Chapter 37 : Pembunuhan depan mata!

1.7K 172 0
                                    

Hanna berdiri, Dia pandang Davina dengan muka bengis. Ingat dia nak berhenti dekat sini!Silap! Dia ada senjata lain! Sambil memandang Davina, tangannya naik menyelak jubah doctornya lalu keluarkan pistol yang tersemat di belakang pinggangnya lalu digunakan untuk memukul muka Davina dengannya.

SPAK!

Kepala Davina berpaling ke kanan sebaik satu permukaan keras dan sejuk mengenai tepi mukanya dengan mengejut hingga buatkan tangan dia terlepas pegang akan rambut tadi.

Menggunakan pengetahuan yang ada, dia Tarik trigger pistol tersebut lalu diacukan ke arah Davina. Siap siaga hendak menembak perempuan di depannya ini. Namun sebelum tu dia kena tahu sesuatu. "Jangan bergerak atau aku tembak kau dekat sini jugak!"desis Hanna dengan keras.

Sambil terumbang ambing hendak seimbangkan badan, Davina palingkan muka semula ke depan sebelum bawa tangan untuk memegang tepi mukanya yang berdenyut sakit dan sengal itu. Sekali lepas dia pandang, pistol sudahpun di acu ke arahnya.

"Mana jurnal tu?"soal Hanna sebaik saja Davina bertentang mata dengan hujung pistolnya.

Bersama nafas naik turun menahan sakit dan penat, Davina berdiri di situ tidak bersuara.

"Aku tanya mana jurnal tu!"tempik Hanna dengan bengang lepas Davina tak beri respon terhadap soalannya. "Kau nak mati sangat ke!!"

"Beritahu aku siapa yang hantar kau ke sini baru aku beritahu kau dekat mana jurnal tu nanti."ujar Davina dengan nada mendatarnya. Rasa sakit mula menjalar di seluruh badannya ketika ini. Peluh dingin merintik membasahi dahi dan sekitar leher.

"Kau ingat aku bodoh ke!Beritahu aku dekat mana jurnal tu atau kau mati aku tembak dekat sini sekarang jugak!Sama macam nasib mak dan ayah kau dulu!"beritahu Hanna dengan nafas naik turun. Dia tak ada masa nak buang!Dia kena dapatkan jurnal tu atau mereka yang datang ke dia dan bunuh dia!

Davina Tarik sengih mengejek lalu turunkan tangan dari mukanya. Dia berdiri tegak menghadap Hanna dengan berani. Dia tak takut mati. Selama ni dia tunggu bila la masa dia untuk mati. Alang-alang dah ada tiket free di depan mata, apa salahnya. "Tembak la kalau macam tu..."aju dia sambil gerak mendekati Hanna.

Mata Hanna naik turun cemas bila Nampak langkah Davina yang berani mendekati dia malah cabar dia lagi tu. "Kau jangan...aku tembak kau nanti!"beritahu dia.

Tanpa berkata apa-apa, Davina malah mendekat dan mendekat sehingga hujung pistol itu berada di atas dahinya. Dia pandang Hanna dengan renungan kosong. "Lakukannya sekarang....."arah dia setelah hujung senjata tersebut menyentuh dahi dia.

Berasa tercabar dengan kata-kata Davina, Hanna buat muka nekadnya lalu gerakkan jari dia untuk tekan picu pistol tersebut. Fine!Nak mati sangat!Dia akan berikannya!Hanna tarik nafas lalu-

BANG!

Percikan darah tepat mengenai muka Davina sewaktu dia pandang tak berkedip ke Hanna yang berdiri di depan dia. Apa yang dah berlaku?Kenapa dia hidup lagi?Dia berkerut kening sewaktu melihat Hanna pandang dia dengan mata terbutang luas. Kebingungan dengan apa yang dia lihat, Hanna kemudiannya perlahan-lahan jatuhkan tangan bersenjatanya ke sisi sebelum rebah dalam keadaan mengiring di situ dengan sendiri.

Terpempan Davina di situ melihat situasi tersebut. Siapa yang kena tembak ni?

Segalanya terasa kedap dan pekak!Tiada apa-apa yang didengari melalui telinga apabila bunyi tembakan memecah keheningan malam itu.

Terjatuh saja Hanna di situ, Davina pun tundukkan kepalanya ke bawah untuk lihat, sebaik saja matanya terarah pada jasad itu, dia nampak darah mula keluar dari kepala dan membanjiri sekitar perbaringan Hanna.

What the hell!

Otaknya menjadi blank serta merta.

Baru saja Davina hendak tunduk mendapatkan Hanna, ketika itulah bunyi tapak kaki berlari dan beberapa tangan muncul di sisinya.

"Awak tak apa-apa Davina?"muncul Declan yang cemas di situ.

Lalu beberapa orang tentera yang lengkap dengan pakaian combat mereka sebelum Dritan yang bercakung di tepi Hanna dan capai senjata dari tangan tu.

"Apa yang berlaku?"

"Siapa yang lepaskan tembakan tadi?"

"Kenapa ni?"

"Kapten?"

Dengan sibuk para tentera di situ bertanya setelah tiba di tempat kejadian. Mereka pandang silih ganti ke doctor yang berlumuran darah di situ, kemudian ke Dritan lalu ke Declan sebelum ke doctor yang turut sedang berlumuran darah pada jubah putih dan tangan di depan kapten mereka pula.

"Davina?"Declan tekap tangannya ke pipi pucat tu. "Do you hear me?"tanya dia dengan cemas. Mujur la mereka ronda sekitar tempat ni tadi. Kalau tidak pasti Davina sudah tiada lagi. Atas jasa baik Dritan, lelaki tu Berjaya menumpaskan Hanna sebelum wanita itu apa-apakan Davina!

Dengan lemah, Davina gerakkan matanya ke Declan. Dia tak dapat nak rasa apa-apa, nak dengar apa-apa.Apa yang dia baru saja Nampak tadi?Siapa yang dah bunuh Hanna di depan matanya sebentar tadi? Kenapa semua ni boleh terjadi?Kepalanya mula terasa ringan, kaki sudah terasa seperti jelly. Segalanya yang ada di sekeliling mula berpusar-pusar.

"Jangan dekat.."beritahu Davina yang menolak Declan jauh dari dia dan perlahan-lahan undur ke belakang.Nafasnya mula naik turun tidak menentu. Tak mungfkin..patutnya dia yang mati...bukan orang lain...

Dritan ikut bangun dari bercakung sewaktu perhatikan Davina yang sudah pucat lesi dan kotor dengan kasan darah pada bahu kiri tu. "Doktor"panggilnya dengan nada risau.

Bila semua di situ diam dan hanya memandang Davina yang sikit pun tak tunjukkan sebarang emosi di wajah, dia pandang sekejap ke Declan sebelum berkerut kening hendak memejam mata. Dan masa itu la Davina mula hilang kesedaran sebelum rebah ke atas tanah dalam keadaan menelentang. Betul-betul di sebelah mayat Hanna.

Declan apa lagi, dia cepat-cepat lari dapatkan Davina dan melutut di sisi Davina, begitu juga dengan mereka semua di situ sebaik sahaja Nampak badan tu rebah ke belakang dengan mengejut.

26. UNKNOWNOù les histoires vivent. Découvrez maintenant