"Yahhh apa awak buat ni? Lepaskan!"

"Aaaarghhh!!" Chaewon terjerit langsung melepaskan pegangannya pada lengan Jungkook walhal dia sudah menarik lelaki itu bangun dari tidurnya.

Ddumm!!

"APPO!!!!" Jungkook mengerang sakit tatkala kepalanya berdentum ke dinding akibat lengannya dilepaskan oleh Chaewon secara tiba-tiba. Sudahlah katil single, disusun ralat ke dinding memang terhantuklah.

"Alamak," Chaewon menekup mulutnya sebelum kembali mendapatkan Jungkook. "Saya minta maaf!"

Belakang kepala Jungkook digosok-gosok dengan tangan. Tanpa sedar, jarak wajahnya begitu dekat dengan Jungkook. Tidak lama kemudian panahan mata mereka pun bertemu.

Masing-masing terdiam. Chaewon memerhati anak mata Jungkook yang berwarna hazel di sebalik rambut panjang yang menutup dahi lelaki itu.

"Saya tak sukalah rambut panjang awak ni halang muka awak," spontan Chaewon berkata.

Jari runcingnya menguak rambut depan Jungkook ke belakang langsung anak mata hazel itu terlihat sangat jelas. Tambah pula cahaya masuk dari tingkap membuat anak mata Jungkook bersinar terang.

"Cantik mata awak," puji Chaerin seraya menyelitkan rambut tepi Jungkook ke belakang telinga lelaki itu.

"Mama.."

Jungkook dan Chaewon terus berpaling.

"Heheh," kelihatan Chaerin sudah terjaga. Anak kecil itu tersengih-sengih melihat momen Jungkook dan Chaerin sebentar tadi.

"Eo dah bangun?" Soal Chaewon langsung merapati anak kecil itu. "Lama betul Chaerin tidur. Selesa ada orang tidur sekali dengan dia ya?" Chaewon memandang Jungkook sekilas. "Chaerin lapar tak? Nak susu?"

"Nak..."

"Hah alang-alang Chaerin dah bangun ni awak pergilah makan. Nanti awak main dengan dia ya? Saya nak siapkan project paper yang lecturer saya baru bagi semalam,"

"Setiap minggu ada je kerja. Tak silap nanti mahu tak kerja langsung aku," omel Jungkook perlahan namun didengari oleh Chaewon.

"Awak kan cuti lagi untuk hari ni. Esok awak kerjalah. Alang-alang awak cuti lebih baik saya selesaikan project paper tu hari ni juga,"

"Yalah.." Jungkook mengalah saja.








*****







Jungkook kembali bekerja seperti biasa. Namun lelaki itu menukar rutinnya dari balik sekitar pukul 6 petang menjadi pukul 10 malam. Waktu Chaerin sedang tidur baru Chaewon dengar lelaki itu pulang.

Pukul 10.30 malam, Chaewon pergi ke dapur kerana haus. Usai minum air, dia terdengar bunyi pintu rumah terbuka. Sebaik saja dia keluar dari dapur matanya tertancap ke arah Jungkook yang baru tiba.

"Lambat awak balik," tegur Chaewon.

Lelaki itu nampak seperti baru lepas bekerja kuat. Rambutnya yang terikat kemas menampakkan peluh yang merenik di dahi.

"Awak buat apa di luar?"

"Kerja," Jungkook berjalan ke biliknya. "Chaerin dah tidur?"

"Dah lama dia tidur. Tapi tadi dia tunggu awak,"

Tak jadi Jungkook mahu memulas tombol pintu. "Dia cari aku?"

"Hari ni dia asyik sebut pasal awak. Awak tahu kan Chaerin dah reti berjalan dan bercakap sikit. Bila petang dia selalu duduk bermain seorang diri di situ," Chaewon menunjuk ke tempat Chaerin selalu bermain di ruang tamu. "Bila dengar orang lalu-lalang depan rumah dia selalu berlari ke pintu sebab ingat awak balik,"

Sayu pula Jungkook dengar. "Aku kerja sampai malam sebab nak cari duit lebih. Bil elektrik dan air aku tak bayar lagi. Sorry,"

Chaewon menggeleng sambil tersenyum tipis. "Tak apa, saya faham. Saya cuma cerita tentang Chaerin,"

"Huwaaaa!!!"

Kedengaran Chaerin meraung dari dalam bilik.

"Alamak," sempat Chaewon menggaru kepala langsung masuk ke biliknya.

Chaewon lekas duduk di sisi Chaerin dan menepuk-nepuk tubuh anak kecil itu. Tak boleh tinggalkan si kecil itu tidur sendirian lama-lama, mulalah terjaga semula dan meraung.

Jungkook turut masuk ke dalam bilik tersebut.

"Pa..pa..." Chaerin menghulurkan kedua-dua tangannya.

"Rindu ke?" Soal Jungkook sambil tersengih. Dia mengangkat Chaerin ke atas ribanya lalu tubuh kecil itu didakap erat.

"Pa..pa.."

"Ya sayang," Jungkook membelai rambut Chaerin. "Sorry tak dapat main dengan Chaerin macam selalu," paha Chaerin ditepuk lembut.

Tangan Chaerin menyentuh kulit wajah Jungkook biarpun lelaki itu masih berpeluh. Chaewon hanya memerhati. Perasaan terharu hanya disimpan dalam hati pabila dia melihat cara Jungkook melayani anaknya. Terharu kerana lelaki itu melayan Chaerin seperti anaknya sendiri.

"Pa...pa..." sayu saja suara Chaerin memanggil Jungkook.

"Ya, papa dah ada ni kan? Tak mahu sedih-sedih eung?"

'Papa?' Tanpa sedar, air mata Chaewon mengalir di pipi.






#abaikantypo

[29.10.2020 : 9.30 am]

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now