𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 06

23.7K 2.1K 237
                                    


"AWALNYA Hawa datang hari ini. Selalunya pukul 9 pagi baru la nampak muka Hawa tu," tegur Puteri laju tatkala sebatang tubuh Hawa memenuhi pandangan matanya. Tergeleng Puteri sendirian sambil tangannya ligat bekerja mengubah bunga yang dipesan oleh pelanggan istimewa.

Hawa mencebik. Datang lambat salah.Datang awal pun salah.

"Nanti Hawa tolong hantarkan bunga ni ya.Macam biasa la itukan tugas Hawa."

Hawa sekadar menggumam sebagai balasan. IPhonenya dikeluarkan dari kocek seluar dan matanya tertumpu pada skrin telefon.

Puteri menjeling sekilas ke arah Hawa yang sedang berbaring bermalasan di atas sofa. Aih. Kalau suruh Si Hawa tolongnya buat gubahan semua bunga ini, bukannya jadi bunga, benda lain yang jadi. Mulut Hawa sahaja yang kuat bekerja.

"Hawa daripada mana tadi?" Puteri bertanya sekaligus memecahkan keheningan suasana di ruangan belakang itu yang sedikit tersorok.

"Hawa dari rumah la, kak.Apa ke patut Cik Bie siram Hawa dengan air masa Hawa tengah tidur. Dah la Hawa syok mimpi kahwin dengan anak raja. Ish. Potong betul lah, Cik Bie tu. Nanti Hawa nak report dekat ibu supaya potong gaji Cik Bie tu sebab dia berani siram Hawa dengan air sejuk."

Puteri tertawa kecil.

"Apa yang Cik Bie buat tu memang betullah. Kalau dia tak buat macam tu, mesti Hawa takkan ada dekat sini waktu macam ni," komen Puteri, sekaligus dia tengah membela perbuatan pembantu rumahnya, Cik Bie.

Hawa menjulingkan bebola matanya ke atas. Ini malas nak share story dengan Kak Puteri. Bukannya nak backup.

"Argh, tak kira! Apa yang Cik Bie buat tu memang salah. Boleh aje kan kejut Hawa elok-elok.Tak perlu la siram air. Hish." Hawa tetap tidak berpuas hati.

"Sunshine..." Puteri memanggil Hawa dengan panggilan manjanya. "Akak tak suka Hawa salahkah Cik Bie. Walaupun dia tu pembantu rumah kita, tak boleh kita nak hukum dia macam tu. Jangan sesekali nak perhambakan mereka. Mereka manusia yang mempunyai hati juga."

"Hawa tak sakitkan hati dia pun. Hawa cuma cakap apa yang dia buat tu salah aje. Dah memang terang-terangan salah! Takkan Hawa nak berdiam diri."

"Hormat. Hawa tahu kan adab-adab menghormati orang tua? Anggap sahaja apa yang berlaku hari ini sebagai pengajaran. Jangan lakukan lagi." Nada yang digunakan oleh Puteri makin tegas. Mata menikam tajam seraut wajah itu.

"Fine!" Hawa mengalah akhirnya.

Puteri mengukir senyuman kecil. Dia tahu walaubagaimanapun degilnya seorang Hawa, akhirnya akan akur juga apabila dinasihatkan dengan cara yang baik.

"Siapa lelaki yang hantar Hawa semalam dekat depan rumah tu?" Soalan cepumas daripada Puteri itu membuatkan mata Hawa membulat besar.

"M... macam... M... ma... Mana akak boleh tahu?" tanya Hawa dengan nada suara yang rendah. Rahsia Adam menghantar dirinya di hadapan rumah semalam tidak boleh diketahui oleh siapa-siapa, terutama sekali ibunya.

"Akak nampak semalam daripada tingkap bilik akak," jawab Puteri ringkas.

Hawa menghembuskan nafas lega. "Akak jangan beritahu ibu ya?"

"Kenapa pula?" Mengecil mata Puteri memandang Hawa. Pasti ada sesuatu ni...

"Kalau Hawa suruh jangan cakap dekat ibu, akak jangan la buat."

"Hawa ada sorokkan sesuatu kepada akak, kan? Baik mengaku cepat. Siapa dia tu, sampai Hawa takut sangat kalau ibu tahu yang budak lelaki tu hantar Hawa semalam dekat depan rumah? Lebih baik Hawa berterus terang aje." Puteri mulai bersyak-wasangka. Jari telunjuknya ditudingkan ke arah Hawa yang sudah cacing kepanasan.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now