Chapter 55 : First Official Date

1.5K 166 5
                                    

Keningnya terangkat."Huh?"Davina pun berpaling ke belakang. Berpusing saja badannya, dia berselisih dengan badan seseorang yang kebetulan sedang berdiri dekat dengannya. Terkejut dengan keadaan itu, Davina menahan nafas terkejutnya hingga menyebabkan telefon dia yang dikepit antara bahu dan telinga terlepas dan gerak hendak terjatuh ke lantai.

Beberapa saat sebelum bencana berlaku, dengan pantas satu tangan muncul di bawah telefon itu dan Berjaya menyambutnya sebelum ia terhempas ke lantai.

Dari Davina, doctor berambut bob cut sehingga dal jururawat yang ada di situ semuanya membutang mata kerana terkejut melihat kehadiran lelaki lampai yang segak mengenakan kot labuh warna putih, berambut hitam yang disisir kemas menutupi sebahagian dahi, bersweater turtleneck putih dan jean hitam yang menampakkan lagi susuk kaki yang kurus lagikan Panjang itu berdiri di situ.

Sebaik dia Berjaya sambut telefon tersebut, Declan pun berdiri tegak menghadap Davina Bersama senyuman handsome di bibir. "Sorry..."ucap dia setelah itu.

Masih dalam keadaan terpinga-pinga, Davina capai telefonnya dan menilik Declan dari atas ke bawah. Hantu betul punya perangai!Terkejut dia la! "Bila sampai?"tanya dia sambil tu.

"Masa saya call awak"jawab Declan.

"Putera Declan....hai.."sapa doctor berambut bob cut dengan tiba-tiba di situ.

Davina kembali menghadap skrin computer kemudiannya. Dia nak habiskan sikit lagi kerja dia.

Declan berpaling, dia pandang pelik ke doctor berambut bob cut dan jururawat di situ. "Ah-ya. Hai."

"Apa yang tuan putera buat di sini?"tanya jururawat kedua yang berdiri di sebelah doctor berambut bob tadi.

Tersentak sedar mengenai tujuannya ke situ, Declan terus pegang belakang kepala Davina sambil memandang mereka. "Saya nak ajak Davina dating..."beritahunya.

"HAH!"ternganga mereka berempat di situ dengan serentak lepas dengar. Lagi-lagi doctor berambut bob cut tu. Dia pandang 'what the hell' ke tepi muka Davina.

"Dating?"tanya jururawat ketiga pula.

Declan Tarik sengih serba salahnya. Lalu dia bawa tangannya ke tepi muka sebelum berbisik ke arah mereka berempat di situ. "Jangan beritahu sesiapa ya.."minta dia setelah itu.

Davina yang dengar hanya buat muka menyampahnya lsambil menggeleng kepala. Tak tahu nak cakap macam mana dengan Declan. Lelaki ni kalau boleh nak semua orang tahu hubungan mereka!Tak reti nak low profile langsung.

Empat orang wanita di situ pun mengangguk kepala dengan patuh.

"Sebenarnya kami berdua ni pasangan kekasih."beritahu Declan akhirnya.

"APA!!!"seru mereka berempat dengan terkejut.

Sambil tersengih nakal, Declan lingkarkan tangan dia ke pinggang Davina yang sedang sibuk melakukan kerja itu lalu jengahkan sikit kepala ke tepi muka tu. "Dah siap?Boleh kita pergi sekarang?"ajaknya lagi.

Davina angguk kepala sewaktu dia tekan butang ENTER sebagai langkah terakhir. "Dah."

"Yeah.."sorak Declan dengan kecil sebelum capai handbag Davina dan genggam celah jari jemari Davina erat-erat dengan tangan satu lagi.

Davina kerling ke mereka berempat sewaktu berpaling. Hampir nak tergelak dia dekat situ bila tengok reaksi mereka yang sepertinya baru Nampak ada wanita tak berkepala lintas depan mata. Bersama sengih sinis di bibir, dia lingkarkan tangannya yang tidak di gengam ke lengan Declan dan bersandar rapat di tepi badan itu.

Maka berjalan la mereka berdua saling bergandingan merentasi koridor tersebut seperti pasangan yang sedondon dan sepadan. Seorang berbaju putih, seorang berbaju hitam. Sambil di perhatikan oleh empat orang wanita yang tercengang itu.

"Terima kasih ya sudi terima pelawaan saya.."ucap Declan sewaktu dia toleh ke sisi dan tunduk sedikit ke bawah sebab ketinggian Davina hanya di paras bahunya saja.

Davina ikut palingkan kepala, dia dongak memandang Declan. Nak saja dia tersenyum pada Declan sekarang ni. Tapi dia takut. Dia takut kalau senyumannya ini bakal membawa nasib yang buruk dan oment yang tak elok untuk Declan. Jadi dia tahankan saja dirinya yang sedang berasa senang namun sedih dalam masa yang sama supaya tidak kelihatan teruja sangat.

"It okay...memandangkan ini adalah relationship pertama awak...saya berikan peluang untuk awak belajar."selorohnya dengan nada mendatar.

Menjegil bulat mata Declan lepas dengar. Niatnya mahu membalas, namun tak jadi, sebaliknya dia angkat tangan lalu cubit pipi tu sebelum tunduk memberi kucupan lembut ke bibir tu. "Untung sayang...kalau tak.."getusnya setelah itu.

Davina hanya berdengus kecil. "Cakap je la awak tak pernah menang kalau berbalah kata dengan saya."tambah dia sewaktu mereka berdua berdiri di depan pintu lif.

Butang lif di tekan terlebih dahulu sebelum dia pandang ke Davina dengan senyuman dibibir. "yalah...awak je yang menang. Saya yang kalah. Puas hati sekarang?"ngalahnya yang kemudian merangkul sekeliling bahu Davina supaya badan itu bersandar rapat ke tepi rusuknya.

Tidak menolak atau menepis tangan itu, Davina ikut lingkarkan tangan kanannya ke belakang pinggang Declan kerana rasa selamat dan suka setiap kali berada dekat dengan teman lelakinya ini. Dan dia harap sangat masa berhenti sekarang supaya semua ni akan berkekalan.

Malam itu, Declan ajak Davina untuk keluar dating Bersama untuk makan malam dan jalan-jalan luangkan masa. Dengan alasan sebagai aktiviti pertama mereka setelah rasmi menjadi pasangan kekasih. Dan juga sebab Declan nak habiskan masa yang ada sebelum dia bertolak pergi ke pangkalan dan bertugas.

Semata untuk Declan, Davina yang jarang mintak cuti atau kerja separuh hari itu pun apply kerja separuh hari sahaja. Bukan sebab kerana permintaan Declan, tapi sebab dia sendiri pun nak luangkan masa Bersama dengan Declan sementara dia boleh lakukannya.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now