CTY 6

178 9 4
                                    

" Aydeen, bangun makan bubur . Ibu dah siap masak " Bubur diletakkan  atas meja. Betis anaknya ditepuk .

" Halyn , tolong suapkan bubur untuk Aydeen eh " bubur diatas meja diberikan kepada Halyn.

" Tak nak  . Nak ibu suapkan "

" Ish dia ni . Dah besar ada isteri pun nak manja dengan ibu lagi . Halyn , kalau Halyn nak tahu . Aydeen ni kalau dia sakit mesti dia manja kadang manja dia tu tak bertempat " ujar Cik Raiziya. Halyn hanya tersenyum . Dia terasa cemburu melihat ibu dan anak itu . Dia juga ingin merasa moment seperti itu . Dimanjakan .

" Apa ibu ni . Jangan lah bagitahu dia "

" Ibu bagitahu apa yang betul pasal diri kamu tu . Dah nak ada anak pun masih manja dengan ibu " Sekali lagi Halyn mendengar perkataan anak dari mulut ibu mertuanya itu .

" Nanti bila Aydeen dah larat sikit . Pergi klinik dengan Halyn . " arah Puan Raiziya  .

" Aydeen dah ok la buat apa nak pergi klinik " tutur Aydeen dengan malas . Kalau disuruh pergi seorang tak apa la juga ini disuruh pergi dengan perempuan itu . Itu yang dia malas .

" Kamu tu bila suruh pergi klinik je tak nak  . Ibu suruh pergi dengan Halyn supaya kamu tu tak lari  . Nanti kamu pergi berdua harap balik nanti dapat lah ibu dengar berita gembira ." tutur ibu mertuanya itu . Dia pun berharap dia akan gembira kalau dapat mendengar berita gembira itu .

Langkah dituju ke arah pintu klinik dengan malas . Aydeen menarik hujung baju Halyn sebelum memasuki klinik . Halyn hanya memberi pandangan ' apa ' .

" Kau masuklah . Aku tak nak masuk . Aku tunggu dalam kereta je. " tutur Aydeen .

" Aik . Siapa yang sakit sekarang ni  ? awak ke saya. "

" Pergi je la check apa yang patut pasal diri kau tu . Aku tunggu dalam kereta . Dah blah.  " Bahu Halyn ditolak perlahan tanda menyuruh perempuan itu masuk.

Kerusi hujung diduduknya Halyn . Hari ini ramai juga yang datang klinik . Mungkin akan mengambil masa yang lama .

Setengah jam menunggu , akhirnya nama Halyn dipanggil  . Setelah di tanya apa masalah . Halyn menceritakan simptom yang dihadapi suaminya  . Apa yang ditanyakan doktor, dijawabnya  .

" Tahniah  . Awak bakal jadi ibu  . Sudah 2 minggu " ucap doktor yang bernama Amirah  . Halyn hanya tersenyum . Betul apa yang dikatakan ibu mertuanya itu .

" Buat masa sekarang, jangan buat kerja berat  . Kandungan masih baru . Jaga baik-baik . "

" Terima kasih doktor ". Lepas bersalam dengan doktor. Halyn keluar dari bilik itu. Dia nak bagitahu dekat Yaya dengan Erman berita gembira ini . Tak sabarnya .

Pintu kereta Aydeen dibuka  . Baru mahu duduk Halyn disergah dengan soalan.

" So macam mana  ? "

" Macam mana apa  ?"

" Ish kau ni . Doktor cakap apa  ?"

" Doktor cakap ok je sihat walafiat . Awak tu pergi check tak nak . Nanti nak jawab apa dengan ibu " Dia terpaksa menipu. Dia tak nak bagitahu lagi pasal kandungan ini . Dia tak nak dia je yang beria pasal anak ini  .

Dia tahu yang Aydeen masih belum terima untuk menjadi seorang ayah . Tengok la masa dekat ruang tamu tadi . Bila ibu cakap pasal anak, lelaki itu tak buat tak tahu .

" Pasal ibu tu aku tahu la nak jawab apa . Nanti ibu tanya kau , kau cakap la kau dengan aku sihat tak ada apa-apa ." arah Aydeen.

" Hm ok "

Keadaan kembali sunyi  . Dia ingat dia nak pergi cafe . Nak jumpa dengan Yaya dan Erman . Dia takut Aydeen tak benarkan . Tapi tak apa dia akan cuba minta izin dengan lelaki itu .

