𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 09

19.7K 1.9K 169
                                    


"BEDAH..."

Nama pembantu rumahnya iaitu Cik Bedah diseru perlahan namun ada nada ketegasan saat figura tersebut memenuhi kornea matanya. Rafidah memandang Cik Bedah dari bawah ke atas.

Sepasang mata Cik Bedah menekur lantai. Tidak berani bertentangan mata dengan sepasang mata itu. Cukup sahaja dia menunduk kepala atas rasa hormatnya terhadap Rafidah.

"Pandang aku, Bedah."

Cik Bedah patuh.

"Mana Hawa?"

Cik Bedah menggeleng kepalanya sebagai jawapan kepada persoalan majikannya.

"Kau ada mulut, kan? Jawab! Bukan angguk atau geleng..." Rafidah merengus tidak puas hati. Jus oren yang disediakan oleh Cik Bedah di atas meja itu dicicip perlahan.

"Saya tak tahu, puan."

"Jangan nak tipu aku, Bedah. Kau tahu segalanya mengenai budak tu..."

Cik Bedah cepat mencelah butir bicara Rafidah."Betul, puan. Saya memang tak tahu Hawa pergi mana. Seawal pagi lagi dia dah keluar rumah."

"Jangan nak bohong aku, Bedah!"

"Sampai bila kau nak back up budak tu?"

"Aku ini majikan kau! Aku yang bayar gaji kau, bukan dia!"

Mata Rafidah menikam tajam seraut wajah Bedah yang hanya bereaksi biasa itu.

"Sampai bila puan nak benci dia? Sampai bila, puan? Puan... Dia tak bersalah! Dia pun tak ingin dilahirkan seperti itu! Selama dua puluh tahun saya yang membesarkan dia dan saya mendiamkan diri aje melihat semua layanan puan terhadap dia. Dia tak berdosa, tapi kenapa dia yang menjadi mangsa? Dia pun inginkan kasih sayang yang sama seperti Puteri.Puan sedar tak apa yang puan buat selama ini adalah salah. Sangat salah! Puan tak adil!"

"Tiada secebis kah kasih sayang puan terhadap dia? Saya simpati dengan nasib dia. Walaupun kita nampak dia selalu memberontak dan suka buat masalah, dia buat perangai macam tu sebab nakkan perhatian puan. Dia nak puan tegur apa yang dia buat kerana dia kekurangan kasih sayang dari seorang ibu.Puan sedar tak?"

Semua kata-kata yang dipendam di dalam hati tua Cik Bedah selama ini diluahkan dengan penuh perasaan geram terhadap Rafidah, orang yang sewajarnya mendengar luahan hati ini. Cik Bedah menjadi berani sebegini pun hanya mahu memperjuangkan nasib Hawa,anak yang dikasihi itu.

Rafidah membatukan diri sebelum tawa sinis bergema di ruang tamu itu.Dia menggeleng kepalanya laju sebelum memandang Cik Bedah dengan renungan misteri.

"Kasihan? Kau kasihan dekat budak tu? Aku ini jahat la? Macam tu?" Penuh sarkastik Rafidah bertanya. Hatinya bengkak.

"Aku ini watak jahat la dalam cerita ini sekarang, Bedah? Kenapa watak antagonis selalu dibenci orang? Semua pembaca pasti akan membenci dan memaki hamun watak antagonis. Tapi...Dia orang tak tahu apa yang terjadi. Watak antagonis pun tak inginkan semua ini terjadi...Dia pun inginkan kehidupan dan pengakhiran yang baik seperti watak protagonis."

"Kau hanya nampak penderitaan dia. Tapi, kau tahu apa yang aku pendam selama ini?"

Tangan dikepal kuat sehingga timbul urat-urat hijau di tangan tuanya. Melorot mata Rafidah memandang parut besar di pergelangan tangannya. Parut ini. Mana mungkin dia mampu melupakan tragedi yang meninggalkan impak terbesar dalam hidup dia. Masih lagi terbayang sebuah rumah yang dijilat api dan raungan manusia menjerit meminta pertolongan.

Sakit.

"Aku menderita selama ini. Setiap kali aku pandang wajah dia, rasa benci itu tak dapat aku buang. Aku dah cuba. Berkali-kali aku cuba untuk menyayangi dia namun, wajah perempuan itu pasti akan terlayar di fikiran aku. Wajah dia sangat mirip.Aku sakit. Sakit sangat, Bedah."

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now