THIRTY-SIX

1.3K 153 87
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.












"Papa ajak aku ke rumahnya Sabtu ni, sambut hari jadi mama..." ujar Jungkook sambil menolong Chaewon menyediakan sarapan.

"Dia ada ajak saya dengan Chaerin sekali?"

Jungkook terdiam seketika. "Ermmm... tak ada pula papa mention kau. Dia just ajak aku datang,"

"Kalau macam tu, awak pergi seoranglah. Saya jaga Chaerin di rumah," balas Chaewon sambil meletakkan semangkuk besar nasi goreng di atas meja. Pinggan dan gelas turut disusun rapi.

"Tak apakah?" soal Jungkook. "Majlisnya mesti tamat lewat malam..."

"Tak apa, rumah ini kan dah ada pengawal. Kalau awak tak yakin, hantar kami ke rumah daddy... bagi kami tidur di situ semalaman ke... awak pun bolehlah bermalam di sana. Mesti penat nak balik semula lepas majlis,"

"Tak, aku terfikir untuk menghadirinya saja. Betul ni tak nak ikut?"

Chaewon menggeleng. Dia tahu, Tuan Jeon tak sukakan dia dan Chaerin. Kalau tidak, mesti dia ajak Jungkook sekeluarga hadir. 

"Majlis hari jadi mama awak, mesti ramai orang kan? Saya bimbang kalau tak dapat nak awasi Chaerin sepanjang majlis nanti, dia dahlah tak duduk diam," sengaja Chaewon memberi alasan begitu, tak mahu menyinggung perasaan Jungkook dia tak mahu ikut.

"Oh ya betul juga..." Jungkook mengangguk-angguk. Air teh panas yang baru siap dibancuh di dalam teko turut diletakkan di atas meja makan. 

"Awak pergilah sambut birthday mama, dapat juga awak luangkan masa dengannya,"

"Okey,"

"Chaerin-ah!" laung Chaewon kuat. "Kamu dah siap ke belum?"

"Sekejap mama!" laung Chaerin yang terkedek-kedek menuruni tangga bersama beg galasnya. 

Jungkook dan Chaewon menunggu anak kecil mereka sampai di ruang makan. 

"Hehe maaf lambat. Good morning!" ucap Chaerin dengan senyuman lebar.

"Morning sayang," balas Jungkook seraya menarik kerusi untuk Chaerin. "Eh kenapa skirt tu pakai senget?"

"Eo?" Chaerin melihat skirtnya yang sedikit lari dari tempat yang sepatutnya. "Skirt ni tak ada corak, kosong. Chaerin tak tahulah mana depan mana belakang," jawabnya dengan polos.

Jungkook tersenyum saja sebelum bertinggung di hadapan Chaerin. Skirt anaknya dibetulkan sedikit. "Ni ada tanda jahit, so Chaerin kena ingat mana yang sepatutnya ada di depan, di belakang. Ingat papa buat ni macam mana. Hmm?"

"Eung!" Chaerin mengangguk faham.

"Okey, jom makan!" Jungkook mengangkat Chaerin duduk di atas kerusi.





[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now