KMA| 02

22 6 0
                                    


"Apa yang susah sangat kau nak faham? Aku suruh kau lukis berdasarkan permintaan pelanggan ni! Kau pergi siapkan sekarang!"

Adam Ivan, merupakan pemegang syarikat KEIZ Empire. Sangat terkenal dengan sikap sempurna dalam melakukan segala hal.

Dia menyandarkan kepalanya kebelakang sambil memicit kepala. Pening dengan hasil kerja staf, dokumen yang perlu dia semak dan tandatangan.

"Oi, tidur ke tu? Jangan curi tulang lah sengal, belum lunch time lagi." Tanpa salam, terus seseorang menerjah masuk pejabat Adam Ivan.

"Kau apahal kat sini setan? Aku tengah pening ni," balas Adam dengan marah. Ni lagi sekor babun!

Irfan Mikael, teman rapatnya sejak sekolah menengah lagi. Susah senang, banyak dia berkongsi bersama Mikael.

"Chill lah bro, alah saja datang tengok kau. Dalam drama kan, CEO dia tengah busy tandatangan bagai."

Mikael terus menarik kerusi yang ada dihadapan Adam. Diselesakan cara duduknya.

"Kau expect aku lah CEO tu? Eh itu drama lah, real CEO bukan setakat tu je. Kau nak apa ni? Cepat sikit belah," halau Adam apabila melihat rakannya seronok sahaja berborak dengannya.

Tak ada kerja ke mamat ni?

"Aku nak tanya kau pasal..."

"Bos, saya ada berita nak bagitahu bos," celah bodyguard Adam. Mikael sudah memasamkan mukanya sambil tangan disilangkan.

"Pasal apa tu?" tanya Adam sambil tangannya mencapai Ipad yang dipegang oleh bodyguardnya. Diteliti maklumat yang tertera pada Ipad tersebut.

Tiba-tiba Adam melemparkan senyuman sinis. Terus tangannya membuat isyarat menyuruh bodyguard tersebut keluar.

"Kau apehal sengih macam tu? Sawan dah ke?" tanya Mikael yang melihat Adam tersengih tanpa berhenti.

"She's back,"

Dua patah ayat yang cukup memahamkan seorang Irfan Mikael.

"Itu yang aku nak tanya tadi, kau tau tak dia dah balik sini?"

Mata mereka saling bertentang. Adam masih mengoyakkan senyuman manakala Mikael hanya memandang rakannya gelisah.

Ni yang aku tak suka ni. Ada sahaja  akal kancil Adam.

"Jadi kalau dia dah balik ni, kau nak buat apa?" tanya Mikael sebelum punggung dilabuhkan di sofa yang berdekatan.

Dekat dengan Adam Ivan boleh jadi gila. Penyakit mudah tersebar tau. Penyakit gila!

"Well, aku dah atur semua plan aku dengan sempurna. Cukup selama dia menghilang. Now, she's mine!" Tekad seorang Adam Ivan sambil menyungging senyuman penuh misteri.

Aura dominan terasa di leher Mikael. She's mine konon. Pigidah.

"Dah aku nak makan. Lambat, kau belanja," ujar Adam sebelum kot dicapai lalu terus keluar menuju ke restoren terdekat.

_____

"Cikgu, yang ini haiwan apa?" soal anak murid Kaseh, Aidan.

"Ini namanya beruang, sayang,"jawab Kaseh mengusap kepala anak kecil tersebut.

"Oh thank you teacher!"

Kaseh seronok melihat suasana sekarang. Dikelilingi dengan kanak-kanak. Akhirnya impian sejak kecilnya tercapai. Menjadi cikgu di sebuah tadika.

Sekarang, semua anak muridnya khusyuk mewarna gambar yang sudah diprint. Matanya menilik jam tangan yang hampir menunjukkan pukul 12 tengah hari.

"Okay semua. Kita berhenti untuk harini. Siapa yang belum siap colour, tulis nama dekat belakang kertas dan bagi cikgu. Esok kita sambung," ujar Kaseh lembut.

Apabila mereka mengumpulkan hasil kerja mereka, terus anak murid Kaseh mengemas beg sebelum balik.

"Thank you, teacher! We love you," Ujar kembar Aidan, Aiden.

Kaseh sempat menyinggahkan sebuah kucupan buat kembar tersebut. Lalu, dia mengemas tadika sebelum menutup pintu tadika tersebut.

"Kaseh," ujar suara tersebut.

Kaseh terkaku sebentar. Suara yang cukup dia kenal dan semestinya dia benci dengan suara tu.

Teragak-agak Kaseh menoleh. Lalu jantung Kaseh berdegup kencang.

"Tak mungkin,"




Kaseh Milik AdamWo Geschichten leben. Entdecke jetzt