CYT 1

211 14 0
                                    

" Ahmad Aydeen Ashlee Bin Ahmad Lee"

" Ya saya "

" Aku nikahkan dikau dengan puteriku Nureen Airahalyn Binti Ahmad Nukail dengan mas kahwin sebanyak lima ribu ringgit tunai "

" Aku terima nikahnya Nureen Airahalyn Binti Ahmad Nukail dengan mas kahwin sebanyak lima ribu ringgit tunai "

" Sah ? "

" Sah "

" Alhamdulillah... "

Aku Nureen Airahalyn Binti Ahmad Nukail sah menjadi isteri kepada lelaki yang aku tunggu-tunggu selama ini menjadi milikku. Mungkin bagi orang lain perkahwinan ini atas derita orang lain iaitu kembarku . Tapi tidak bagi aku, cita-cita untuk memiliki lelaki ini tercapai .

Sejak kejadian yang berlaku di Hotel Lauder , kembarku Nureen Aurahelen tidak langsung bercakap dengan aku . Mungkin helen berasa sedih kerana adiknya merampas kebahagiaan yang bakal dimilikinya . Sama dengan mama juga tidak bercakap dengan aku selepas kejadian itu berlaku . Nasib baik papanya itu tidak membenci dirinya.

Bagi aku , aku tak kesah dengan semua itu kerana selama ini aku yang banyak menanggung sakit hati .

Selama ini mama dengan papa selalu menangkan Aura . Apa yang dia mahu , mama akan berikan juga dekat Aura . Paling dia terkejut bila mama ingin jodohkan Aura dengan Aydeen . Dia tak sangka sampaikan bakal jodoh dia pun Aura akan dapat .

Aku tak kesah dengan apa yang aku akan dapat dan lalui nanti . Apa yang aku tahu dengan perangkapkan Aydeen , Aydeen akan jadi milik aku . Mama papa, maafkan Halyn sebab Halyn malukan keluarga kita.

" Aydeen "

" Ya pa " jawab Aydeen .

" Papa tahu Aydeen terpaksa dengan pernikahan ni kan ? papa pun terpaksa terima sebab Halyn dah besar seharusnya dengan umur dia 20 lebih dia dah boleh kahwin tapi tak sangka macamni pula boleh jadi ". Papa mertuanya itu menepuk sedikit bahunya.

" Hm tak tahu la pa . Aydeen langsung tak boleh terima kenyataan. Aydeen sedih tengok keadaan Aura. Papa boleh tengokkan Aura tak? tenangkan dia. Aydeen tahu dia mesti sedih teruk " . Kecewa dia tengok bekas tunangnya itu tadi. Tabahnya seketul Aura datang ke majlis perkahwinannya tadi.

" Aura tu kamu tak perlu risau nanti papa dengan mama akan nasihatkan dia. Kamu tu sekarang kena terima dengan ikhlasnya yang kamu tu kahwin Halyn bukan Aura. Papa tahu berat bagi kamu nak terima semua ni tapi cuba la terima dengan Qodho dan Qadha Allah ". kata Ahmad Nukail.

" Insyaallah pa " Dia tak dapat nak bagi janji dekat papa mertuanya itu. Sejujurnya dia langsung tak boleh nak terima.

" Papa bagi tanggungjawab dekat Aydeen untuk jaga Halyn. Papa tahu perangai Halyn tak sama dengan Aura. Papa yakin Halyn bukan la seorang yang susah dijaga. Walaupun papa bukan seorang papa yang terbaik bagi dia, papa harap Aydeen dapat bagi kasih sayang sepenuhnya dekat dia. Papa lepaskan Halyn dekat Aydeen ya."

Dia tahu dia dengan isteri bukanlah ibu bapa yang terbaik bagi anaknya seorang itu. Dia taktahu kenapa dari kecil dia dengan isterinya selalu melebihkan si Aura berbanding Halyn. Mungkin kerna sikap dia dengan isterinya itu menyebabkan Halyn berasa kurang merasa kasih sayang dari dia dengan isterinya sehingga berubahnya perangai anaknya itu Halyn.

" Kau " Halyn memusingkan badannya menghadap lelaki yang baru sahaja bergelar sebagai suaminya pagi tadi. Dia tersenyum melihat suaminya itu.

" ya ? "

" Lepas majlis ni kita balik rumah ibu . " kata Aydeen. Dia tidak boleh memandang perempuan yang berada dihadapannya ini . Dia kecewa kerana sepatutnya kembar perempuan ini yang harus dia nikahi bukan perempuan tak tahu malu ni!.

OG | CINTA YANG TERBIARWhere stories live. Discover now