" Awak "

" Apa "

" Boleh tak hantar saya pergi cafe ? saya nak jenguk cafe saya " Permintaan Halyn tergantung sepi . Halyn memusingkan wajah ke arah luar tingkap  . Mesti Aydeen tak bagi dia keluar .

" Tunjuk jalan dekat aku mana cafe kau " arah Aydeen.

" Yeay terima kasih awak " tangan Aydeen dipegang tanda dia gembira dengan jawapan lelaki itu .

" Tangan tu boleh tak jangan pegang aku sesuka hati kau. "

" Ok ok sorry. "

Parking yang bertanda ' Pengurus Hlyn Cafe ' diparkingkan kereta  . Halyn cepat-cepat mahu keluar dari kereta . Tak sabarnya nak jumpa dorang .

" Amboi kau mentang-mentang aku bagi pergi laju kau eh keluar " Halyn hanya tersengih  .

" Nanti balik pepandai kau lah balik sendiri . Aku malas nak ambil ." Halyn hanya membuat tangan berbentuk ' ok ' . Kaki cepat-cepat membawa langkah ke arah cafe itu. Bahagian belakang dituju .

" Yaya! Erman!  " jerit Halyn dengan ceria.

" Halyn!  " panggil Erman dan Yaya serentak .

" Cop . cop  . Kau datang dengan siapa ni  ? suami kau izinkan kau tak datang sini  ? kan ada karang singa datang bomkan cafe ni " Halyn tergelak mendengar.

" Aku datang dengan dia la ni. Dia izinkan "

" Baik pula dia izinkan " Halyn hanya tersenyum.

" Aku ada berita gembira untuk korang berdua !  "

" Apa yang gembiranya itu ? " Soal Erman. Jarang dia boleh dengar berita gembira dari kawannya itu.

" Korang bakal jadi makcik dan pakcik! "

" Apa yang makcik pakciknya Halyn  ? kau ingat kitaorang ni tua dah ke " tangan Halyn dipukul perlahan  .

" Ish korang ni slow la . Aku mengandung. " tutur Halyn.

" Apa ? Mengandung  ? "

" Omaigod Halyn . Tahniah sayang. " Halyn dipeluk Yaya . Dia turut gembira mendengar berita itu  .

" So suami kau, keluarga kau dan mertua kau tu dah tahu ke pasal ni  ?" soal Yaya .

" Tak "

" Kenapa tak bagitahu? "

" Aku pun baru tahu tadi masa pergi klinik . Aku ingat aku nak rahsiakan dulu pasal kandungan ni ." Dia belum rasa mahu menyampaikan berita ini dekat mereka lagi. Dia takut akan penerimaan mereka terhadap anaknya itu .

" Sampai bila Halyn ? lambat laun dorang akan tahu juga " kata Erman.

" Nanti bila waktu itu akan tiba . Aku just takut nak tengok penerimaan mereka "

" Kalau itu yang kau mahu . Ikut kau lah " kata Erman. Yaya hanya mengangguk kepala sahaja.

" Nanti korang berdua hantar aku balik ok!  "

" Ok!  "

" Jom buli boss! "

Pintu rumah ditutup Aydeen . Ibunya yang berada di dapur ditujunya .

" So macam mana?  "

" Ok je . Sihat walafiat doktor kata . Kan Aydeen dah cakap dekat ibu yang Aydeen sihat . Doktor pun cakap macamtu dekat Halyn " jawab Aydeen.  Gelas kosong diambil lalu pintu peti sejuk dibuka .

" Betul ke ni ? Ibu tak percayalah . Ke korang ada rahsia apa-apa dari ibu?  " soal Cik Raiziya.

" Ya ibu. Aydeen tak ada rahsia apa-apa dari ibu "

" Halyn mana  ?"

" Cafe " jawab Aydeen lalu membawa langkah keluar dari dapur itu tapi sebelum itu dia mahu memberitahu keinginan dia dekat ibu dia.

" Ibu . Tolong masakkan tomyam . Aydeen rasa nak makan tomyam ." arah Aydeen lalu berlalu pergi meninggalkan ruang dapur itu. Bilik dituju.

Cik Raiziya yang berada didapur berfikir sejenak.

" Pelik . Takkan tak ada apa - apa " tutur Cik Raiziya sendiri. Lampu dikepala bernyala  . Cik Raiziya tersenyum dengan rancangannya.

OG | CINTA YANG TERBIARDär berättelser lever. Upptäck nu