FOURTY-SEVEN

643 71 19
                                    

"Chaerin ni macam tak nak balik je. Chaerin nak duduk sini lagi ke?" Tanya Chaewon, melihat anaknya masih setia duduk di sisi tubuh Tuan Jeon.

Sudah tiga hari bermalam di rumah keluarga Jeon itu, menjaga Tuan Jeon dah hari ini mereka mahu pulang.

"Hmm, Chaerin memang teringin nak jaga harabeoji sampai baik. Dapat bergerak sikit jadilah, tapi mama mesti tak ada teman dekat rumah pula kalau Chaerin tak nak balik," ujar Chaerin.

"Tak apalah, Chaerin doakan harabeoji supaya cepat sembuh!" Chaerin memeluk bahu Tuan Jeon sebelum turun dari katil datuknya, dan pergi ke arah Chaewon.

"Bagus betul Chaerin. Bertuah kita dapat cucu yang bijak, baik hati walaupun masih kecil kan?" Puji Puan Jeon, sambil memandang suaminya yang mampu menggerakkan anak mata saja.

Chaerin hanya tersengih. "Mestilah. Papa dan mama pun baik, Chaerin pun mestilah kena jadi orang baik juga!"

"Pandai!" Puji Puan Jeon lagi, sambil melirik ke arah Tuan Jeon berkali-kali mahu melihat reaksi orang tua itu.

Harap sentap dan terasa lah, Chaerin si kecil comel itu pun reti hormat orang dan buat baik, bukan macam orang tu. Dah tua, sakit pun tak insaf lagi.

"Hmm jom lah. Papa dah tunggu dekat bawah tu. Terima kasih ya mama beri layanan baik sepanjang kami dekat sini. Minta maaf jika kami ada buat silap, kami pergi dulu," ucap Chaewon bersama tundukan hormat kepada ibu mentuanya.

"Terima kasihlah sudi tolong jagakan papa ni, walaupun dia tu hmm... Faham-faham sajalah," ujar Puan Jeon.

Chaewon sekadar senyum. "Tak apa, Chaewon tak kisah..."

"Bye bye halmeoni dan harabeoji! Jumpa lagi!" Chaerin sudah melambai-lambai, sebelum tangannya dipimpin oleh Chaewon.

Setelah dua beranak itu pergi, Puan Jeon memandang suaminya dengan tangan disilangkan ke dada.

"Hmm, dah tak ada orang nak teman awak 24 jam... Urut awak selalu jadi, survive lah sendiri ya? Saya tak nak layan..." ujar Puan Jeon, lalu meninggalkan suaminya keseorangan.

Kasi ajar sikit biar betul-betul insaf.











"Ambil masa bertahun-tahun juga untuk Tuan Jeon pulih sepenuhnya. Dia strok satu badan..." Itu yang doktor kata tentang keadaan Tuan Jeon.

Terlantar saja di atas katil. Tak digerakkan oleh orang lain makan tak bergerak lah orang tua itu. Habis, siapa nak handle syarikat jika CEO tiada? Nak luluskan setiap kerja, cadangan staf bawahnya termasuk kerja presiden sendiri siapa nak buat? Tuan Jeon nak gerakkan jari pun tak boleh.

"Ganti je lah tempat papa buat sementara, Jungkook. Ataupun ambil alih terus, lagipun nanti nak serahkan jawatan presiden tu dekat abang pula kalau dia kembali," cadang Puan Jeon.

"Huh, papa takkan bagi..." Ujar Jungkook. "Nak ambil Kook jadi presiden haritu pun tunggu company nak bankrap dulu,"

"Habis tu? Nak bagi abang kamu jadi CEO? Entah apa dia buat nanti dengan syarikat bapak kamu tu kalau jatuh ke tangan dia,"

"Sama saja kalau dia jadi presiden, mama. Semua kerja atas presiden, CEO hanya luluskan. Bayangkan semua kerja, urusan syarikat dia handle?"

"Entahlah bapak kamu tu. Makin tua makin hmm nak kutuk kang tu laki aku. Dulu tak macam tu pun..."

"Semuanya sebab Kook kan?" Tebak Jungkook. "Kalau Kook tak wujud, semuanya takkan jadi macam ni,"

"Tak. Mama yang pertahankan kamu dulu, tak nak gugurkan kamu. Jangan salahkan diri sendiri. Nasib baik kamu masih ada, kalau tak memang tak ada siapa nak ganti jadi presiden bila Junghyun jadi macam tu. Papa yang kena handle semua nanti, dia juga yang susah. Dia tu yang bermasalah, tak padan dengan tua..."

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now