Prolog

37 7 0
                                    

Khamis, 3:20 A

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Khamis, 3:20 A.M

"Pergi kau! Aku tak mau lihat engkau! Menyusahkan aku tak habis-habis." Suara wanita berumur 30-an bersuara lantang sekitar perjiranan menghalau gadis yang baru berumur 15 tahun dan adiknya keluar dari rumah pusaka milik bapa gadis itu.

"Hiks... Kaseh minta maaf. Kaseh janji Kaseh tak buat macam itu lagi, tapi tolong jangan halau Kaseh keluar. Dimana Kaseh nak tidur nanti, ibu," rayu gadis yang bernama Kaseh itu.

"Ah! Peduli apa aku?! Janji kau dan adik kau berambus dari sini. Harta yang bapak kau bagi hanya untuk aku saja!" Jeritnya lantang sebelum beg yang berisi bajunya dan adik lelakinya dicampak kejam.

Adiknya pula hanya menyorok di belakang kakak nya. Takut melihat wajah bengis ibu tirinya yang sanggup menghalau mereka. Walhal, harta yang diwariskan ialah atas nama Kaseh dan Khalish.

Pintu dihempas kuat. Kaseh hanya mampu mengeluh. Dia tak boleh mengalah. Wajah ketakutan adiknya dipandang lembut seraya mengusap rambut tampan adiknya.

Khalish, berumur 10 tahun tetapi akal fikirannya sama matang seperti Kaseh. Mereka hanya dua beradik yatim yang sebelumnya tinggal bersama bapa dan ibu tirinya.

"Kakak, kita nak tinggal dimana? Ibu dah halau kita. Kakak masih ada duit simpanan?" Tanya Khalish.

"Ya, masih cukup. Hmmm, apa kata kita tinggal di rumah anak yatim. Disana, kita akan tinggal sementara." Air mata Kaseh berjujuran bersama dengan hujan yang lebat dipagi itu.

Pilu. Salah apakah yang dia lakukan sehingga ibu tirinya sanggup mengambil kesempatan buat dirinya sendiri?

Payung yang tersedia terus dibuka dan mereka terus memulakan perjalanan mereka. Khalish sudah menggigil kesejukan.

Sampai di satu perhentian bas, Kaseh mengeluarkan duit yang dia simpan di dalam poket bajunya. Kira-kira cukup duit itu untuk belanja makan mereka buat 3 hari.

"Kakak, pergilah beli makanan. Khalish tunggu kat sini," ujar Khalish. Perutnya sudah berkeroncong kuat. Beberapa hari mereka tidak diberi makan. Hanya air mineral dan beberapa keping biskut masin saja menjadi santapan mereka.

Belum sempat Kaseh berganjak, dua orang lelaki bertubuh sasa menutup mulut Kaseh dan Khalish.

"Ish! Apa pegang-pegang ni... Lepaskan aku lah! Tolong! Tolong kami!"

Duit yang dipegang bertaburan. Beg pakaian mereka terus diangkut masuk ke sebuah Alphard hitam metalik dan kereta tersebut meluncur laju.

Kaseh dan Khalish tidak berhenti meronta agar melepaskan mereka. Apa yang jadi ni? Tak sedarkah mereka yang Kaseh dan Khalish hanyalah orang kurang berkemampuan?

"Diam! Sebelum aku serah kan kauorang berdua pada bos!" Lantang si penjenayah memberi amaran.

Didalam hati, Kaseh dan Khalish hanya mampu berdoa supaya tidak berlaku apa-apa yang teruk keatas mereka berdua.

Kaseh Milik AdamWhere stories live. Discover now