CYT 2

166 13 0
                                    

" Assalamualaikum "

" Waalaikumsalam. Eh ammar " Tersenyum Cik Hasmah tengok bakal calon menantu datang. Itu pun kalau jadi la menantu . Dah lama juga dia berkenan dengan budak ni untuk dijadikan menantu.

" Aura ada ma? " tanya ammar. Dia datang ke sini untuk tengok keadaan Aura. Dia pasti Aura mesti susah untuk lupakan Aydeen. Peluang untuk dia menjadi pengganti Aydeen pun luas.

" Dia ada dekat atas. Ammar tolong mama ya pujuk Aura. Kesian mama tengok dia tak makan dari semalam. Asyik berkurung je ". Kesian dia tengok anaknya yang sorang tu. Dari semalam dia pujuk anaknya itu tetapi tak berhasil.

" Teruk sangat ke ma? tak reda lagi ke lepas ammar hantar dia semalam? " tanya ammar.

" Teruk juga la sampai mata tu sembap teruk dah. Mama sedih tengok dia macam tu " kata cik hasmah dengan sayu.

" Kalau gitu ammar naik dulu ya "

" Aura "

"Aura "

Dah kali ke berapa ammar mengetuk pintu bilik aura tapi tidak dibuka dari dalam. Penat dengan mengetuk pintu bilik, ammar memulas tombol pintu bilik itu. Tak berkunci! Dia ingat Aura sedang tidur rupanya Aura sedang jauh termenung memandang satu gambar ditangannya.

' Aku ketuk pintu kuat tak dengar ke? ' monolog ammar dalam hati.

" Aura "

" Aurahelen "

Masih tidak menyahut.

" Nureen Aurahelena binti Ahmad Nukail! " Jerit Ammar. Masih tidak lagi menyahut . Ammar bergerak ke arah Aura yang dari tadi termenung melihat satu gambar.

" Aku dah agak dah " kata ammar dengan perlahan. Pedih! sakit hati dia tengok Aura macam ni dah serupa mayat hidup. Serabai. Lagi sakit hati dia tengok Aura termenung memandang gambar dia dengan Aydeen bersama ketika hari pertunangan mereka berdua.

Ammar merampas gambar itu dengan geram dari tapak tangan Aura. Aura terkejut.

" Apa ni ammar? bagi balik!" minta Aura. Tidak puas lagi dia tengok gambar tu. Sudah lupakah lelaki itu pada dirinya? Bahagiakah lelaki itu sekarang bersama adiknya?

" Mana lagi barang ammar bagi dekat kau? " tanya ammar dengan nada sedikit tinggi.

" Kau nak buat apa! "

" Aku nak buang! " jawab ammar dengan geram.

" Engkau dah kenapa haa! Datang nak buang barang ammar bagi dekat aku! Tu je kenangan dia dengan aku yang ada! "

" Boleh tak kau terima kenyataan yang dia bukan milik kau Aura?! Dia sekarang dah jadi suami adik kau! Terimalah kenyataan Aura! ." Pujuk ammar . Air mata lelakinya hampir gugur melihat Aura yang mula ingin menangis.

" Kau tak faham ammar. Kau tak faham perasaan aku! Aku sayang dia Ammar! Kitaorang dah janji nak kahwin bulan depan! Tahu tahu dia dah kahwin dengan orang lain. Dengan adik aku tau! Adik aku sendiri! " teriak Aura. Kenapa semua orang tak faham perasaan dia. Bukan diorang yang kena terima sakit ni. Sakit bila orang yang tersayang kena kahwin dengan orang lain. Darah daging sendiri pula tu.

" Aku ni hati lembut sebab itu susah nak terima kenyataan lagi lagi bila aku sayang orang tu . "

" Aku pernah menangis , aku juga pernah disakiti , namun semua itu menjadikan aku lebih matang , lebih tidak membenci orang , lebih redha dengan pemergian manusia .

Aku percaya kau akan kuat merentasi cabaran hidup kau . aku akan sentiasa membimbing kau dari belakang .

Kau kena redha . Kau kena belajar pujuk hati untuk terima kenyataan yang dia bukan kau punya . Insyaallah Allah akan hilangkan perasaan kau dekat dia. Aku ada akan tolong kau " ujar Ammar.

" Selamat pagi " ucap Halyn sambil menayangkan gigi yang berbaris elok dipagar berwarna biru. Dia mengambil tempat kerusi di sebelah Aydeen di meja makan .

" Lewat bangun " kata Sara dengan sinis.

