THREE

1.8K 222 45
                                    

Sampai saja hadapan dewan, semua orang memandang ke arah Chaewon. Entah bajunya yang dipakai terbalik, seluar tak dizip, dia pun tak tahu. Pandangan pelik mereka diendahkan saja.

Chaewon membelek-belek notanya sementara pengawas peperiksaan tidak memanggil. Namun itu tidak lama pabila tiba-tiba saja notanya direntap kasar sehingga terkoyak.

"Oops," seorang siswi buat-buat terkejut dengan perbuatannya langsung selamba mencampakkan nota itu ke jalan tar. "Dah lama tak nampak kau datang ke kampus. Sibuk jaga anak pungut eh?"

Semua orang mula memandang sinis kepada Chaewon yang masih membisu.

"Kami tahulah, selama ni kau tak datang ke kampus sebab jaga baby yang kononnya terjumpa depan rumah. Lepas tu kau dengan baik hatinya, jaga baby tu macam anak sendiri. Tu sebenarnya memang anak haram hasil hubungan sulit kau dengan lelaki entah siapa tu kan?"

Chaewon tersentak. Bagaimana mereka boleh mendapat berita seperti itu? Siapa pula yang sebarkan?

"T-tak, anak saya... s-saya tak ada anak," kata Chaewon sambil menggeleng-geleng kepala.

"Eo? Kau pernah datang ke kampus macam orang tak malu dulu sampai perut tu dah nak meletup tahu tak? Takkan tiba-tiba anak kau hilang? Dah mati dalam perut sebab accident tiga bulan lepas?"

Tiba-tiba telinga Chaewon berdesing seperti terdengar bunyi dentuman kereta.

Bbummm!!!!

"Alamak! Ada orang kena langgar!"

Suara orang ramai sedang panik juga menyesakkan telinganya membuatkan Chaewon berasa pening.

"Aaiisshh," Chaewon memegang kepalanya yang mula rasa berdenyut.

"Alahai kasihan young single mother ni," kepala Chaewon dibelai sebelum ditolak kasar sehingga Chaewon terjatuh.

Mujur Chaewon sempat tahan tubuhnya dari terus terhempas ke jalan dengan tangan.

"Boleh korang jangan ganggu saya?" Pinta Chaerin. Matanya sudah berkaca mahu menangis. "Saya datang ke sini hanya nak jawab exam. Kalau korang bencikan saya pun, abaikan kewujudan saya di sini. Saya takkan muncul jika keadaan tak memaksa saya,"

"Relaxlah, kami hanya nak bertanya khabar je. Macam mana jaga anak dan belajar secara online dalam masa yang sama. Dengar cerita, anak kau tu kuat meragam. Tinggal je menangis, meraung. Mesti susah dan rimas kan? Tulah, muda-muda lagi dah menyundal,"

"Saya tak menyundallah! Korang semua dah salah faham!"

"Aku dah muak dengar jawapan kau ni!" Pipi Chaewon dicepuk sehingga muka gadis itu terteleng ke tepi. "Tak payahlah cuba menegakkan benang yang basah lagi. Kalau betul pun kau kena rogol, tak ada siapa dah nak percaya. Keluarga kau pun dah buang kau tch,"

"Perhatian kepada calon peperiksaan akhir, sila beratur di pintu masuk dewan sekarang,"

Semua orang mula bergegas ke pintu masuk, meninggalkan Chaewon yang masih tak berganjak dari tempatnya. Tangannya menggengam penumbuk kosong.

"Abaikan saja mereka, Chaewon-ah. Kau datang hanya nak jawab exam," Chaewon cuba memujuk dirinya sendiri.









*****








"Okey tak jawab exam tadi?" Tanya ahjumma.

"Okey, banyak topik yang Chaewon ulangkaji masuk dalam paper. Ahjumma pula, okey tak jaga Chaerin hari ni?"

"Macam biasalah, meragam dia tu,"

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now