TWENTY

1.9K 215 56
                                    

This is not the last chapter. Hari tu mint target dalam 20 chap je ff ni but now dah terlebih so lambat lagi.

Enjoy reading✨











Ingatkan Han Chaewon bergurau pada hari semalam mengatakan dia mahu berkahwin pada hari ini. Rupanya tidak, Chaewon langsung tak bergurau!

"You're not kidding, right?" Soal Jungkook, masih tak percaya bahawa gadis itu tak main-main mahu berkahwin dengannya secepat mungkin.

"Eyy dari tadi lagi tanya benda sama. Orang tak guraulah!" Chaewon menghentak geram kakinya ke lantai. "Bukannya saya minta awak tempah ballroom ke apa sampai habis duit juta-juta! Tandatangan dokumen kahwin dan jumpa paderi secara enam mata. Kita je. Padan kos tambang teksi dan paderi saja untuk kita kahwin hiks tak banyak pun,"

Jungkook menghelakan nafas. Chaewon bagaikan terdesak mahu menjadi isterinya sehingga sanggup berkahwin sekadar di atas kertas saja. Tahulah dia masih tak mampu untuk mengadakan perkahwinan seperti orang lain, ada majlis, ada makan-makan tapi janganlah nampak desperate sangat.

"Chaewon, bertenang. Kita akan kahwin but not today. Okey? Bagi aku kerja cari duit banyak-banyak dulu sebelum kita kahwin,"

"Kan saya dah cakap saya tak perlukan semua tu!" Bentak Chaewon. "Saya hanya nak awak jadi suami saya. Tak perlu sebarang majlis resepsi sekalipun, asalkan kita sah berkahwin,"

"Chaewon, listen," Jungkook cuba untuk bertutur lebih lembut dengan Chaewon. "Aku tahu, kau hanya nak berkahwin macam tu sebab kau faham aku bukan orang senang. Tapi, kau tak nak ke merasa ada orang raikan perkahwinan kita? Biar Chaerin juga menyaksikan hari bahagia kita?"

Chaewon terdiam. Anak mata hazel indah milik Jungkook ditenung tanpa berkelip. Menunggu ayat seterusnya dari lelaki itu.

"Aku pun tak sabar nak jadikan kau isteri aku,"

Tangan mulus Chaewon Jungkook meraih perlahan. Kekuran tangan gadis itu diusap lembut dengan ibu jarinya.

"Tapi, aku tak mahu kita sekadar berkahwin secara senyap begini. Walaupun aku miskin, aku pun nak kita kahwin macam orang lain. Kita kahwin sekali untuk selamanya tahu? Kau tak nak ke pakai gaun cantik, bersolek biar kecantikan kau jadi luar biasa pada hari bersejarah kita, berjalan di laluan, tengok aku pakai tuxedo tunggu kau bersama paderi, dan mendengar sorakan tetamu melihat kita sah menjadi suami isteri?"

Chaewon kekal diam. Tidak lama itu barulah dia dapat menghadam kata-kata Jungkook. "Awak dah rancang semua tu?"

"Mestilah dah. Tunggu nak laksanakan je," hidung Chaewon dicuit sekilas. "Mulai hari ni, aku balik rumah malam. Setiap hari. Lagi banyak masa aku kerja, lagi cepatlah kita kahwin. Kau tak perlu risau, pandai-pandailah aku uruskan hal perkahwinan kita. Kau tunggu bersiap saja pada hari bersejarah tu, pakai cantik-cantik untuk aku hmm?"

Chaewon menguntum senyum. "Janji eh? Jangan lama sangat buat persiapan, seksa saya nak tunggu,"

"Aku akan usahakan. Tapi jangan merungut aku selalu balik lambat pula,"

"Okey," Chaewon mengangguk faham. "Saya bagi awak masa sampai awal tahun depan. Cukup kan?"

"Cukup," Jungkook mengoyakkan senyuman lebar.

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now