Apa ingat Junghyun boleh mengangkat kaki semudah itu? Dia ada rancangan...

Mahu mengancam hidup Jungkook apabila adiknya itu sudah kembali.

Tuan Jeon mengeluh panjang. Tubuh dihempas ke kerusi sebelum tangannya mengurut dahi. Pening. Tak larat lagi nak bagi muka kepada Junghyun. Sejak lahir, Jeon Junghyunlah paling dibanggakan sementara Jeon Jungkook mendapat nasib yang sebaliknya. Disisihkan dari kecil.

Inilah yang selalu jadi kepada ibu bapa jika mereka bukan jenis lebihkan bongsu. Dapat anak pertama, kemain sayang. Maklumlah, teruja sangat sebab kali pertama ada anak. Dapat saja anak kedua dan seterusnya, tak terurus macam anak pertama dulu.

Namun, Tuan Jeon tidak berasa malu mahu mengambil semula Jeon Jungkook bagi menggantikan jawatan presiden. Dia tak mahu sesiapa pun mendapat jawatan itu selain anaknya. Mungkin juga boleh mengembalikan senyuman dan kegembiraan Puan Jeon. Sudah lama isterinya murung dan bersikap dingin dengannya kerana membuang Jungkook.

Tuan Jeon mencapai telefonnya, mendail nombor seseorang.

"Helo Tuan Jeon," jawab seseorang dalam talian.

"Helo. Saya nak kamu cari anak saya, Jeon Jungkook. Siasat di mana dia tinggal sekarang dan jika dia bekerja atau apa-apa mengenai dia, siasat juga. Siasat kesemuanya," Tuan Jeon mengarah.








*****







"Chaerin nak makan apa?" Soal Jungkook. Tubuh Chaerin didukung agar anak kecil itu boleh melihat menu yang terpapar di kaunter.

"Nak ayam!" Jawab Chaerin teruja. Jarinya menunjuk ke arah set ayam goreng.

"Nak ayam semua? Tak nak makanan lain?"

"Eung! Yin nak ayam je," jawab si kecil itu lagi.

Jungkook pun membuat pesanan kepada cashier. Memandangkan hari ini dia cuti dan baru dapat gaji, dia membawa anak dan isterinya makan di luar walaupun hanya McD.

Sesekali Jungkook melirik ke arah Chaewon yang setia menunggu di tempat duduk mereka. Takut benor biar bini duduk seorang-seorang. Chaewon tersengih saja melihat gelagat Jungkook. Comel bila lelaki itu banyak kali menoleh ke belakang mahu melihatnya.

"Chaewon-ah, tolong ambil makanan," pinta Jungkook sesudah cashier tadi menyediakan makanan mereka.

Chaewon segera bangun menuju ke kaunter. Mereka sama-sama membawa makanan mereka ke meja makan.

"Yeay ayam!" Chaerin terkinja-kinja dalam dukungan mahu mencapai ayam goreng namun tangannya dicepuk oleh Jungkook.

"Aipppp basuh tangan dulu," tegur Jungkook langsung si kecil itu mencemik.

"Sakitlah..." Rengek Chaerin seraya menggosok tangannya yang terasa sakit.

"Padan muka. Papa dah ajar kan, sebelum makan kena basuh tangan dulu,"

"Eung," Chaerin pasrah saja mendengar leteran ringkas dari Jungkook sebelum dia dibawa ke sinki.

Chaewon hanya tersengih melihat dua beranak itu. Dia pun tak setegas Jungkook dalam mendidik anak. Nak buat muka garang pun tak reti.

Setelah membasuh tangan, barulah mereka menjamu selera. Namun tidak untuk Jungkook, lelaki itu tekun mencubit ayam untuk Chaerin. Si kecil itu kalau dibiar makan sendiri memang punah jadinya. Chaerin pula ayam sudah dicubit untuknya laju dia menyuap ke dalam mulut. Jungkook tak habis cubit semua lagi dah menganga.

"Chaerin-ah, makan tu perlahan sikit. Kasihan papa tak dapat makan lagi sebab kamu melantak macam tu," tegur Chaewon lembut.

"Hehe," Chaerin hanya tersengih dengan muka comotnya akibat terkena sos. "Papa nah," Chaerin menyuakan ayam kepada Jungkook.

"Makan jelah," ujar Jungkook.

"Tak nak, papa makanlah,"

Jungkook menganga juga membiarkan Chaerin menyuapnya.

Tanpa mereka sedar, senyap-senyap Chaewon mengambil gambar Jungkook disuap oleh Chaerin. Dah jadi habit, apa saja momen Jungkook dan Chaerin, Chaewon akan mengambil gambar dua beranak itu. Comel baginya.









*****









Jungkook berehat di ruang tamu. Chaewon pula sedang menemani Chaerin tidur di dalam bilik, si kecil itu sudah kepenatan setelah berjalan sejak pagi tadi.

Jungkook termenung memikirkan hal anak dan isteri. Chaerin sudah belajar di tadika memandangkan umurnya sudah lima tahun, percakapannya juga lancar dan tidak pelat lagi.

"Kalau awak rindu, jomlah buat anak baru,"

"Carilah duit banyak-banyak dulu untuk dapatkan anak kedua. Saya tunggu,"

Ayat-ayat Chaewon itu selalu terngiang-ngiang di telinga Jungkook. Sudah setahun berlalu, wanita itu tidak lagi menyoal soal anak. Tapi dia tahu, Chaewon masih mengharapkan cahaya mata kedua mereka.

Tok tok tok!!

Jungkook tersentak tatkala pintu rumah diketuk kuat secara tiba-tiba. Dia pun bangkit lalu membuka pintu tersebut.

Serentak dengan itu, tubuh Jungkook bagai terkena renjatan elektrik. Jantungnya bertukar rentak, berdegup sangat laju secara drastik.

"P-papa?"

#abaikantypo

[21 Nov 2020 : 12.00 am]

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now