daripada Taehyung yang sedang meletup api kemarahannya.

Ingat, aku hanya debu di matanya. Bila-bila masa aku bakal dilucutkan status sebagai tutor dan isteri tidak diiktirafnya.

"Hey, budak."

Teriak Taehyung kecil tika bayang isterinya beredar ke dalam bilik utama. Sempat dia merangkul batang tengkuk aku dari arah belakang.

"What the heck are you doing, Tuan Kim."aku menyoal kasar. Rangkulan lengan kekar itu semakin mengetat sama rentak dengan kedegilan yang ditunjuknya saat itu.

"Jangan curang. You have me already, Mi Yeon."

Tsk, curang? Ada lelaki seperti dia pun sudah cukup membuatkan hidup aku huru-hara. Nak tambah lagi seorang lagilah tidak.

"Kalau asyik main tarik tali, lepaskan saya untuk saya cari kebahagiaan sendiri."aku berani membalas tuduhan tidak berasas Taehyung kerana kami sedang berdiri di hadapan bilik tidurku.

Dia susah hendak lakukan apa-apa selagi Jaehyun, Mia Hayden dan anaknya Jae Min tinggal di bawah satu bumbung.

"Jangan cabar suami kau, Mi Yeon."

Jemarinya yang mencengkam daguku terurai pantas tatkala bunyi selak pintu utama dibuka dari dalam.

"Habis tu, how about your first wife?"

Taehyung terpempan dengan soalan menusuk jiwa itu. Dia kuak kasar helaian rambutnya dan wajah tampan itu secara drastiknya dirundung kelam berpanjangan.

"Aku cari cara untuk lepaskan dia."

-tbc-

A/N:

Hehehehe watak antagonis akan menyerang di bab seterusnya.

Next chapter. Yay or nay? ❤

[C] The Great Kim | KTHWhere stories live. Discover now