𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 31

16.5K 1.5K 257
                                    


"BEDAH..." panggil Cik Bie perlahan seraya menepuk perlahan bahu kanan rakannya yang sedang mencuci pinggan mangkuk di dalam singki.

Sudah lama Cik Bie ingin mengajukan soalan ini kepada Cik Bedah memandangkan Cik Bedah lebih tahu mengenai perkara ini daripada yang lain. Terlayar di fikirannya pergaduhan Puteri dan Muhammad beberapa hari yang lalu. Kebetulan pada waktu kejadian itu, Cik Bie baru sahaja menghantar makanan ke dalam bilik Rafidah.

Cik Bie dapat menangkap dengan jelas setiap butir bicara yang keluar dari mulut Puteri dan Muhammad di ruang tamu pada saat itu. Sudah menjadi kebiasaan buat para pekerja di dalam rumah ini menyaksikan pergaduhan suami isteri itu. Bukannya sesuatu yang luar biasa.

Apa yang menarik perhatian Cik Bie saat itu adalah pertikaman lidah mereka berkisarkan seorang Hawa Arlani.

"Bedah... Aku rindu dengan budak nakal tu la," luah Cik Bie sambil mengelap penuh cermat satu-persatu pinggan yang baru sahaja dicuci Cik Bedah.

Cik Bedah memanggung kepalanya. Budak nakal?

"Siapa?"

"Alaaa kau ni. Siapa lagi budak nakal kalau bukan Hawa tu. Kau tahu... Semenjak Puan Rafidah halau Hawa, rumah ni dah tak macam dulu-dulu. Suram aje. Dah tak ada gelak- tawa dia. Aku rindu dengan telatah luar alam budak tu. Walaupun dia selalu menyakitkan hati dengan perangai dia tu... Aku tetap sayang dia."

"Aku rasa tak berguna sangat waktu dia kena halau dengan Puan Rafidah, sebab aku tak boleh nak buat apa-apa. Sampai sekarang aku tak boleh nak percaya yang Puteri tu sanggup berubah hanya kerana seorang lelaki. Puteri dah banyak berubah. Tergamak Puteri hina adik dia sendiri.Kadang-kadang aku naik seram juga dengan Si Puteri tu. Macam kena rasuk hantu ada juga dia tu." Sambung Cik Bie lagi.

"Itulah dinamakan kuasa cinta, Bie. Manusia boleh berubah kerana cinta. Cinta itu buta." Tambah Cik Bambam yang muncul entah dari mana. Terus melompat masuk ke dalam perbualan Cik Bedah dan Cik Bie.

"Aku nak cakap ni bukan sebab nak sibuk hal rumahtangga orang ke apa, tapi disebabkan aku dah tahu macam mana rumahtangga Puteri dan Muhammad selama ini. Sejujurnya... Apa yang aku nampak la kan.Setiap hari pasti akan bergaduh, jarang la aku nak nampak dia orang berbaik. Puteri tu pula cemburu dia tahap tak boleh bawa bincang. Cemburu buta! Selalunya kalau dia orang bergaduh pun sebab dia nampak Muhammad keluar dengan klien perempuan. Itu pun dah boleh buat Puteri naik angin! Bahaya betul la kalau penyakit cemburu buta ni," ujar Cik Bie panjang lebar penuh bersemangat. Pada mulanya dia ingin menanyakan satu soalan yang sudah lama bermain di fikirannya, namun sudah terpesong ke arah lain pula.

Cik Bambam mengangguk kepala. Bersependapat sangat dengan Cik Bie!

Lain pula reaksi yang dipamerkan oleh Cik Bedah. Tidak suka apabila Cik Bie berkata buruk kepada majikan sendiri. Lebih baik Cik Bedah mengunci mulutnya sahaja.

"Puteri tu sampai sekarang benci dekat adik dia sendiri sebab cemburu Muhammad masih tak dapat melupakan Hawa!Mestilah Puteri tu berdendam! Isteri mana aje takkan naik angin, kalau suami lain masih cintakan perempuan lain!" Cik Bambam pula menyambung.

"Sekarang ni... Aku bukan nak fokuskan topik perbualan kita kepada suami isteri tak normal tu. Tapi..."

"Tapi apa?" tanya Cik Bambam, tak sabar. Nampak sungguh berminat melayan celoteh Cik Bie.

"Tapi..." Meleret. Sengaja. Saat itu Cik Bie memicingkan matanya ke arah Cik Bedah yang seakan-akan berada di dunia ciptaannya sendiri. Tidak berminat untuk ambil tahu.

Cik Bie menyenggol bahunya dengan bahu Cik Bambam. "Kau tengok Bedah tu..." Jari telunjuknya dituding ke arah sebatang tubuh gempal Bedah yang berdiri di sekitar singki.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now