Beberapa minit menunggu, barulah Jungkook kembali dan meletakkan sesuatu di dalam bonet teksi sebelum masuk ke tempat pemandu belakang bersama Chaewon.

"Murah hati betul," gumam Chaewon.







*****







"B-Bangunan Jeon Holdings?" Wajah Jungkook mula pucat.

Ada orang menghubungi Jungkook untuk memerlukan khidmat lelaki itu mencuci bangunan sebuah syarikat. Mendengar saja nama syarikat itu, Jungkook mula berasa tak sedap hati.

"Ya, bangunan syarikat Jeon Holdings. Saya akan mesej awak untuk beri alamat,"

"Okey,"

Panggilan pun terputus. Tidak lama itu Jungkook mendapat satu mesej. Ianya alamat di mana bangunan syarikat Jeon Holdings terletak.

Jungkook mengetap rahangnya tatkala merenung alamat itu.

Itu alamat syarikat ayahnya.







*****







"Dengar ni, walaupun kamu hanya sebagai presiden, tanggungjawab kamu tetap besar," ujar Tuan Jeon kepada anak sulungnya, Jeon Junghyun. "Hampir dua tahun kamu pegang jawatan ini, baru sekarang appa tengok kamu ada banyak masalah. Sepatutnya kamu lebih komited, lebih cekap,"

Jungkook ralit mencuci tingkap bangunan itu. Rambut panjangnya dibiarkan serabai. Mask hitam elok tersemat menutupi separuh wajahnya. Nak elak corona satu, nak elak dirinya dikenali satu.

Cuci punya cuci, Jungkook sampai ke tingkap yang terdapat pada bilik CEO. Kelihatan dua orang lelaki sedang bercakap di dalam bilik itu. Seorang nampak seperti sudah separuh abad usianya, seorang lagi seperti lewat 20-an.

Bukannya Jungkook tak tahu itu siapa. Namun dia endahkan saja.

Junghyun memandang sekilas ke arah lelaki yang sedang mencuci tingkap tanpa memandang mereka. Ralit betul si pencuci bangunan itu membuat kerja.

"Appa, I always try my best to be a good president. Bukannya masalah ekonomi dalam syarikat kita berpunca dari Junghyun. Orang yang bertanggungjawab menguruskan bahagian kewangan yang buat silap,"

"Ia, tapi kamu tetap kena cakna. Bila mesyuarat kamu banyak tak datang, kerja kamu dah banyak dilepaskan kepada PA kamu. Apa masalah kamu di luar sehingga kamu tak lagi banyak fokus kepada kerja dan syarikat?"

Junghyun menguak rambut ke belakang. Tanpa mereka sedar, Jungkook curi-curi memerhatikan mereka.

'Mereka nampak seperti ada masalah,' kata Jungkook dalam hati.

Spontan mulutnya berdecit halus. Melihatkan wajah appanya yang nampak bengang kerana si anak, Jungkook tahu pasti abangnya telah membuat sesuatu kesalahan.

Dia tak mahu ambil tahu. Tuan Jeon sudahpun memutuskan pertaliannya dengan keluarga itu hanya kerana mahu Junghyun menjadi presiden syarikat Jeon Holdings.

"Perlukah appa buang Kook hanya disebabkan perkara ini? Hanya sebab nakkan hyung jadi presiden syarikat appa, appa rela buang Kook supaya Kook tak terpilih untuk memegang jawatan tu?"

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now