CYT 4

112 11 0
                                    

" Sayang tengok apa ? "

" She looks so happy, right ? but dying inside , she's hurt. Acts like everything's perfect but hm . Aku tak tahu la macam mana nak cakap lagi ." Sebagai sahabat baik , dia cuba menjadi penyokong gadis itu . Tapi dia tak sanggup melihat gadis itu menanggung sakit seorang diri . Dia tahu sejak kebelakang ini gadis itu banyak pendam dan banyak berahsia dengan dia .

" Dia bagi orang tengok dia yang dia takde masalah . Tapi orang yang dekat ni ? tahu dia tanggung sakit tu macam mana ." tutur Erman dengan mengeluh .

Halyn yang berseorang diri di tepi kolam rumah Erman termenung seorang diri . Yaya bergerak menuju kearah Halyn untuk menegur kawannya itu diikuti Erman .

" Buatpe ni sorang-sorang?" sapa yaya.

" Takde buatpe pun . Oh ya nak pergi café pukul berapa ni ? dah tak sabar nak jenguk café aku tu ."

" Tak payah pergi lah . Aku takde mood . Kita lepak rumah Erman je la eh "

" Ish kau ni . Tadi beria sangat suruh aku jenguk café tu . Konon anak buah rindu boss . Last-last kau pula yang taknak pergi . Haa kau badmood sebab apa ni ? . Erman kau buatpe dekat yaya ni haa. " Dia akui dia seronak berkawan dengan Yaya dan Erman. Walaupun dulu mereka berdua hanya pekerja dia . Dia selesa berkawan dengan Yaya dan Erman sebab mereka berdua selalu ada disaat dia bersedih dan selalu memahami keadaan dia .

" Ish manada aku buat apa dekat kesayangan aku "

" Aku badmood bukan sebab Erman tapi sebab kau " kata Yaya.

" Eh asal aku pula " balas Halyn .

" Kau antara orang yang paling terkuat aku pernah jumpa . Berpura bahagia depan orang sedangkan dalam hati derita . Bijak kau kan sembunyi semua ni untuk jaga perasaan orang yang langsung tak jaga perasaan kau " ujar Yaya.

" Apa maksud kau ni Yaya ? " soal Halyn dengan bingung . Dia tak faham dengan apa maksud yang dikata Yaya itu .

" Sejak kebelakangan ni aku tahu kau banyak rahsia daripada aku . Kejadian tadi pun kau tak cerita lagi dekat kitaorang . Kau buat kitaorang risau tahu tak ."

" Nak risau apa . Tak ada apa-apa la . Aku tak ada rahsia apa-apa pun dari korang berdua la . Yang pasal tadi tu hm . Biarlah . Abaikan je "

" Apa kau cakap ? Abaikan ? kau nak biar family kau benci kau ? kau tak nak tegakkan keadilan kau ? kau tahu tak dengan cara kau macam ni la buat orang pijak kepala kau tahu tak . Cuba kau pergi berbincang dengan dorang elok-elok . Tanya dorang . Bukan biarkan dorang buat kau macam ni . Kau anak kandung dorang tahu tak . Lain la kau ni anak angkat ."

" Yaya! Apa ni cakap macam tu dekat Halyn . Tak baik lah ." kata Erman. Dia tidak bersetuju dengan ayat terakhir Yaya. Halyn dalam keadaan kepala menunduk diperhatikan .

" Aku tak kuat Yaya . Sumpah aku dah tak kuat . Kalau lah papa tak halang mama tadi , mesti mama dah bagitahu semuanya . "

" Aku tak nak kau macamni Halyn . Aku tak nak kau lemah macamni . Kalau kau lemah macamni sampai bila kau pun kau takkan dapat tahu kenapa dorang buat kau macamni . Kau kena kuat hadap semua ni. Kau nak jadi perempuan kuat , kau kena berani tempuh segala ujian yang datang . Aku dan Erman akan tolong kau ok . " Tutur Yaya sambil mengusap belakang badan Halyn.

" Yang pasal tadi tu aku minta maaf . Aku geram dengar jawapan dari kau . Dan lagi satu , jangan suka pendam . Just tell the truth . Sakit nanti . " Halyn hanya mengangguk mendengar nasihat dari kawannya itu . Erman yang dari tadi memerhati buah hati dan sahabat baiknya hanya mendiamkan diri .

' Tuhan, terima kasih telah menemukan orang yang memahami dan mendengar setiap hal yang tak bisa aku tanggung seorang diri ' monolog Halyn dalam hati .

