10 💔

499 88 21
                                    

-The truth.

Setelah selesai makan malam tadi, Rhea membawa diri ke taman kecil untuk mengambil angin malam. Matanya mendongak ke atas. Tak ada bintang pula malam ini. Angin sejuk diluar tidak dapat menyejukkan hatinya juga.

Mindanya menerawang soal apa yang ibu mertuanya tanyakan tadi.

Soal anak..

Fuh. Kalaulah mama tahu yang anak lelaki dia sendiri yang menolak dia. Agak-agak terkejut tak mama kalau tahu ni?

"Kak Rhea? Buat apa sorang-sorang dekat luar ni?" Rhea tersenyum kecil. Tubuh adik iparnya sudah datang mendekat.

"Saja ambil angin malam. Hehe." Taerin hanya mendengar. Terasa kasihan pula melihat kakak iparnya ini.

Tiba-tiba sahaja tubuhnya pula dipeluk. Dah kenapa pula ni?

"Eh kenapa ni?" terasa bahunya lencun dengan air mata. Taerin menangis ke?

"Hey awak ni menangis pula kenapa?" redup mata Rhea memandang Taerin. Bahu gadis itu dipeluknya sekilas.

Matanya juga sedikit kemerahan.

"Hey, what's wrong? Gaduh lagi dengan Seonghwa?" pantas nama lelaki itu dipetiknya laju. Bukan dia tak tahu, adik iparnya ini sering menceritakan soal dia dan teman lelakinya itu.

Taerin menggeleng laju. Hatinya terbit rasa kasihan pada kakak iparnya ini. Jadi betullah apa yang dia dengar tadi, abangnya masih belum cerita soal traumanya itu.

"Akak."

"Em?"

"Akak tahu tak, abang Tae ada trauma."

"Ada sebab kenapa dia... dia mengelak soal itu dari akak." berkerut dahi Rhea mendengarnya. Trauma?

"Kalau akak nak tahu, abang Tae hampir dirogol dengan emm.." membulat mata Rhea mendengarnya. Taehyung hampir d-dirogol?

"S-siapa Rin? Jawab akak." Gadis itu menundukkan wajah. Serba salah dia mahu bicara soal itu.

"A-aunty Sol Ah..."

"What? M-maksud Rin aunty Sol Ah adik mama?"

Taerin mengangguk lemah. Hampir putus nafas Rhea dibuatnya. Jadi sebab ini ke Taehyung asyik menolaknya? Sebab trauma...

"Dulu, masa abang Tae sekolah menengah, dia pernah tinggal dengan aunty Sol Ah. Tak lama lebih kurang dua bulan lebih macam tu."

Rhea masih setia mendengar.

"Awalnya semua okey je tapi sampailah suatu masa, abang Tae memberontak tak nak tinggal dah dengan aunty Sol Ah. Bila mama tanya abang tak jawab. Dia cakap dia malu. Papa pun pelik dengan perangai abang macamtu. Jadi papa ugut abang supaya berterus terang."

"Dan ya, abang Tae akhirnya mengaku dekat mama dengan papa yang dia hampir dirogol, I mean disentuh tanpa rela oleh aunty Sol Ah. Sejak tu, mama buang aunty Sol Ah. Dan kami tak pernah jumpa aunty dah."

Rhea menggigit bibir bawah.

"Terima kasih bagitahu dekat akak pasal ni Rin. Terima kasih." Taerin tersenyum puas. Akhirnya semuanya sudah jelas.

Tae, maaf saya tak tahu...

                            

Terlebih words pulak. Hoho sudah tahu sebabnya kan 🙃

[C] Answer ; Taehyungحيث تعيش القصص. اكتشف الآن