Ahjumma Ryu turut memandang pelik ke arah mereka yang mula cemas memujuk bayi bernama Han Chaerin itu namun tangisan anak kecil itu tiada tanda mahu berhenti.

"Aku syak budak ni tak nak berpisah dengan ibu dialah. Ibu dia ada lagi dekat sini tahu?" Ujar si adik.

Serba salah dia mahu biarkan kakaknya mengambil anak yang masih belum kehilanagan ibunya.

"Ibu dia pun tak tahu lagi masih selamat ke tak. Lebih baik aku ambil awal sebelum mak cik tadi merangkak cari ibu angkat untuk budak ni nanti" balas si kakak pula.

Si adik pun mengalah. Cepat- cepat mereka pergi dari situ sebelum lebih ramai tertumpu kepada mereka.






*****






Saja aku berikan namanya Han Chaerin. Aku harap Chaewon akan berjumpa semula dengan anaknya pada masa yang sesuai. Tapi aku tak sangka pula mereka hanya terpisah selama tiga bulan saja.

Melihatkan Chaewon masih mampu menjaga anak itu walaupun susah, aku tak pernah menghalang mahupun menyuruh dia agar serahkan anak itu kepada orang lain. Aku rasa aku tak ada hak lagi nak memisahkan mereka buat kali kedua.

Jadi, hanya dua perkara saja yang aku harapkan. Berharap agar kehidupan Chaewon dan anaknya menjadi lebih baik. Aku juga berharap agar lelaki yang menjadi punca penderitaan hidup Chaewon akan datang berlutut meminta ampun dengannya.

Chaewon menoleh ke arah Chaerin yang sudah menerak dari pembaringannya. Anak matanya sudah bergetar memandang anak kecil itu dengan lidah yang kelu tak boleh bercakap.

Han Chaerin ialah anak kandungnya?

Diari Ahjumma Ryu diletak semula ke dalam kotak tersebut. Perlahan-lahan, dia bangkit sebelum merapati anaknya. Tubuh kecil itu diangkat seraya bibir Chaewon mengoyakkan senyuman.

"A-awak memang anak mama...." Laju anak kecil itu didukung erat langsung air matanya jatuh.

Patutlah selama ini dia amat menyayangi anak itu sejak kali pertama dia menjumpai Han Chaerin. Dia berfikir, mungkin perasaan ini disebabkan dia terlalu rindukan anaknya yang dikatakan telah meninggal dunia walhal Han Chaerin darah dagingnya.

"Ahjumma... Dah tipu Chaewon..." Tiba-tiba Chaewon melirih kesal.

Sungguh dia tak perasaan apa-apa yang curiga mengenai Ahjumma Ryu. Pandai sungguh wanita itu membuat helah sehingga apa yang disembunyikannya selama ini tertutup dengan sempurna.

"Patutlah awak langsung tak nak dijaga oleh ahjumma. Awak marahkan dia jadi punca kita berpisah eung?" Belakang Chaerin diusap lembut.

Chaewon mengangkat tubuh Chaerin agar menghadapnya.

"Anak mama..." Chaewon tersengih lebar langsung anak kecil itu turut menguntum senyuman.

Pipi tembam Chaerin dikucup berkali-kali membuatkan anak kecil itu tertawa geli.







*****







Chaewon membuka peti sejuk. Serentak dengan itu, mulutnya ternganga luas. Kosong. Tak ada satupun makanan mahupun sayuran di dalam peti.

"Sibuk sangat sampai tak beli barang dapur," omel Chaewon perlahan.

Bahagian beku pula Chaewon bukan. Hanya ais batu saja yang ada. Chaewom melepaskan keluhan.

"Aigoo.. Nak masak apa ni," Chaewon menggaru kepalanya.

Sudah seminggu dia tinggal di rumah lelaki yang hanya tahu namanya saja. Dia tidak memasak langsung di rumah itu kerana bekalan makanannya sendiri masih ada.

Sekarang dia sendiri tak tahu nak makan apa, barulah dia menjenguk ke dapur lelaki itu. Lauk pula tiada.

Chaewon pergi ke kabinet dapur. Salah satu pintu dibuka menampakkan sebuah tong besar berisi beras yang berbaki sesuku.

"Beras ada lagi. Bolehlah buat nasi goreng je,"

Chaewon menyelongkar lagi apa yang ada di dapur itu. Minyak masak, bahan-bahan lain masih ada.

"Fuhhh nasib baik ada juga benda aku boleh masak," Chaewon bercakap sendirian sebelum lengan bajunya disingsing ke siku.









*****









"UWEKKKK!!!"

"Ah sudah, dia dah bangun," Chaewon mulalah gelabah pabila mendengar anaknya meraung dari dalam bilik sehingga terdengar ke dapur.

Chaewon mengacau-ngacau nasi goreng di dalam kuali sebelum api ditutup. Dia lekas membasuh tangan sebelum mengatur langkah ke bilik.

Tengok-tengok pintu biliknya sudah terbuka luas. Tangisan Chaerin tidak lagi kedengaran.

"Eo? Bukan aku dah tutup pintu tu rapat-rapatkah?" Gumam Chaewon lalu menapak masuk.

Terasa badan telah direnjat elektrik selepas itu. Chaewon terpaku pabila melihat susuk tubuh Jungkook sedang mendukung Chaerin. Bayi itu tidak lagi menangis malah elok saja melentokkan kepala di atas bahu lelaki itu.

"B-bila masa awak balik?" Tanya Chaewon langsung Jungkook berpaling.

"Hmm... Dalam beberapa minit lalu?" Jawab Jungkook.

"Oh..." Chaewon hanya meng'oh'kan saja.

"Pergilah settlekan hal di dapur. Aku jaga budak ni,"

"Eh tak apa tak payah," laju Chaewon membalas. "Saya dah siap masak nasi goreng. Kalau awak nak makan pergilah, tinggalkan untuk saya sikit,"

"Tak nak, aku dah makan di luar," selamba saja Jungkook berjalan melintasi gadis itu bersama Chaerin dalam dukungannya.

Chaewon terdiam seketika sebelum dia menyedari lelaki itu telah membawa anaknya keluar dari bilik tersebut.

"YAHHHHH ANAK SAYA AWAK NAK BAWA PERGI MANA!!!!!!"









#abaikantypo

Macam ni panjang rambut Jeykey

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Macam ni panjang rambut Jeykey... Ni gambar edit ya.

[26 Oct 2020 : 10.55 am]

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now