Chapter 12 : Perkenalan Baru.

1.8K 187 1
                                    

Declan tersengih setelah menyedari yang dia terpana sekejap lepas pandang muka orang baru di depannya. "Tak..silap saya tak tengok ketika berjalan tadi."beritahunya.

"Lain kali jalan tu tengok-tengok boleh tak.."beritahu Juliet di sebelahnya tiba-tiba.

Davina alihkan matanya ke wanita yang berdiri di sebelah Declan sebaik mendengar nada yang di pantulkan kepadanya itu. Memangnya dia ada mata dekat belakang kepala ke sampai boleh Nampak apa yang menuju ke arah dia tadi! Sah-sah dia orang berdua jalan ke arah dia, jadi patutnya mereka la yang elak dari melanggar dia tadi!

"Sudah la tu Juliet. Dia tak sengaja."tegur Declan.

Juliet mencebik bibir tak suka ke Davina sebelum jalan untuk pergi dari situ. Sambil tu sempat dia langar bahu Davina dengan sengaja.

Malas nak bertekak dekat situ macam Budak-Budak, Davina biarkan saja hal itu dan cepat-cepat ke tepi Declan. Mahu pergi dari situ sebelum Eden menyedari kehadirannya di situ. Kalau dia tak boleh keluar dari sini sekarang, baiknya dia elakkan diri dari bertembung dengan abang angkat itu.

Declan ikut palingkan kepala untuk pandang Davina sewaktu Davina mahu pergi dari situ. Biasanya dia tak pedulikan orang baru yang masuk ke tempat ni. Tapi sesuatu telah gerakkan hati dia untuk bersuara. "Hei.."panggilnya.

Davina pun berpaling. Dia berhenti dari berjalan sewaktu pusingkan badannya semula ke Declan. Bersama renungan tak berminatnya, dia gerakkan dagu seakan bertanya 'asal' pada Declan.

"Selamat datang. Awak boleh panggil saya Kapten Declan."

Memangnya dia ada tanya ke! "Terima kasih. Saya Doktor Davina."beritahunya dengan nada mendatar sebelum berpaling dari situ sepantas mungkin. Hish!Tak kuasa betul dia nak berbasa basi dekat sini!Eden Nampak mahunya lelaki tu buat kecoh!Dia jugak yang susah nanti!

Sebaik di tinggalkan sendirian di situ, Declan diam tak bergerak buat seketika sebelum berpaling mendapatkan rakan-rakannya yang sudah sedia menunggu di meja makan di situ.

"Oh...datang dah bos besar kita"sambut Connall yang berdiri dari kerusi untuk diberikan kepada Declan lepas putera mahkotanya tiba di situ. "Guys...kenalkan...Declan Alastair. Kapten pasukan keselamatan diraja."ajunya pada ahli perubatan yang ada di meja itu.

"Hai!"sapa mereka semua di situ dengan mesra.

Sekali tu Garvien yang sudah duduk di situ terpandang lapan orang staf perubatan disekeliling meja itu. Lapan?Rasanya dia hitung ada Sembilan tadi?Mana lagi seorang? "Uhh?Kenapa kurang seorang?"tanya dia.

Declan yang baru sahaja duduk terdengar akan pertanyaan tersebut. Dia pun pandang staf sarjannya dengan kening terangkat. "Maksud kau doctor Davina ke?"tanya dia.

Dengan serentak semua kepala di situ berpaling lantas memandang ke Declan. Cepat sungguh kapten mereka ni tahu siapa yang tak ada.

"Kau kenal dia ke?"soal Dritan yang teringat akan doktor muka ais batu tadi. Cantik tu memang cantik. Tapi muka dingin macam tak ada perasaan. Seram sejuk pulak dia ingatkan!

"tak ada...aku tembung dengan dia tadi.."beritahy Declan.

"Ya...ada ke patut..jalan tak tengok-tengok. Habis di langgarkan Declan masa kami hendak masuk ke sini."beritahu Juliet dengan nada tak suka dia sewaktu duduk di sebelah Garvien.

Doktor lelaki berambut pendek dengan potongan tebal di bahagian atas nipis di tepi kepala iktu bersuara. "Sorry kalau mencelah. Kenalkan nama saya Kai gray, doctor ER. Dan saya kenal doctor Davina tu."beritahunya.

Semua di situ dengan serentak pandang ke Doktor Kai pula dengan muka ingin tahu. Yalah sewaktu mereka semua berjumpa di lapangan terbang ketenteraan, mereka semua tegur antara satu sama lain. Tapi kecuali dengan doctor Davina. Disebabkan rupa paras serius dan ekspresi dingin dari wanita itu buatkan mereka segan nak dekat. Jadi tak sempat nak tanya nama atau berkenalan lebih lanjut sebelum di terbangkan ke sini.

"Doktor kenal dia?"tanya Jururawat Natasha. Seorang wanita berambut bobcut dan berwajah bulat serta bercermin mata.

Doktor Kai angguk kepala. "Ya...saya satu univerisiti dengan dia empat tahun lepas. Saya senior setahun dia. Nama penuh diberi adalah Davina Seraphina. 28 tahun. Dia adalah student legend di univerisiti kami. Bukan saja rekod study yang cemerlang. Dia adalah antara 10 pelajar medical yang dapat anugerah terhormat selepas tiga dari lima tesis yang dikaji mendapat approvement dari Menteri Perubatan sendiri. Tapi saying...orang secantiknya itu dilahirkan sebagai manusia tiada perasaan dan ekspresi..kami gelar dia sebagai Doctor Sleep. Doktor yang tiada perasaan apa lagi belas kasihan. Dia seorang yang jujur dan berkata lepas. Kalau dia tak suka dia akan cakap tak suka, kalau orang tu nak mati atau terdesak sangat untuk di selamatkan...dia takkan ragu-ragu untuk tolak semua tu.."beritahunya.

"Serius la?Sampai macam tu sekali?"

Semua di situ buat muka tergamam sebaik mendengarnya.

"Bunyi macam dia tu seorang doctor yang tak guna je?"cebik Juliet dengan menyampah.

Doktor Kai berdengus kecil seperti mahu ketawa. "Ya...dia memang seorang yang berperangai tak guna. Tapi jangan pandang rendah pada kemahiran dia...jujur saya mengaku...nak di bandingkan empat orang doctor yang di bawa ke sini, dia adalah yang paling pakar dan lebih bagus dari saya sendiri."

Declan yang dengar palingkan kepala ke arah pintu dimana Davina lalui tadi selepas dengar cerota yang di sampaikan. Entah kenapa dia rasa semua cerita tu bukan apa yang dia rasa lepas pandang mata tu tadi.

26. UNKNOWNOnde as histórias ganham vida. Descobre agora