"Kasihan awak. Mesti awak jadi begini sebab terlalu dahagakan perhatian dan kasih sayang ibu bapa awak kan?" Gumamnya.

Chaewon membiarkan jari telunjuknya digenggam kemas oleh Chaerin. Sesekali anak kecilnya itu cuba menyumbat jari Chaerin ke dalam mulutnya.

Tak semena-mena, Chaewon teringatkan anak yang pernah dikandungnya dulu. Kata ahjumma, dia mengalami kemalang semasa perut sudah memboyot. Tunggu masa dia nak bersalin namun sayangnya, anak itu tidak dapat diselamatkan.

Pendarahan yang teruk membuatkan kandungannya lemas dalam perut. Dia pula tidak sedarkan diri ketika itu. Tambah pula dengan amnesia kesan daripada kemalangan tersebut. Setiap kali dia teringat, setiap kali itulah dia berasa sebak.

Jiwanya terseksa mahu melihat bagaimana rupa anaknya. Pasti sudah cukup sifat jasad dan fizikalnya.

"Mama tetap rindu anak mama walaupun mama tak pernah lihat apatah lagi memegang kamu," lirih Chaewon dengan mata yang berkaca.






*****





"UWEEKKK!!!"

"Sabar sayang..." ujar Chaewon.

Terkocoh-kocoh dia mengemas barangnya di atas meja belajar. Dia baru saja selesai belajar secara dalam talian bersama pensyarahnya.

Duit tambang bas dan duit poket sudah dikorbankan untuk keperluan Chaerin jadi Chaewon tak mampu untuk membelanjakan duitnya ke kampus.

Semua pensyarah yang mengajarnya sudah tahu dia kini hanya seorang gadis yang menumpang hidup orang susah. Tak pelik jika gadis itu kekurangan wang mahu belajar seperti orang lain.

Chaewon mendekati Chaerin yang terlantar di atas katilnya. Tubuh anak kecil itu ditepuk-tepuk namun tangisannya masih belum berhenti. Tahulah dia bahawa Chaerin sudah kelaparan.

"Sekejap ya, mama buatkan susu," Chaewon bangkit menuju ke kabinet kecil khas untuk keperluan pakaian dan susu Chaerin.

Tangannya pantas menyediakan apa yang patut sementara tangisan Chaerin belum reda. Kemudian, dia kembali duduk di sisi Chaerin sebelum menyumbat puting susu je dalam mulut anak kecil itu.

Diam. Hanya air mata saja yang masih berjuraian.

"Maaf, mama baru habis kelas sayang," ujar Chaewon lembut. Bukan sengaja dia biarkan Chaerin menangis lama.

Anak mata hazel Chaerin merenung tepat ke wajah Chaewon. Tangan Chaewon yang sedang memegang botol susu disentuh dengan tangan kecilnya.

"Cantik betul mata kamu," puji Chaewon.

Pasti ibu bapanya ada yang beriris hazel sehingga genetiknya diturunkan kepada Chaerin.

"Mama dulu suka sangat pakai contact lens warna hazel. Dalam banyak-banyak warna, warna hazellah yang paling sesuai dengan mama," spontan Chaewon bercerita kisah lamanya.

Memori mengenai waktu sebelum dia dibuang keluarga, dia masih ingat. Bagaimana cara hidupnya sebagai anak orang kaya, duit dan barangan mahal ibarat petik jari saja. Terlalu mewah.

Tahu-tahu saja, sekarang dia hidup melarat bersama seorang wanita separuh abad yang hidup miskin.

Wajah comel Chaerin kembali ditenung. Baru dia perasan, botol susu Chaerin sudah kosong namun anak kecil itu masih menghisap puting tersebut.

"Tak cukup lagikah?" Soal Chaewon. Dia menarik botol itu seraya meletakkannya di kaki katil.

Tubuh Chaerin diangkat lalu dia menepuk-nepuk belakang bayi itu sehingga Chaerin mengeluarkan sendawa halus.

Kemudian, Chaewon mengangkat Chaerin menghadapnya.

"Dua minggu lagi mama nak exam. Chaerin duduk diam-diam dengan ahjumma ya. Jangan cengeng-cengeng eung? Jadi budak baik,"

Pipi gebu Chaerin dikucup lembut. Walaupun anak kecil itu sedang dibesarkan oleh seorang gadis yang masih tak tentu masa depannya, Chaewon akan memastikan kebajikan Chaerin tetap terjaga seperti orang lain.

"Mama rasa, mama patut ambil diploma saja buat masa ini. Ada lagi setahun beberapa bulan sebelum mama akan graduate. Doakan mama murah rezeki ya? Mama nak cari duit lebih. Nak dapatkan kerja yang layak dengan diploma mama untuk sara awak,"

Chaewon tahu dia takkan dapat belajar lebih tinggi lagi. Ambil diploma saja sudah membuatkan Ahjumma Ryu bermati-matian bekerja demi menampung wang pengajiannya. Cukuplah sekali dia merasa menyambung pelajaran di menara gading.

Tamat saja diploma nanti, dia akan terus bekerja.






#abaikantypo

Maaf bosan, lambat lagi hero nak masuk dalam cerita ni. Satu lagi chapter mint fokuskan kepada Chaewon dulu sebelum Jungkook kesayangan korang masuk❤

[25 Oct 2020 : 4.35 pm]

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now