" Oh tadi ada masalah sikit tu yang lambat sikit " jawab Halyn. Aydeen memang sengaja tak kejutkan dia kerna dia bangun tadi Aydeen dah bersiap.

" Abang cuti sampai bila ? " tanya Encik Lee kepada Aydeen.

" Esok masuk la kerja "

" Abang tak apply cuti kahwin ke ? " tanya Encik lee dengan hairan. Anak dia ni buat perangai ke.

" Tak. Buat apa cuti lama-lama bukan ada apa apa pun " jawab Aydeen. Kalau la perkahwinan ni bukan karna terpaksa takpe la juga dia ambil cuti lama. Haih rindu pula dia dekat Aura. Bagaimana dengan gadis itu sekarang.
" Yela kahwin paksakan. Cuba kalau kahwin sebab suka sama suka mesti bahagia " Kata Sara dengan perlahan tetapi masih boleh didengari semua orang yang berasa si situ.

' haih baru sehari dah sakit hati .dear self , be patient okay . one day , you will get everything that you deserve .
' monolog Halyn dalam hati. Sejujurnya dia terasa hati dengan kata-kata Aydeen dan Sara.

Seusai siap membasuh tangan, Halyn cepat-cepat bergerak kehadapan. Harini dia kena pergi ambil barang dekat rumah dia. Macam mana dengan penerimaan keluarganya itu nanti.

" Halyn. Kau pergi sendiri la ambil barang kau. Aku ada hal. " kata Aydeen. Sebenarnya dia malas ikut perempuan ni tapi kadang dia rasa nak pergi sebab nak jumpa dengan Aura. Belum tentu Aura nak berjumpa dengan dia selepas kejadian haritu.

" Semalam cakap nak pergi sama-sama "

" Aku ada hal la " kata Aydeen dengan menipu . Bukan ada hal pun sebenarnya dia malas nak layan perempuan ni.

" Habistu saya nak pergi dengan apa? saya mana ada kereta ". Pernah dia ditawarkan oleh papanya untuk memilih kereta ataupun cafe sempena dia mendapat dekan semasa diploma dahulu, dia memilih cafe untuk mencapai cita-citanya sebagai chef.

Teringin juga dia mahu membeli kereta tapi dihalang oleh papa dan mamanya. Hidupnya dikongkong sampaikan duit cafe pun setiap bulan dipegang mamanya. Tapi bila Helen yang minta laju je keluarganya itu membelikan kereta untuk Helen. Selama ini dia menumpang tidakpun memandu sendiri kereta kembarnya itu.

" Pepandai kau la fikir sendiri cara macam mana nak ambil barang kau tu. Aku malas nak layan. Chaw. Bye " Selepas berkata Aydeen berlalu pergi meninggalkan Halyn disitu.

" Eee nyampahnya dengan laki macamni. Bukan reti nak tolong. Aduh macam mana ni. Minta tolong dengan yaya la " Halyn berlalu pergi naik ke atas untuk mengambil telefonnya.

" Ammar "

Tersenyum Ammar memandang gadis dihadapannya. Alangkah indahnya gadis itu menjadi miliknya. Dia takkan sia-siakannya.

" Haa kan bagus macamni. Dah wangi. Bersih. Cantik. Ini baru Nureen Aurahelen." puji Ammar.

" Mana ada la. Biasa je macam sebelum ni "

" Hek eleh dia ni. Dah jom turun bawah. " Ammar menghulurkan tangannya kepada Aura lalu Aura menyambut tangan Ammar.

" Ehem ehem. Cantik-cantik ni nak pergi mana anak mama ni? " tanya Cik Hasmah kepada anaknya itu.

" Ammar nak bawa Aura pergi keluar boleh tak ma? " tanya Ammar. Bukan senang dia mahu pujuk si Aura ni sudahlah dengan drama airmata tadi.

" Boleh Ammar. Nak ajak Aura kahwin pun boleh " jawab Cik Hasmah dengan gurau.

" Mama!" Aura menepuk perlahan tangan mamanya itu. Apa mama ni dia dahla baru lepas putus tunang ini nak dikahwinkan dengan Ammar pula.

" Mama gurau je sayang. Udah pergi la nak pergi. Ammar bawa anak mama baik baik tau "

" Baik mama "

Dia harap Aura dapat menerima ujian ni dengan tenang. Dia juga berharap Aura dapat move on dari Aydeen dengan secepatnya.

OG | CINTA YANG TERBIARWhere stories live. Discover now