Halyn yang baru sahaja mahu menutup pintu rumah ditegur oleh seseorang.

" Kau pergi mana ?" soal lelaki itu.

" Keluar " Halyn memeluk tubuh memandang kosong lelaki dihadapannya itu.

" Pergi mana ?"

" Keluarlah " jawab Halyn dengan acuh tak acuh .

" Aku tahu lah kau keluar bodoh tapi pergi mana ?!. "

Halyn hanya mendiamkan diri setelah mendengar perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu.

" Aku tanya ni kan. Kau memang tak ada mulut ke apa!"

" Lepak rumah member ."

" Siapa member kau ?" soal Aydeen . Bosan dia melihat gadis dihadapan dia . Bila disoal, diam .

" Yaya dengan Erman ."

" Lepasni tak payah keluar dengan dorang . Lepasni nak keluar dari rumah ni minta izin aku . Kalau aku tak benarkan , jangan keluar sesama sekali. " tutur Aydeen.

" No . No way . Takkan kau nak biarkan aku berkurung dalam rumah ni . Aku pun kerja lah ."

" Kau sedar tak depan kau ni siapa ? Mak bapak kau tak ajar kau ke suruh ikut arahan suami hm ? and aku rasa kau juga yang pilih aku sebagai suami kau kan ? why not kau ikut je kata suami kau ni ."

" Mak bapak yang kau mention tu mama dan papa aku tau ! Macam ni ke mak ayah kau didik kau hormat orang haa . Mak ayah alim tapi anak macam haram ! "

" Kurang ajar kau kan.." Tangan yang dinaik hampir menampar pipi gebu Halyn tapi ditahan. Dia bukan lelaki dayus lagi mahu memukul seorang perempuan . Sabar dia sekarang masih ditahan .

" Kenapa berhenti ? tampar la . Tampar . Tadi nak sangat tampar aku kan . Kalau kau tak mention mak bapak aku dulu. Aku takkan mention mak bapak kau lah !!." Marah Halyn dengan nada tinggi .

" Aydeen! Halyn!  Kenapa gaduh ni? " Mungkin bunyi bising dari pergaduhan kami menyebabkan abah turun kebawah.

" Aku takkan kurang ajar kalau kau tak mula dulu . Kalau kau treat aku macam sampah, I will show you what is the sampah sebenar " tutur Halyn lalu membawa langkah naik keatas .

" Kenapa ni abang ? sampai nak naik tangan tu " soal Encik Lee .

" Abang tak boleh bah . Abang tak boleh terima perkahwinan ni . Abang benci tengok dia. " luah Aydeen .

" Allah . Jangan la sampai benci tu . Abah tahu kamu tak boleh lagi nak menerima perkahwinan ni tapi jangan la bergaduh sampai naik tangan semua tu . Abah tak pernah ajar anak-anak abah kurang ajar dengan orang lain ."

" Dia tu bah..."

" Dia apa ? abah dengar dari mulut Halyn tadi Abang yang mula dulu . Dari awal abah dah dengar. Cuba lah dengar nasihat abah ni . Belajar terima kenyataan . Allah dah atur semua penjalanan hidup abang . Bagaimanapun abang kena terima juga ujian yang Allah bagi dekat abang. Sabar. Allah is preparing something better for you . Terima dia dengan perlahan . Didik dia menjadi isteri solehah ." Belakang badan Aydeen ditepuk perlahan lalu melangkah naik keatas. Aydeen hanya mendiamkan diri .

Fikiran Aydeen melayang mengenangkan bekas tunangnya.  Kenapa semudah ini berlaku?  terlalu cepat sehingga dia sendiri tak boleh terima.

Dia kena berjumpa juga dengan Aura. Dia nak cerita perkara sebenar berlaku. Dia tak nak Aura salah faham terhadapnya.

Telefon diatas meja solek diambil. Satu mesej ringkas dihantar kepada Aura. Dia memusingkan kepala ke kiri dan kanan seperti mencari seseorang. Mungkin perempuan itu tidur di bilik lain kerana dia masuk ke bilik ini semalam perempuan tu langsung tak ada. Makan pagi tadi pun tak ada.

' Kau nak kesah pasal dia kenapa ' monolog Aydeen dalam hati. Kunci kereta diambil. Dia mahu keluar menenangkan hati sebelum berjumpa dengan Aura petang nanti.

OG | CINTA YANG TERBIARWhere stories live. Discover now