Ini bukan comeback ya, mint cuma nak habiskan ff ni then hiatus sepenuhnya.
"Chaerin? Dah siap belum?" Laung Jungkook sambil menuruni tangga.
"Chaerin dah siap lah. Papa yang lambat," sahut Chaerin dari bawah.
Jungkook pun terkejut melihat anak perempuan sudah siap berpakaian sekolah.
"Amboi, tak sabar nak masuk sekolah ya?"
"Yalah, kan hari pertama mestilah Chaerin tak sabar nak ke sekolah. Jumpa cikgu baru, dapat kawan baru..."
Jungkook tersengih saja melihat keterujaan anaknya. Besar sudah Jeon Chaerin, kanak-kanak enam tahun itu akan melangkah ke zaman sekolah pada hari ini.
Seragam Chaerin dibelek lalu Jungkook merapikan lagi sambil memandang anaknya. "Chaerin belajar pandai-pandai ya, jadi orang berjaya..."
"Baik, Chaerin nak kerja dengan papa besar nanti heheh,"
"Ya? Okey, 20 tahun dari sekarang Chaerin belajar sampai dapat kelulusan untuk kerja dengan papa. Apa-apa pun, jangan paksa diri hmm? Kalau penat, rehat. Ada masalah, boleh share dengan papa dan mama. Sekolah ni dah lain sikit dengan tadika tahu?"
"Eung!" Chaerin mengangguk.
"Wah, awalnya Chaerin siap hari ni. Baju pun tuck in sendiri?" soal Chaewon sebaik melihat anaknya bersama si papa di ruang tamu.
"Ya. Kemas tak Chaerin buat?" Chaerin berpusing-pusing menayangkan pakaiannya di hadapan Chaewon.
"Kemas, pandai anak mama berdikari..." Chaewon menggosok kepala Chaerin.
Walhal dalam hati, Chaewon berasa hiba melihat anak sulungnya sudah besar, tak perlukan dia lagi untuk menguruskan diri sendiri.
'Alahai anak mama, jangan membesar cepat sangat ya? Nanti mama rindu dengan perangai comel dan nakal kamu,' bisik hati Chaewon saat merenung wajah Chaerin.
"Annyeonghaseyo! Nama saya Jeon Chaerin," Chaerin mengenalkan diri kepada rakan sekelas barunya. "Sila tunjuk ajar dan harap kamu semua sudi berkawan dengan Chaerin,"
"Pandai Chaerin mengenalkan diri," puji Puan Chae, guru kelas Chaerin. "Duduk, Chaerin. Nanti boleh berkenalan lebih lagi dengan kawan-kawan ya?"
"Baik," Chaerin mengangguk seraya duduk di tempatnya.
Kemudian dia curi-curi memandang ke sebelah, di mana kawan karibnya Lucy juga satu sekolah dan sekelas dengannya duduk. Lucy pun memandangnya lalu mereka saling melambai kecil.
Tanpa Chaerin sedar, ada seorang budak lelaki selang beberapa meja sedang melihatnya.
"Jeon Chaerin, cantiknya dia..." gumam budak lelaki itu sehingga tidak fokus melihat pelajar lain mengenalkan diri.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•
FanfictionAku bukan ditiduri lelaki. Aku dirogol. Bayi ini mengingatkan aku kepada anak perogol yang aku kandungkan dulu telah dibuang akibat kemalangan. -Han Chaewon Kena rogol, dibuang keluarga, menumpang hidup dengan wanita miskin, kemalangan dan keguguran...