Sekali lagi Chaewon terkejut. "M-Macam mana awak tahu?"

"Awak akan faham semasa kita minum nanti,"








*****







Chaewon meneguk Espresso beberapa kali sebaik saja minuman tersebut sampai. Sudah dua tahun dia tidak merasa minum minuman seperti itu semenjak berpisah dengan keluarga kandungnya.

"Awak boleh pesan apa-apa yang awak mahu di sini. Bukan selalu makan minum di tempat mahal kan?" Ujar wanita itu. Dia memperkenalkan namanya sebagai Kim Haena kepada Chaewon.

"Tak apalah," Chaewon  menggeleng sambil tersenyum. "Nanti kenyang, tak makan pula saya di rumah nanti,"

Serba salah Chaewon mahu makan kerana dia baru saja menerima mesej dari Jungkook bahawa lelaki itu sudah menyediakan makanan tengahari dan sedang menunggu dia pulang.

"Sekarang awak tinggal di mana?" Soal Haena. Dia tahu, Ahjumma Ryu telah meninggal dunia dan Chaewon sudah berpindah bersama Chaerin.

Dia sentiasa memerhatikan gerak-geri Chaewon dalam diam tanpa Chaewon sedar sejak Ahjumma Ryu masih hidup lagi sehingga kini.

"Di apartment ermm..." Chaewon berfikir sejenak. "Saya tak pasti apartment tu ada nama ke tidak sebab ianya bukan apartment mewah,"

"Saya faham," Kim Haena menyisipkan Americano Latte panas miliknya sebelum sambung bicara. "Sebenarnya, sayalah yang serahkan Han Chaerin kepada awak dulu,"

Chaewon tergamam. "M-mwo? Jadi awaklah adik kepada perempuan yang ambil Chaerin sejak lahir?"

"Ya, kakak saya dah lama berkahwin tapi sampai sekarang masih tiada anak. Keturunan ibu kami susah mengandung, kakak saya turut mewarisinya jadi dia selalu gugur setiap kali mengandung. Jadi, dia ambil keputusan untuk mengambil anak angkat,"

"Kebetulan pada waktu kami ke hospital, doktor memberitahu kakak saya bahawa ada seorang anak yang ibunya sedang kritikal. Penjaga ibu itu pula meminta agar anak itu diserahkan kepada sesiapa yang mahu jadi kakak saya terus berkeinginan untuk mengambil anak itu,"

"Tapi kakak saya dapat bertahan selama tiga bulan saja. Seperti yang saya cakapkan dulu, Chaerin kuat menangis dan tak boleh berenggang dengan orang yang rapat dengannya. Kakak saya seorang ahli perniagaan jadi dia agak sibuk menguruskan kerjanya,"

"Kadang-kala dia tak sempat memberi perhatian yang cukup kepada Chaerin. Orang lainlah yang menjadi mangsa. Tak boleh pujuk dan jaga Chaerin ketika ketiadaan kakak tapi dalam masa yang sama tak tahan budak tu asyik meraung setiap hari. Akhirnya, saya bawa lari Chaerin dan letakkan dia di depan rumah Puan Ryu,"

"Saya dah tahu awak masih hidup. Jadi lebih baik saya serahkan anak awak semula walaupun awak masih hilang ingatan. Itu lebih baik daripada saya terus biarkan awak terpisah dengan anak awak,"

Chaewon yang setia mendengar cerita Haena, mula terasa mahu menangis. "Terima kasih kerana temukan kami kembali. Kalau tak, sampai sudah saya fikir anak saya dah mati disebabkan kemalangan tu,"

"Puan Ryu tipu awak kan?"

Chaewon mengangguk. "Tapi tak mengapalah, saya faham mengapa mendiang buat begitu. Saya bersyukur anak saya masih hidup dan saya masih bergelar ibu,"

"Sekarang awak tingal dengan siapa pula?" Soal Haena lagi.

Chaewon terdiam sekejap. "Err... saya tinggal dengan seorang lelaki. Namanya Jeon Jungkook,"

"LELAKI?" Terbuntang mata Haena. "Korang berdua tak kekok tinggal bersama?"

"Hanya tinggal sebumbung, jadi ia bukan masalah besar. Pada awalnya kami agak kekok tapi kekok tu hilang bila saya tahu dia sukakan bayi. Dia selalu bermain dan melayan Chaerin jadi kami jadi semakin rapat disebabkan budak kecil tu,"

"Hmm... sounds good," Haena mengangguk-angguk. "Oh ya, awak kata nama dia Jeon Jungkook kan?"

"Ya," Chaewon mengangguk.

"Hmm..." Haena berfikir sejenak. "Setahu saya, Jeon Jungkook ialah anak bongsu kepada Tuan Jeon, pemilik syarikat Jeon Holdings. Dia telah dibuang dari keluarga Jeon dua tahun lalu disebabkan lelaki itu terlibat dalam dadah. Saya tak berapa percaya rumor itu walaupun ianya dah tersebar luas sebab saya tahu, Jeon Jungkook adalah lelaki yang baik. Saya tak percaya dia seorang penagih dadah,"

Chaewon terkedu beberapa detik. "J-Jadi, awak kenal Jungkook?" Soal Chaewon. Pada masa yang sama, dia terperanjat mendengar cerita Haena sebentar tadi.

"Saya tak pastilah Jeon Jungkook yang menumpangkan awak itu dan Jeon Jungkook si anak pemilik Jeon Holdings ialah orang yang sama. Saya rasa saya masih simpan berita mengenai Jeon Jungkook itu dalam telefon saya. Sekejap ya,"

Chaewon menunggu wanita itu menggagau beg tangan mencari telefon pintarnya. Iphone dikeluarkan lalu tangannya lincah menggesel-gesel skrin telefon tersebut mahu mencari sesuatu.

"Hah, saya ada save berita ni dalam Instagram. Syukur masih ada lagi walaupun dah dua tahun," Haena menunjukkan telefonnya kepada Chaewon.

Wajah Chaewon berubah pucat tatkala membaca berita itu. Gambar Jeon Jungkook turut disertakan sekali.

"Jungkook... dia terlibat dalam dadah? S-saya tak sangka..."

"Mereka orang yang sama?" Soal Haena.

"Saya rasa ya. Muka lelaki ni... seiras betul dengan Jungkook. T-Tapi, tak ada pula saya curiga dengan dia. Tengok badan, muka, sihat saja dan dia rajin bekerja. Takkanlah..."

"Okey, saya pasti mereka adalah orang yang sama," ujar Haena yakin. "Pulang nanti awak cubalah tanya dia. Kalau benar dia anak kepada Tuan Jeon, sudah tentu rumor tu salah. Awak kata dia sihat kan? Mana ada penagih dadah hidup sihat. Sedangkan artis atau mana-mana orang ternama pun boleh jadi kurus kering tubuhnya jika sudah lama menagih dadah dalam diam. Simptom-simptom itu tetap nampak,"

Chaewon tak mampu berkata-kata lagi. Keliru. Jungkook dikatakan seorang penagih dadah?








#abaikantypo

Sambung di next chapter pada hari esok inshaa allah.

[30 Oct 2020 : 6.00 pm]

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now