9 💔

468 85 16
                                    

-I'm curious.

Suasana makan malam ini sedikit sepi kerana masing-masing sibuk menjamu selera. Sesekali Taerin mengerling abang dan kakak ipar dihadapannya. Nampak suram je muka tu. Gaduh ke?

"Tae, Rhea." Puan Kim memulakan bicara. Wajah si suaminya juga dipandang sebelum mereka bermain isyarat mata antara satu sama lain.

"Ya mama." jawab mereka berdua serentak.

"Bila mama dengan papa nak dapat cucu?" terus tersedak pasangan itu dibuatnya.

Tuan Kim dan Puan Kim saling berbalas pandangan. Sensitive sangat nampaknya ni.

Taerin menghulurkan segelas air putih buat abang dan kakak iparnya. Terkejut sangatlah tu sampai tersedak bagai.

"Okey tak?"

Rhea mengangguk manakala Taehyung menyapu kasar bibir miliknya menggunakan tisu lembut.

"Mama tanya macamtu pun dah tersedak ke?" sindir Puan Kim seraya menyuapkan sesudu nasi ke mulut.

Tuan Kim hanya menggeleng.

"Tak ada rezeki lagi lah mama." perlahan Taehyung bersuara. Sempat dia kerling Rhea disebelah. Gadis itu hanya menunduk. Pasti Rhea segan...

"Ya ke? Ke kamu masih tra-" tidak sempat Puan Kim mahu menyambung bicaranya apabila Taehyung sudah memandangnya dengan jangan bagitahu.

Rhea pula sudah memandang semua orang dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Apa tu?

"Tra apa mama?"

"Tak adalah Rhea. Mama silap cakap je tu. Abaikan." Tuan Kim pula bersuara. Sempat matanya memberi isyarat kepada si isteri supaya jangan bertanya lagi soal itu.

Taerin pula hanya menundukkan wajah. Nampaknya kakak iparnya masih belum tahu soal itu.

Lagilah Rhea bertambah pelik.

I'm curious.

-------


Usai makan malam, Puan Kim terus sahaja menarik tubuh anak lelakinya itu ke suatu sudut. Lengan kekar Taehyung ditepuknya kuat.

"Kamu masih tak bagitahu Rhea lagi ke Tae?" suaranya cuba direndahkan. Bimbang jika ada yang memasang telinga.

Taehyung menggeleng lemah. Puan Kim merengus perlahan.

"Sampai bila nak simpan rahsia ni Tae? Mama tak faham betul dengan kamu ni. Tak boleh ke terus terang je dekat Rhea?" Taehyung terdiam namun mindanya cuba mencerna ayat si ibu.

"Tae memang nak bagi tahu mama tapi ada je halangannya..."

Puan Kim laju menggeleng.

"Bagitahu Rhea secepat mungkin. Jangan sampai mama sendiri yang bagitahu dia. Faham?"

Taehyung mengangguk jua.

Malangnya ada juga yang mendengar. Tak lain tak bukan, Kim Taerin.

                         

[C] Answer ; TaehyungWhere stories live. Discover now